Bilik penjara

Bilik penjara atau lokap ialah bilik kecil di dalam penjara atau balai polis yang menahan banduan. Setiap bilik penjara berbeza dari segi kelengkapan perabot, perkhidmatan kebersihan dan kebersihannya, mengikut negara dan tahap hukuman yang dikenakan kepada banduan yang ditahan. Bilik penjara boleh diduduki oleh seorang atau beberapa banduan bergantung pada faktor rangkuman, tetapi tidak terhad kepada populasi banduan, saiz kemudahan, sumber atau tingkah laku banduan.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mengesyorkan agar bilik penjara yang diinapi seorang banduan perlu mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 5.4 meter persegi. Namun, dalam penginapan dikongsi atau asrama, sekurang-kurangnya setiap orang disyorkan mempunyai keluasan 3.4 m2 termasuk bilik yang dilengkapi katil dua tingkat.
Bilik penjara mempunyai keluasan yang berbeza di peringkat antarabangsa, bermula dengan 2 m2 di Guinea, 3 m2 di Poland, 9 m2 di Jerman[1] hingga 10 m2 di Norway dan 12 m2 di Switzerland.[2]
Majlis Eropah (Strasbourg, 15 Disember 2015) menyeru standard minimum untuk ruang kediaman peribadi di penjara sekurang-kurangnya 6 m2 untuk bilik berpenghuni tunggal, atau 4 m2 untuk setiap seorang banduan dalam sebuah bilik dihuni banyak penghuni untuk mencegah penyeksaan dan layanan yang tidak berperikemanusiaan.
- Bilik penjara abad ke-19 di Pawiak, Warsaw
- Sebuah bilik umum dalam penjara Sweden pada tahun 2025, di dinding ke tandas, setiap banduan dilengkapi satu sebuah TV.
Bilik-bilik penjara di United Kingdom
[sunting | sunting sumber]
Di United Kingdom, bilik-bilik di balai polis adalah tanggungjawab sarjan tahanan, yang juga berperanan untuk merekod setiap tahanan dan memperuntukkan bilik yang tersedia kepadanya. Sarjan tahanan juga perlu memastikan bilik-bilik tersebut bersih dan sebebas kuman seboleh mungkin, selaras dengan Akta Hak Asasi Manusia 1998.[3]
Bilik-bilik penjara di Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]
Di Amerika Syarikat, bilik standard dilengkapi birai atau katil keluli yang boleh memuatkan tilam. Satu set sinki dan tandas yang diperbuat daripada kimpalan keluli tahan karat juga disediakan. Palang besi melambangkan Bilik-bilik penjara lama dipagari palang-palang besi, manakala bilik-vilik dalam penjara yang lebih baharu mempunyai pintu yang biasanya bertingkap kaca keselamatan kecil dan, selalunya, penutup logam yang boleh dibuka untuk menghidangkan makanan.
Sebilangan penjara yang terhad di California Selatan atan menawarkan penaiktarafan. Dengan kos sekitar $100 semalam, bilik-bilik ini dianggap lebih bersih dan lebih senyap, dan sebahagian daripadanya menawarkan kemudahan dan/atau keistimewaan tambahan.[4][5][6]
Bilik keselamatan tinggi
[sunting | sunting sumber]Selalunya, piawaian bilik yang berbeza wujud di dalam sesuatu negara dan juga di dalam sesuatu penjara. Sebahagian daripada bilik tersebut dikhaskan untuk "pengasingan", yang melibatkan banduan ditahan bersendirian di dalam bilik sebagai kaedah hukuman. Sesetengah bilik pengasingan tidak mempunyai perabot dan tiada perkhidmatan langsung. [7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Haftraum – Größe und Unterbringung".
- ↑ Deutinger, Theo (2017). Handbook of Tyranny. Lars Muller Publishers. m/s. 105. ISBN 978-3-03778-534-8.
- ↑ "Human Rights Acts of 1998" (PDF). justice.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 March 2002. Dicapai pada 1 January 2016.
- ↑ "Upgrade Your Jail Cell For 80 Bucks A Day?". Digitaljournal.com. 2007-04-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-26. Dicapai pada 2012-10-26.
- ↑ "What Isn't for Sale? - Michael J. Sandel". The Atlantic. 2012-02-27. Dicapai pada 2012-10-26.
- ↑ "Legal articles, cases and court decisions". Prison Legal News. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2013. Dicapai pada 2012-10-26.
- ↑ Giunti, Arianna (2014). La cella liscia. Storie di ordinaria repressione nelle carceri Italiane [The Smooth Cell: Stories of Ordinary Repression in Italian Prisons] (dalam bahasa Itali). Italy: Inform-ant. ISBN 9788898194193.
Pautan luaran
[sunting | sunting sumber]- Keadilan Bilik ebriti: Gaya Hidup Penjara Orang Kaya dan Terkenal, Matt Clarke (Artikel tentang kemudahan penjara bayar untuk tinggal) 91111 Sekarang