Pergi ke kandungan

Lombol (gimnastik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gimnas melakukan acara lombol

Dalam gimnastik artistik, lombol (Jawi: لومبول‎) ialah gerakan yang biasanya dilakukan di atas kekuda berpelana atau meja lombol. Gimnas lelaki dan perempuan kedua-duanya melakukan lombol. Singkatan bahasa Inggeris untuk acara ini dalam pemarkahan gimnastik ialah VT (singkatan bagi vault).

Perkataan lombol ialah gabungan daripada dua perkataan iaitu lompat dan ambol.

Tatarajah kekuda lombol asal (wanita)
Tatarajah kekuda lombol asal (lelaki)

Friedrich Ludwig Jahn dari Jerman mempopularkan bentuk awal acara lomboll. Peralatan ini pada asalnya dikenali sebagai "kuda", seakan-akan kekuda berpelana tetapi tanpa pemegang; ia kadangkala dipanggil kekuda lombol (vaulting horse). Kekuda ini diletakkan secara melintang untuk peserta wanita dan selari untuk peserta lelaki.[1] Kekuda lombol adalah peralatan yang digunakan dalam Sukan Olimpik selama lebih seabad, bermula dengan acara lombol lelaki dalam Sukan Olimpik moden yang pertama dan berakhir pada Sukan Olimpik Musim Panas 2000.

Berikutan kemalangan pada tahun 1988, dan ditambah pula dengan insiden pada tahun 1998 dan 2000, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) menilai semula dan menukar perkakas tersebut, dengan alasan keselamatan dan keinginan untuk memudahkan akrobatik yang lebih mengagumkan.[1] Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2001 merupakan pertandingan antarabangsa pertama yang menggunakan "meja lombol" (vaulting table), iaitu perkakas yang dihasilkan oleh syarikat peralatan gimnastik Belanda Janssen-Fritsen sejak pertengahan 1990-an. Ia mempunyai permukaan yang rata, lebih besar dan lebih empuk yang hampir selari dengan lantai, dan melandai ke bawah pada bahagian yang paling dekat dengan papan anjal; gimnas menggelarnya "lidah" (tongue);[1] ia kelihatan lebih selamat berbanding peralatan lama.

Meja lombol moden
  • Panjang: 120 cm (3 ka 11 in) ± 1 cm (0.39 in)[2][3]
  • Lebar: 90 cm (2 ka 11 in) ± 1 cm (0.39 in)[2][3]
  • Tinggi:
    • Lelaki: 135 cm (4 ka 5 in) ± 1 cm (0.39 in)[3]
    • Wanita: 125 cm (4 ka 1 in) ± 1 cm (0.39 in)[3]
  • Run-up area:
    • Panjang: 3,500 cm (114 ka 10 in) ± 10 cm (3.9 in)[2][3]
    • Lebar: 100 cm (3 ka 3 in) ± 1 cm (0.39 in)[2][3]

Melombol sebagai kemahiran gimnastik

[sunting | sunting sumber]
Gambar berbilang dedahan seorang gimnas melakukan lombol (hambur tangan jungkir balik berganda depan berlipat atau handspring double salto forward tucked) di Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

Untuk melakukan lombol, gimnas akan berlari di sepanjang laluan larian (runway) yang biasanya berlapik atau berkarpet. Mereka melompat ke atas papan anjal dan melonjak ke atas lombol dengan tangan mereka (fasa pra-penerbangan atau penerbangan pertama dan blok). Bagi lombol dalam keluarga Yurchenko, gimnas akan meletakkan tangan mereka di atas tikar yang diletakkan sebelum papan anjal, melakukan round-off ke atas papan dan membuat hambur tangan belakang (back handspring) ke atas lombol. Fasa lepas-lombol (off-flight) mungkin semudah melompat melepasi perkakas atau serumit melakukan beberapa putaran dan pusingan di udara. Gimnas kemudian mendarat di atas tikar pada sebelah lain perkakas.

Kelajuan larian berhubung kait dengan kesukaran lombol yang dilakukan, dengan hubung kait yang lebih kuat untuk wanita berbanding lelaki, yang mungkin tidak memaksimumkan kelajuan pecut mereka untuk mencapai lombol yang paling sukar sekalipun.[4]

Dalam pertandingan

[sunting | sunting sumber]

Para gimnas (lelaki dan perempuan) mempersembahkan satu lombol dalam pusingan Kelayakan, Akhir Berpasukan dan Akhir Keseluruhan (All Around Final). Untuk melayakkan diri ke pusingan akhir acara lombol, gimnas mesti melakukan lombol kedua semasa pusingan kelayakan.[5][6] Dalam Pusingan Akhir Acara, gimnas juga perlu menunjukkan dua lombol.[5][6] Bagi gimnas lelaki, kedua-dua lombol mesti daripada kumpulan elemen yang berbeza,[6] manakala gimnas wanita pula perlu menunjukkan dua lombol dengan tolakan (repulsion) dan fasa penerbangan yang berbeza daripada meja lombol.[5]

Pemarkahan

[sunting | sunting sumber]

Markah bagi lombol menggabungkan nilai D, iaitu kesukaran (difficulty) dan nilai E, iaitu pelaksanaan (execution).

Kesukaran yang dijangkakan akan meningkat dengan setiap kemahiran yang disertakan. Setiap kemahiran mempunyai nilainya sendiri; semakin sukar kemahiran tersebut, semakin tinggi nilai permulaan. Pada tahun 2009, FIG telah membuat beberapa perubahan untuk mengurangkan penekanan terhadap kesukaran dan mengurangkan bilangan kemahiran yang diperlukan, menyebabkan gimnas lebih fokus pada pelaksanaan lombol yang sempurna.

Markah pelaksanaan adalah daripada 10.0, dengan melihat kepada bentuk, ketinggian, panjang dan pendaratan. Para juri melihat empat fasa utama: pra-penerbangan, sokongan, pasca-penerbangan dan pendaratan.[7] Gimnas dijangka mendarat dengan bersih, tanpa lompatan atau langkah, dan dalam zon pendaratan yang ditetapkan di atas tikar pendaratan.[8][5] Jatuh atau melangkah semasa pendaratan akan dikenakan pemotongan markah, begitu juga dengan kekurangan ketinggian dari meja atau jarak dari meja.[5][9]

Keluarga lombol

[sunting | sunting sumber]
Fasa penerbangan pertama lombol jenis hambur tangan, Tsukahara dan Yurchenko

Gaya lombol dibahagikan kepada beberapa kumpulan atau keluarga. Untuk bertanding dalam akhirt lombol, seorang gimnas mesti melakukan dua lombol dari kumpulan yang berbeza yang fasa penerbangan kedua adalah tidak sama.[10][11]

Kumpulan lombol (lelaki)

[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat kategori untuk lelaki:[10]

  1. Lombol balik kuang tunggal dengan putaran kompleks.
  2. Lombol hambur tangan dengan atau tanpa putaran mudah, dan semua jungkir balik berganda depan.
  3. Lombol hambur tangan sisi dan lombol Tsukahara dengan atau tanpa putaran mudah, dan semua jungkir balik berganda belakang.
  4. Round off entry vaults

Kumpulan lombol (wanita)

[sunting | sunting sumber]

Terdapat lima kategori untuk wanita:[11]

  1. Lombol tanpa balik kuang (Hambur Tangan, Yamashita, Round-off) dengan atau tanpa pusingan LA dalam fasa penerbangan pertama dan/atau kedua.
  2. Hambur tangan depan dengan atau tanpa 1/1 pusingan (360°) dalam fasa penerbangan pertama – balik kuang depan atau belakang dengan atau tanpa putaran dalam fasa penerbangan kedua.
  3. Hambur tangan dengan ¼ - ½ pusingan (90° - 180°) dalam fasa penerbangan pertama (Tsukahara) – balik kuang belakang dengan atau tanpa putaran dalam fasa penerbangan kedua.
  4. Round-off (Yurchenko) dengan atau tanpa ¾ pusingan (270°) dalam fasa penerbangan pertama – balik kuang belakang dengan atau tanpa putaran dalam fasa penerbangan kedua.
  5. Round-off dengan ½ pusingan (180°) dalam fasa penerbangan pertama – balik kuang depan atau belakang dengan atau tanpa putaran dalam fasa penerbangan kedua.

Kecederaan

[sunting | sunting sumber]

Kekuda lombol telah dipersalahkan atas beberapa kemalangan serius sepanjang tahun. Pada tahun 1988, gimnas Amerika, Julissa Gomez, lumpuh akibat kemalangan lombol; beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian akibat komplikasi daripada kecederaannya.[12] Semasa sesi memanaskan badan di Goodwill Games 1998, gimnas Cina, Sang Lan, jatuh dan mengalami kelumpuhan akibat kecederaan tulang belakang serviks.[13] Dalam siri kemalangan pada Sukan Olimpik 2000, di mana ketinggian kekuda lombol ditetapkan terlalu rendah, gimnas sama ada melanggar hujung depan kekuda, atau mengalami pendaratan yang buruk setelah bermasalah dengan penempatan tangan mereka semasa tolakan.

Pada tahun 2007, gimnas junior Belanda, Imke Glas, cedera parah setelah terjatuh semasa lombol.[14]

Satu kajian pada tahun 2021 mencadangkan bahawa kriteria pemarkahan pendaratan untuk lombol dalam gimnastik wanita meningkatkan risiko kecederaan berbanding kriteria dalam gimnastik lelaki.[15] Kedua-dua kajian ini dan kajian sebelumnya dari tahun 2015 mengesyorkan membenarkan lebih banyak fleksi pada lutut semasa pendaratan untuk mengurangkan kecederaan berkaitan impak.[15][16]

  1. ^ a b c What's With That Weird New Vault?, sebuah rencana Ogos 2004 "Explainer" dari Slate
  2. ^ a b c d "Apparatus Norms" (dalam bahasa Inggeris). FIG. m/s. II/21. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-12-19. Dicapai pada 2009-10-04.
  3. ^ a b c d e f "Apparatus Norms" (dalam bahasa Inggeris). FIG. m/s. II/43. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-12-19. Dicapai pada 2009-10-04.
  4. ^ Schärer, Christoph; Lehmann, Thomas; Naundorf, Falk; Taube, Wolfgang; Hübner, Klaus (2019). "The faster, the better? Relationships between run-up speed, the degree of difficulty (D-score), height and length of flight on vault in artistic gymnastics". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 14 (3): e0213310. Bibcode:2019PLoSO..1413310S. doi:10.1371/journal.pone.0213310. ISSN 1932-6203. PMC 6405201. PMID 30845256.
  5. ^ a b c d e "WAG Code of Points 2009-2012" (dalam bahasa Inggeris). FIG. m/s. 22–23. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-12-19. Dicapai pada 2009-10-04.
  6. ^ a b c "MAG Code of Points 2009-2012" (dalam bahasa Inggeris). FIG. m/s. 86. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-10-01. Dicapai pada 2009-10-04.
  7. ^ "Women's Artistic" (dalam bahasa Inggeris). Gymnastics Ontario.
  8. ^ "MAG Code of Points 2009-2012". FIG. m/s. 85. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-10-01. Dicapai pada 2009-10-04.
  9. ^ "MAG Code of Points 2009-2012" (dalam bahasa Inggeris). FIG. m/s. 87–88. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-10-01. Dicapai pada 2009-10-04.
  10. ^ a b MAG COP 2022-2024 p. 101
  11. ^ a b WAG COP 2022–2024 10.3
  12. ^ Rebecca Seal, "Tales from the vaults", Guardian Unlimited 4 Disember 2005
  13. ^ "Smiling Sang Lan" Xinhua News Agency, 29 Ogos 2003
  14. ^ "EenVandaag: Het wonder Imke Glas" (dalam bahasa Belanda). 2008-07-08. Dicapai pada 2009-10-04.
  15. ^ a b Straker, Rebecca; Exell, Timothy A.; Farana, Roman; Hamill, Joseph; Irwin, Gareth (2021). "Biomechanical responses to landing strategies of female artistic gymnasts". European Journal of Sport Science (dalam bahasa Inggeris). 22 (11): 1678–1685. doi:10.1080/17461391.2021.1976842. PMID 34570691 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 238204536 Check |s2cid= value (bantuan).
  16. ^ Slater, Allana; Campbell, Amity; Smith, Anne; Straker, Leon (2015). "Greater lower limb flexion in gymnastic landings is associated with reduced landing force: a repeated measures study". Sports Biomechanics (dalam bahasa Inggeris). 14 (1): 45–56. doi:10.1080/14763141.2015.1029514. PMID 25895434. S2CID 11858682.