Lombong Bijih Besi Temangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lombong Bijih Besi Temangan merupakan sebuah lombong bijih besi yang terdapat di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan. Lombong ini telah dibuka sebelum penjajahan Jepun lagi dan diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu "Oriental Mining Co.".[1] Bijih besi yang telah dilombong telah diangkut dengan menggunakan keretapi ke Pelabuhan Tumpat. Bijih besi tersebut akan dimasukkan ke dalam satu bekas khas di mana ianya akan diangkut pula ke kapal melalui jeti yang dibina. Dari kapal kecil ini, bijih besi tersebut akan dibawa ke kapal induk untuk dieksport ke negara Jepun.

Pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945). Bekas lombong tersebut kini telah dibina Sekolah Kebangsaan Temangan.

Selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran bijih besi masih diteruskan dilakukan oleh syarikat yang sama tetapi di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 apabila operasi pengeluaran bijih besi akhirnya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan.

Sejak itu, Jambatan Bijih ini telah tidak berfungsi lagi dan dibiarkan tidak terurus. Kini yang tinggal hanyalah kesan runtuhan yang menjadi peninggalan sejarah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]