Lombong Grasberg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lombong Grasberg adalah lombong emas terbesar di dunia dan lombong tembaga ke-3 terbesar di dunia. Lombong ini terletak di provinsi Papua, Indonesia pada koordinat 4°03′10″S, 137°06′57″T. Lombong ini diusahakan PT Freeport Indonesia. Syarikat ini merupakan anak syarikat dari Amerika Syarikat ,Freeport-McMoRan (90.6 %) dan 9.4 % lagi dipunyai oleh kerajaan Indonesia. Kos membina lombong di atas puncak gunung ini menelan kos 3 bilion dolar Amerika. Pada 2004, rizab emas ialah 46 juta.

Saham syarikat ini dimiliki juga oleh syarikat British, Rio Tinto. Tetapi Rio Tinto hanya berdiam diri terhadap krisis yang melanda Freeport.

Rakyat Indonesia khususnya Papua barat melihat lombong emas dan tembaga ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.Lombong ini menjadi simbol kolonialisme Indonesia terhadap Papua. Sony Keraf dan Freddy Numberi mendesak agar 20 % saham diberi kepada kerajaan tempatan. Sebaliknya Alwi Shihab dan Susilo Bambang Yudhoyono tidak mahu kontrak sedia ada diubah-ubah demi menagih kepercayaan pelabur asing.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ahli geologi Belanda, Jean-Jacquez Dozy melawat Indonesia pada 1936 hingga ke pergunungan glasier Jayawijaya di provinsi Irian Jaya di barat Papua. Beliau telah mencatat nota tentang batu hitam dengan warna kehijauan. Pada 1939 beliau mencatatkan tentang Ertsberg yang bermaksud gunung batu arang. Apabila Perang Dunia II meletus, kegiatan perlombongan tidak dapat dijalankan.

Pada 1959, ahli geologi , Forbes Wilson bekerja dengan syarikat perlombongan Freeport telah membaca laporan tersebut. Beliau menyelidik kawasan yang mempunyai nikel . Kemudian melakukan penyelidikan ke Ertsberg iaitu kawasan pergunungan glasier di Papua dan menemui timbunan tembaga di Ertsberg pada 1960.

Dengan kebenaran kerajaan Indonesia, lombong Ertsberg dibina pada ketinggian 4500 meter dari aras laut. Ia diusahakan secara rasmi pada 1973 dan 1981 dibuka pula Ertsberg timur. Kemudian jalan kereta api tram ( tramway) telah dibina bagi mengangkut tembaga , peralatan dan tenaga kerja ke puncak gunung itu.

Lombong ini pernah diserang pada 1977 oleh Pergerakan Papua Merdeka (OPM). OPM ditubuhkan pada 1965 yang menuntut kemerdekaan provinsi Papua dari Republik Indonesia . Mereka telah meletupkan paip slurry dan merosakkan peralatan bernilai 10 juta dolar. Tentera Indonesia telah bertindak membunuh tidak kurang 800 pemberontak Papua.

Pertengahan 1980-an, lombong ini bermasalah. Freeport mendapati kawasan Grasberg lebih menguntungkan berbading Ertsberg yang jaraknya hanya 3 km sahaja. Bulldozer telah digunakan untuk membina landasan dari Ertsberg ke Grasberg yang menelan kos 2 juta dolar.

Lonjakan harga tembaga (2005-2006) menyebabkan lombong ini membuat untung besar. Dengan meningkatnya teknologi fiber obtik yang memerlukan tembaga sebagai bahan utama wayar, menyebabkan lombong tembaga ini semakin penting. Harganya melonjak dari $0.70 kepada $3.00 pada 2006.

Isu alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Lombong ini menggunakan tenaga 700,000 tan sehari dan menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar. Habuk-habuk dari aktiviti perlombongan menjejaskan kawasan ketinggian 9000 kaki dan seluas 8 km persegi. Pencemaran ini masuk ke dalam Sungai Aikwa. Kawasan rendah seluas 233 km² tercemar dengan pelbagai sedimen / mendakan dan ikan di sungai musnah. Perubahan cuaca amat di kawasan ini kelihatan nyata.

Pada 9 Oktober 2003, enam orang terbunuh di lombong Grasberg apabila tertimbus oleh runtuhan batu seberat 2-3 juta tan. Mereka bekerja dengan PT Freeport Indonesia di Mimika, Papua.Antara korban itu ialah Suwardji, Agus Quilem, J Fiani Bolung, Suradi, dan Warto.

Pada tahun 2000 mahasiswa Papua di Jakarta memprotes apabila berlaku kemalangan di lombong PT Freeport berhampiran Empangan Wanagon, Papua.

Perunding antarabangsa , Montgomery Watson dibiayai oleh Freeport bagi menilai isu pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh PT Freeport. Laporan perunding itu menyebabkan kemarahan Menteri Perlombongan Indonesia , Sonny Keraf dan pelbagai NGO kerana menyebelahi Freeport.Sebenarnya PT Freeport didapati membuang pelbagai sisa toksid ke dalam sungai dan seterusnya masuk ke dalam Empangan Wanagon di bahagian bawah lombong.Lombong hendaklah ditutup tidak lewat pada tahun 2015.

Pada 4 September 2000 , Robert Gelbard selaku Duta Amerika Syarikat ke Indonesia mendesak Presiden Abdul Rahman Wahid menggugurkan Sonny Keraf kerana mengkritik keras syarikat Amerika Syarikat itu atau USAID ditarik balik. Pelabur asing menekan Gur Dur agar tidak mengubah kontrak / perjanjian yang dibuat zaman Presiden Suharto. Zaman Suharto dinilai korup dan kontrak yang menguntungkan pelabur asing hendaklah dipinda. [1]

Perjanjian mengusahakan lombong ini telah dibuat pada 1967 kemudian diperbaharui pada 1991. Perjanjian ini hanya akan tamat pada 2041.

Pada 19 Ogos 2000 , perjanjian antara PT Freeport telah diadakan dengan pemimpin suku Amungme dan Kamoro khususnya berhubung hak asasi manusia , hak milik tanah, , kualiti alam sekitar dan sumber sosio ekonomi. Pemimpin mereka iaitu Mama Yosepha dan Tom Beanal berunding bagi mendapatkan hak-hak pribumi. Tom Beanal telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Freeport pada 1997 walaupun disanggah oleh kerajaan Indonesia.

Tauke balak Bob Hassan dan Sigit turut terbabit dalam lombong PT Freeport. [2]

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat , Dr Henry Kissinger telah dihantar ke Indonesia bagi menyelesaikan masalah Freeport pada Februari 2000. Presiden Abdul Rahman Wahid dan menteri ekonomi, Kwik Kian Gie akur dengan strategis diplomasi Henry Kissinger. Malah Abdul Rahman Wahid melantik Henry Kissinger sebagai penasihat politik, sesuatu yang mengejut dan memalukan.

Laut Arafura[sunting | sunting sumber]

Institut Sains Indonesia mendapati muara di Laut Arafura sejauh 60 km dicemari pelbagai logam bahaya dan mendakan. Kajian dijalankan dari April hingga Mei 2000. PT Freeport telah menggunakan sungai tersebut untuk mengangkut tembaga dan emas dari lombong untuk dieksport.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-14. Dicapai pada 2007-10-18.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-14. Dicapai pada 2007-10-18.