Lompat parti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang politik, lompat parti merujuk kepada perbuatan seorang ahli politik, lazimnya yang berjawatan, berpindah kesetiaan daripada satu parti politik ke parti politik yang lain. Dalam demokrasi, menukar parti lazimnya ialah proses yang sah. Kekerapan amalan lompat parti adalah berbeza mengikut negara; di sejumlah negara dengan tradisi demokrasi yang kurang maju, boleh berlaku lompat parti untuk memperoleh wang, pejabat atau-kelebihan lain. Lompat parti berlaku lebih kerap apabila sesebuah parti mengubah hala tuju politik, membentuk gabungan baru atau berpecah menjadi parti-parti serpihan. Amalan lompat parti adalah diharamkan di sesetengah negara seperti kes di India, Rusia dan Ukraine (2004-2010).[1]

Kelaziman[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Julai 2022, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan dan dengan itu Malaysia juga menjadi salah satu negara yang mengharamkan 'lompat parti' atau 'parti curang'.[2]

Sejak 25 Mei 2023, 9 negeri di Malaysia telah meluluskan "Undang-undang Anti-Bertukar Parti" atau "Undang-undang Anti-Lompat Parti" untuk bahagian ADUN termasuk Sabah dan Sarawak.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rada Approves Cancellation Of Rule That Bans Deputies From Switching Factions Diarkibkan 2010-10-09 di Wayback Machine, The Financial (8 Oktober 2010)
  2. ^ MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN (28 Julai 2022). "Parlimen - RUU Anti Lompat Parti lulus 2/3". utusan.com.my. Dicapai pada 28 Julai 2022.
  3. ^ "Sabah's history of party hopping has ended, says Hajiji". The Star News (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-25. Dicapai pada 2023-05-25.