Long Lellang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Long Lellang
Koordinat: 3°27′32″N 115°10′53″E / 3.45882°N 115.18149°E / 3.45882; 115.18149

Long Lellang (juga dieja sebagai Long Lelang) ialah sebuah kampung kecil di tanah tinggi Kelabit di Sarawak, Malaysia.[1] Ini terletak lebih kurang 578 kilometer (359 mi) timur-utara-timur dari ibu negeri Kuching.

Kampung ini diduduki terutamanya oleh orang Kelabit, walau sebilangan orang Penan juga tinggal di sana. Di sekitar kampung ini ialah kampung Penan. Kampung ini ada kedai dan sebuah gereja dan lebih daripada 100 orang pelajar menyertai sekolah kampung itu, Sekolah Rendah Kebangsaan Long Lellang.[2]

Lapangan Terbang Long Lellang ialah sebuah padang terbang STOL, memnyediakan ketersempaianke kampung pedalaman ini.[3]

Petempatan berjiran termasuk:

  • Long Datih 1.9 kilometer (1.2 mi) di barat daya
  • Aro Kangan 3.9 kilometer (2.4 mi) di timur laut
  • Long Labid 11.7 kilometer (7.3 mi) di timur laut
  • Long Merigong 14.6 kilometer (9.1 mi) di barat
  • Long Sait 17.2 kilometer (10.7 mi) di selatan – (trek satu hari)[2]
  • Long Krong 20 kilometer (12.4 mi) di selatan
  • Long Aar 25 kilometer (15.5 mi) di utara
  • Pa Tik 31.6 kilometer (19.6 mi) di timur laut

Jalan kaki dari Long Lellang ke Bario, petempatan utama di tanah tinggi Kelabit, mengambil antara empat dengan enam hari.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Long Lellang, Malaysia". Geonames. 2010-08-03. Dicapai 2010-12-27. 
  2. ^ a b c "A Guide to Long Lellang". 2010-12-19. Dicapai 2010-12-31. 
  3. ^ "DCA Sarawak - STOL Aerodrome". Department of Civil Aviation Malaysia. 2010-03-27. Dicapai 2010-12-31. 
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "L19634871" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.