Pergi ke kandungan

Lophura ignita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lophura ignita
Lophura ignita nobilis jantan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
Lophura ignita
Nama binomial
Lophura ignita
(Shaw, 1797)
Sinonim
  • Phasianus ignitus Shaw, 1797

Lophura ignita ialah spesies burung tanah besar dalam genus Lophura keluarga Phasianidae;[2][halaman diperlukan][3] ia didapati di pulau-pulau Bangka, Belitung dan Borneo.[4]

Terdapat empat kelompok spesies ini iaitu Lophura ignita ignita, Lophura ignita nobilis, dan Lophura ignita macartneyi. Spesies Lophura rufa pernah dikenali sebagai subspesies di bawah spesies ini atau Lophura ignita rufa sebelum dipisahkan menjadi spesies berasingan untuk populasi di Semenanjung Melayu.[1][5]

Ia spesies yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.[6]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama pegar (Jawi: ڤݢر) dipakai di Perak dan Johor untuk spesies Lophura rufa;[7]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Ayam pegar dikenali warga tempatan kerana daging kulit keras berwarna biru nila yang menutupi mukanya seperti topeng manakala bagi orang luar pula ayam pegar dikenali kerana bulu sejemput di bahagian belakang selangka ayam pegar jantan yang semacam api marak berwarna merah berlatarkan bulu biru kehitaman. Mata ayam pegar berwarna merah dan berparuh warna pucat. Ayam pegar bersaiz antara 55 sm sehingga 70 sm panjang, dengan panjang ekor 15-30 sm. Berat badannya antara 1.6 kg hingga 2.6 kg. Ayam pegar jantan bersaiz lebih besar daripada ayam pegar betina. Spesies ini mempunyai warna bulu yang berbeza mengikut jantinanya. Ayam pegar jantan mempunyai jambul kembang yang cantik dan berambu pada bahagian atasnya manakala jambul ayam pegar betina lebih mengucup dan mempunyai rambu dihujungnya. Ayam pegar jantan lazimnya berbulu pelepah biru hitam berkilat seperti baldu menutupi tubuhnya dan mempunyai bulu sejemput di belakangnya yang berwarna merah manakala ayam pegar betina pula lazimnya mempunyai bulu pelepah berwarna perang membaluti tubuhnya dan jaluran pendek putih hitam di dadanya.[2]

Perbezaan Ayam Pegar jantan

[sunting | sunting sumber]
  • L. i. ignita dan L. i. nobilis mempunyai ekor bulu pelepah tengah yang berwarna perang, berkaki kelabu pucat, warna bulu pelepah belakang badannya berwarna perang, bersayap perang di hujungnya dan mempunyai bulu pelepah dada berwarna perang kehitaman.
  • L. i. macartneyi mempunyai ekor bulu pelepah tengah yang berwarna putih melepak, berkaki kelabu pucat dan berbintik putih hitam di dadanya
Ayam Pegar jantan (L. i. ignita)

Perbezaan Ayam Pegar betina

[sunting | sunting sumber]
  • L. i. ignita dan L. i. nobilis mempunyai ekor bulu pelepah berwarna perang kehitaman, berkaki kelabu pucat, dan bertompok putih di dada.
  • L. i. macartneyi mempunyai ekor bulu pelepah tengah yang berwarna putih melepak, berkaki kelabu pucat dan berbintik putih hitam di dadanya
Ayam Pegar betina (L. i. macartneyi)

Ayam pegar menghasilkan bunyi mendecit-decit bernada tinggi pada awalnya dan bernada rendah perlahan seperti ada sesuatu yang melekat di kerongkong diakhirnya.[8]

Bunyi ayam pegar jantan berketak

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Ayam pegar bersifat omnivor yang memakan bijirin seperti padi, daun pucuk muda, buah-buahan dan haiwan-haiwan kecil seperti cacing dan siput.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Pada musim mengawan, corak bulu ayam pegar jantan akan bertukar menjadi lebih menarik seperti baldu biru kehitam-hitaman yang berkilat. Warna biru nila kulit muka ayam pegar jantan akan tampak lebih menyerlah dan akan dikembangkan pada musim mengawan bagi menarik perhatian pasangan.[2] Ayam pegar bersifat monogami dan setia kepada pasangannya.[9]

Ayam pegar akan mula bertelur selepas usianya 2 tahun ke atas. Telur ayam pegar berwarna putih kekuningan. Sebanyak 4-8 telur akan dieramkan sehingga beberapa minggu pada bulan Mei (L. i. ignita) dan April (L. rufa) pada satu-satu masa. Anak ayam pegar mempunyai bulu coklat berbelang kehitaman di bahagian atas dan kelabu putih di bahagian bawah.[10]

Ayam pegar ditemukan di hutan tanah pamah kawasan rendah kurang daripada 1000 meter kecuali hutan paya gambut di Malaysia dan Indonesia. Ia lebih menyukai kawasan yang berhutan tebal bersemak dan mengelak padang rumput yang lapang yang terdedah dengan bahaya. Ancaman utama ayam pegar adalah kemusnahan habitatnya di hutan yang dilapangkan menjadi ladang pertanian dan pemburuan haram bagi dijadikan haiwan peliharaan ekzotik.[11]

Pengelasan Spesies

[sunting | sunting sumber]
  • Lophura ignita ignita, Ayam Pegar Borneo Kenit (Lesser Bornean Crested Fireback)[14][15][16]
  • Lophura ignita nobilis, Ayam Pegar Borneo Besar (Greater Bornean Crested Fireback)[17][18][19]
  • Lophura ignita macartneyi, Delacour's Crested Fireback[20]

Kebudayaan Tersirat

[sunting | sunting sumber]

Ayam pegar telah menjadi haiwan yang terdapat dalam pepatah Bahasa Melayu, "Harapkan pegar, pegar makan padi." (.هارڤكن ڤڬر، ڤڬر ماكن ڤادي).[21] Maksud pepatah ini ialah harapan yang diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkan.[22] Perbincangan sama ada subjek yang dimaksudkan adalah pagar ataupun Ayam Pegar ini masih dalam perdebatan dan kajian berterusan.[23][24] [25]

  1. ^ a b BirdLife International (2020). "Lophura ignita". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22727431A184560985. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22727431A184560985.en. Dicapai pada 17 Mac 2025.
  2. ^ a b c Jasmi Abdul (Mei 2015). "Ayam pegar makan padi". Dewan Kosmik. No. 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2015.
  3. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Ogos 2024). "Pheasants, partridges, francolins". IOC World Bird List Version 15.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 17 Mac 2025.
  4. ^ "Bornean Crested Fireback (Lophura ignita)". DataZone. BirdLife. Dicapai pada 17 March 2025.
  5. ^ BirdLife International (2020). "Lophura rufa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22727445A184588512. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22727445A184588512.en. Dicapai pada 17 Mac 2025.
  6. ^ "Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010" (PDF). Undang-Undang Malaysia. Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-05-10. Dicapai pada 25 May 2012.
  7. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "pĕgar". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 226-227 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  8. ^ Crested Fireback Pheasant Voice
  9. ^ Bornean Crested Fowl
  10. ^ Ayam Pegar, Zoo Kemaman-PERHILITAN (2014)
  11. ^ Crested Peafowl, Beauty of Birds
  12. ^ Lophura ignita nobilis
  13. ^ Bornean Fireback (Delacour's)
  14. ^ Shaw.(1798).Lophura ignita ignita)
  15. ^ [1]
  16. ^ Bornean Crested Fireback
  17. ^ Sclater,P.L.(1863).Lophura ignita nobilis
  18. ^ [2]
  19. ^ Greater Bornean Crested Fireback
  20. ^ Temminck.(1813).Lophura ignita macartneyi
  21. ^ Johardi, I.(2014) Harapkan pegar bukan pagar
  22. ^ Muhammad, D. (2015) Harapkan pagar, pagar makan padi
  23. ^ Khidmat Nasihat (Sastera) Dewan Bahasa Pustaka
  24. ^ "Noraini, A.S. & Intan Marlina, M.A. (2016). Padi sebagai tanda dalam peribahasa Melayu" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-12-03. Dicapai pada 2018-12-02.
  25. ^ Harapkan Pagar Bukan Harapkan Ayam Pegar

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]