Lorde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lorde
Lorde di Anugerah ARIA tahun 2013
Latar belakang
Nama lahirElla Marija Lani Yelich-O'Connor
Kelahiran (1996-11-07) 7 November 1996 (umur 27)
Auckland, New Zealand
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • produser rakaman
InstrumenVocals
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
lorde.co.nz
Ibu bapaSonja Yelich (ibu)

Ella Marija Lani Yelich-O'Connor (lahir 11 November 1996; umur 27 tahun; lebih dikenal dengan nama pentasnya Lorde [lord]) adalah seorang pemuzik New Zealand. Muzik beliau lebih menumpu kepada genre electropop dengan unsur sampingan lain seperti dream pop dan indie-electro. Beliau turut menulis lagu untuk beberapa pemuzik tertentu.

Beliau memenangi sebuah Anugerah Grammy dan dua buah Anugerah Brit serta mendapat sebuah pencalonan Anugerah Golden Globe. Beliau disenaraikan antara gelaran "remaja paling berpengaruh" dalam majalah Time (pada tahun-tahun 2013 dan 2014) serta 30 Under 30 terbitan Forbes edisi 2014. Album-album karya beliau telah terjual sebanyak lebih lima juta unit setakat Jun 2017.[1]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Ella Marija Lani Yelich-O'Connor lahir di Takapuna, Auckland pada 7 November 1996.[2] Ibunya Sonja Yelich (Croatia: Sonja Jelić)[3] seorang penyajak berketurunan Croat dari kawasan Dalmatia di Croatia Eropah Timur manakala ayahnya Vic O'Connor[3] seorang jurutera am berketurunan Ireland.[4] Beliau mempunyai kewarganegaraan New Zealand dan Croatia.[5]

Lorde merupakan anak kedua antara empat adik-beradik: beliau ada seorang kakak bernama Jerry dan adik perempuan bernama India serta adik lelaki bernama Angelo.[6] Mereka dibesarkan pinggiran North Shore di Devonport dan Bayswater, yang terletak di Auckland.[7][8] Pada usia lima tahun, beliau menyertai kumpulan drama dan meningkatkan kemahiran pengucapan awamnya.[9] Ibu beliau menggalakannya membaca pelbagai genre buku. Beliau menyatakan bahawa buku dan penulis-penulis mendatangkannya inspirasi bagi lirik-liriknya, seperti novel distopia Feed (2002) oleh M. T. Anderson serta penulis-penulis J.D. Salinger, Raymond Carver dan Janet Frame.

Setelah dinasihati guru beliau, Lorde mengambil Ujian Kebolehan Kognitif Woodcock-Johnson untuk menentukan kecerdasannya. Hasil ujian tersebut menunjukkan bahawa beliau kanak-kanak yang berbakat.[10] Dia didaftarkan ke Pusat George Parkyn, sebuah institusi untuk pelajar-pelajar berbakat. Namun, ibu beliau membatalkan pendaftarannya kerana rasa prihatin terhadap perkembangan sosial beliau.[10]

Pada masa remajanya, Lorde bersekolah di Vauxhall School, kemudian di Belmont Intermediate School (2008–2009).[11] Pada tahun 2010 sampai 2013, Lorde menghadiri Takapuna Grammar School.[12]

Kerjaya permuzikan[sunting | sunting sumber]

Penceburan[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2009, Lorde dan seorang rakan sekolahnya Louis McDonald menenangi acara bakat tahunan Belmont Intermediate School.[13] Mereka berdua dijemput stesen radio penyiar pemerintah Radio New Zealand untuk menjadi tetamu dalam program Afternoons pada bulan Ogos tahun sama, di sanalah mereka membuat persembahan lagu saduran (cover beberapa artis semasa seperti Pixie Lott dan Kings of Leon.[14] Ayah McDonald mengirimkan rakaman program tersebut kepada Scott Maclachlan, pengerusi eksekutif A&R Universal Music Group.[15] Di sanalah Maclachlan mula berkenalan dengan Lorde dan mereka cuba mmemulakan projek bersama beberapa penggubah lagu dan produser namun tidak berjaya juga.[16][17]

2012-2013: The Love Club EP dan Pure Heroine[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2011, Maclachlan memperkenalkan Lorde dengan seorang penulis lagu dan penerbit rakaman bernama Joel Little; Lorde dan Joel merakam lima lagu untuk sebuah album extended play (EP) di Golden Age Studios in Morningside, Auckland selama tiga minggu.[18] Lorde menerbitkan album rakaman debutnya berjudul The Love Club EP di SoundCloud yang dapat dimuat turun secara gratis pada November 2012. Sejak Mac 2013, Universal Music Group memutuskan menjual EP tersebut setelah dimuatturun sebanyak 60,000 kali.[19]

Pada Jun 2013, "Royals" dirilis sebagai debut single The Love Club EP, membuatnya sukses secara komersial maupun kritik. "Royals" memuncaki US Billboard Hot 100 selama sembilan minggu berturut-turut dan disebut-sebut sebagai salah satu lagu terbaik pada tahun 2013.[20][21] Pada September 2013, Lorde merilis album perdananya Pure Heroine. Album debutnya memuncaki tangga album di carta-carta muzik Australia dan New Zealand.[22] Pure Heroine telah terjual lebih dari 2.7 juta kopi di seluruh dunia pada akhir November 2014.[23] Selain itu, Pure Heroine mendapatkan nominasi Grammy Award for Best Pop Vocal Album 2014, namun kalah oleh Bruno Mars "Unorthodox Jukebox".[24] Pada akhir tahun, Lorde menjalin hubungan asmara dengan fotografer, James Lowe.[25]

2014-2018: Melodrama[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2013, Lorde mengumumkan bahawa beliau sedang mengerjakan materi baru untuk album keduanya. Jun 2014, Lorde mengatakan bahawa album keduanya akan jauh berbeda daripada Pure Heroine. [26]

Pada 29 September 2014, Lorde merilis single berjudul "Yellow Flicker Beat" untuk album runut bunyi filem The Hunger Games: Mockingjay – Part 1.[27]

Pada 2 Mac 2017, Lorde merilis single comebacknya yang berjudul, "Green Light", Single ini merupakan single yang pertama untuk album keduanya, Melodrama, yang diterbitkan pada 16 Jun 2017. NME dan The Guardian meratukan "Green Light" sebagai lagu terbaik pada tahun 2017.[28][29] Ia mencapai nombor satu di carta New Zealand, nombor empat di carta Australia dan nombor sembilan di carta Kanada.[30]

2019-sekarang: Going South dan Solar Power[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mei 2020, Lorde menyatakan bahawa dia sudah bermula dengan album ketiganya bersama Jack Antonoff mengikuti kematian anjing peliharaannya Pearl.[31] Pada November 2020, dia mengumumkan penerbitan bukunya Going South yang memperincikan lawatannya ke Antarctica dengan juru gambar Harriet Were.[32]

Anugerah diraih[sunting | sunting sumber]

Anugerah Brit
Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ref.
2014 Lorde International Female Solo Artist Menang [33]
2018 Menang [34]
Anugerah Grammy
Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ref.
2014 "Royals" Record of the Year Tercalon [35]
Song of the Year Menang
Best Pop Solo Performance Menang
Pure Heroine Best Pop Vocal Album Tercalon
2018 Melodrama Album of the Year Tercalon [36]
Anugerah Muzik New Zealand
Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ref.
2013 "Royals" Single of the Year Menang [37]
The Love Club EP Breakthrough Artist of the Year Menang
Lorde People's Choice Award Menang
International Achievement Award[note 1] Menang
2014 "Team" Single of the Year Menang [38]
"Royals" Highest Selling New Zealand Single Menang
Pure Heroine Album of the Year Menang
Best Female Solo Artist Menang
Best Pop Album Menang
Lorde People's Choice Award Tercalon
International Achievement Award[note 1] Menang
2015 "Yellow Flicker Beat" Single of the Year Menang [39]
Highest Selling New Zealand Single Tercalon
Radio Airplay Record of the Year Tercalon
Pure Heroine Highest Selling New Zealand Album Tercalon
Lorde International Achievement Award[note 1] Menang
2017 Melodrama Album of the Year Menang [40]
"Green Light" Single of the Year Menang
Lorde Best Solo Artist Menang
Best Pop Artist Menang
People Choice Awards Menang
International Achievement Award[note 1] Menang
Anugerah NME
Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ref.
2014 Lorde Artis Solo Terbaik Tercalon [41]
2018 Artis Solo Antarabangsa Terbaik Menang [42]
Artis Langsung Terbaik Tercalon
Melodrama Album Terbaik Tercalon
"Green Light" Lagu Terbaik Tercalon

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Studio album[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Going South (2021)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lorde: 'I am basically a witch'". The Daily Telegraph. 3 June 2017. Dicapai pada 8 February 2019.
  2. ^ Carmichael, Emma (28 January 2014). "Here Is Lorde's Birth Certificate". The Hairpin. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  3. ^ a b Ehrlich, Brenna (17 June 2014). "Lorde's Parents Finally Got Engaged – After 30 Years". MTV News. Dicapai pada 6 July 2014.
  4. ^ "Grammy Award Winner Lorde Talks Croatian Heritage". Total-croatia-news.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2018.
  5. ^ Thomas, Mark (8 September 2017). "Lorde reveals that she has Croatian citizenship". The Dubrovnik Times. Dicapai pada 9 September 2017.
  6. ^ https://www.smh.com.au/entertainment/music/lordes-younger-sister-makes-musical-debut-20140121-315t0.html
  7. ^ https://www.billboard.com/music/music-news/lorde-the-billboard-cover-story-5687161/
  8. ^ http://www.blackmagazine.co.nz/blk-list/lorde-the-year/
  9. ^ https://www.rollingstone.com/music/news/lordes-teenage-dream-20131028
  10. ^ a b Mitchell, Tony (26 Julai 2016). "Lorde: a mole in the mainstream?". Celebrity Studies. 8 (1): 51–70. doi:10.1080/19392397.2016.1202122. S2CID 193353639. Dicapai 23 October 2020.
  11. ^ http://www.stuff.co.nz/auckland/local-news/north-shore-times/8990736/Singer-now-on-centre-stage
  12. ^ http://www.georgefm.co.nz/An-interview-with-Lorde/tabid/246/articleID/132701/Default.aspx
  13. ^ "Lorde returns to Belmont Intermediate School to judge talent show". Herald Sun. 17 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2019. Dicapai pada 17 November 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ "Ella Yelich-O'Connor". Radio New Zealand. Dicapai pada 8 September 2014.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan telegraph1 tidak disediakan
  16. ^ Blumentrath, Jan (21 January 2014). "Interview with Scott MacLachlan, manager of Lorde". HitQuarters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Cardy, Tom (10 May 2013). "NZ newest pop star". The Dominion Post. Dicapai pada 27 Jun 2014.
  18. ^ Thorne, Richard (October–November 2013). "Joel Little – Rings of the Lorde". NZ Musician. 17 (9). Dicapai pada 1 June 2014.
  19. ^ http://www.musotickets.com/lorde-concert-tickets-tour-dates/[pautan mati kekal]
  20. ^ http://www.billboard.com/articles/columns/music-festivals/6051860/coachella-2014-lorde-makes-desert-debut-gets-royal
  21. ^ http://www.rollingstone.com/music/lists/100-best-songs-of-2013-20131204/lorde-royals-19691231
  22. ^ http://www.hellomagazine.com/celebrities/2014110721739/horoscopes-lord-starsigns/
  23. ^ http://thewireless.co.nz/articles/teen-diary-named-album-of-the-year
  24. ^ http://www.pedestrian.tv/news/arts-and-culture/lorde-receives-four-grammy-nominations-for-royals-/c7823398-9e03-400e-a4ad-625900c7acb1.htm
  25. ^ http://www.latimes.com/opinion/opinion-la/la-ol-lorde-asian-boyfriend-racist-comments-20131211-story.html#page=1
  26. ^ http://www.femalefirst.co.uk/music/musicnews/lorde-new-material-totally-different-481343.html
  27. ^ http://www.idolator.com/7563848/lorde-yellow-flicker-beat-hunger-games-september-29
  28. ^ "Best Songs of the Year 2017". NME. 27 November 2017. Dicapai 4 Disember 2017.
  29. ^ Beaumont-Thomas, Ben (4 Disember 2017). "The top 100 tracks of 2017". The Guardian. Dicapai 1 Februari 2019.
  30. ^ "Lorde – Green Light". Hung Medien. Diarkib daripada versi asal pada 20 Februari 2019. Dicapai 20 Februari 2019. "Lorde – Green Light Chart History – Canadian Hot 100". Billboard. Diarkib daripada versi asal pada 20 Februari 2019. Dicapai 20 Februari 2019.
  31. ^ Lewis, Isobel (20 Mei 2020). "Lorde updates fans on third album release in lengthy email". The Independent. Diarkib daripada versi asli pada 25 November 2020. Dicapai 25 November 2020.
  32. ^ Bruce, Jasper (24 November 2020). "Lorde to release 100-page photo album documenting Antarctica trip". NME. Diarkibkan daripada versi asli pada 25 November 2020. Dicapai 25 November 2020.
  33. ^ Mokoena, Tshepo (19 February 2014). "Lorde wins international female solo artist award at 2014 Brits". The Guardian. Dicapai pada 19 February 2014.
  34. ^ Beaumont-Thomas, Ben (13 January 2018). "Brit awards nominations 2018: Dua Lipa beats Ed Sheeran with five". The Guardian. Dicapai pada 13 January 2018.
  35. ^ "Grammys 2014: Winners list". CNN. 27 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2014. Dicapai pada 25 May 2014.
  36. ^ "Grammys 2018: Nominees list". Grammys. 28 November 2017. Dicapai pada 28 November 2017.
  37. ^ "Lorde wins big at 2013 NZ Music Awards". 3 News. 21 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2014. Dicapai pada 21 November 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  38. ^ "Lorde wins all the Tuis". The New Zealand Herald. 20 November 2014. Dicapai pada 20 November 2014.
  39. ^ "Broods clean up at the Vodafone New Zealand Music Awards". The New Zealand Herald. 20 November 2015. Dicapai pada 26 June 2017.
  40. ^ "Lorde wins six Tuis at the New Zealand Music Awards". Radio NZ. Radio NZ. 2017-11-16. Dicapai pada 16 November 2017.
  41. ^ Denham, Jess (26 February 2014). "NME Awards 2014: Winners in full". The Independent. Dicapai pada 28 February 2014.
  42. ^ Daly, Rhian (14 February 2018). "Here's all the winners from the VO5 NME Awards 2018". NME. Dicapai pada 14 February 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan