Lorenzo Pellegrini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lorenzo Pellegrini
Lorenzo Pellegrini.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1996-06-19) 19 Jun 1996 (umur 24)
Tempat lahir Rom, Itali
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 7
Kerjaya remaja
2007–2015 Roma
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2015 Roma 1 (0)
2015–2017 Sassuolo 47 (9)
2017– Roma 55 (6)
Pasukan kebangsaan
2014–2015 Itali B19 15 (1)
2015 Itali B20 2 (0)
2016–2019 Itali B21 14 (5)
2017– Itali 12 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 September 2019

Lorenzo Pellegrini (sebutan bahasa Itali: [loˈrɛntso pelleˈɡriːni]; lahir 19 Jun 1996) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Roma dan pasukan kebangsaan Itali. Beliau merupakan seorang pemain lepasan akademi Roma sejak menyertai kelab itu pada tahun 2007. Beliau mula melakukan penampilan sulung bersama pasukan senior pada tahun 2015. Beliau berpindah ke Sassuolo pada tahun yang sama dan telah beraksi dalam lebih 50 perlawanan bersama kelab tersebut. Kemudian, beliau pulang semula ke Roma pada Julai 2017.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Roma[sunting | sunting sumber]

Pellegrini merupakan seorang kanak-kanak yang menghidapi masalah arrhythmia pada usia yang muda telah menyertai akademi Roma ketika berusia sembilan tahun.[1][2][3] Pada 22 Mac 2015, beliau telah melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior Roma di bawah kendalian pengurus Rudi Garcia semasa berusia 18 tahun. Beliau menggantikan Salih Uçan dalam aksi Serie A menentang Cesena.[2][4]

Sassuolo[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2015, Pellegrini melakukan perpindahan ke Sassuolo dengan perpindahan yang bernilai €1.25 juta.[5] Dalam rundingan, Roma mengekalkan klausa pembelian balik yang membolehkan mereka boleh membeli semula Pellegrini untuk masa hadapan.[6][7] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Sassuolo pada 8 November 2015 ketika perlawanan Serie A menentang Carpi. Sementara itu, beliau menjaringkan gol pertamanya pada sebulan kemudian ketika menentang Sampdoria.[8][9] Beliau telah beraksi sebanyak 20 perlawanan pada musim itu termasuk dalam kejohanan Coppa Italia. Semasa musim 2016–17, Pellegrini merupakan pemain termuda yang menghasilkan sepuluh gol dalam satu kempen Serie A, di mana ia terdiri daripada enam jaringan gol dan empat bantuan gol.[10] Beliau telah tampil dalam 34 perlawanan seluruh kejohanan serta beliau telah merekodkan lapan jaringan gol termasuk tujuh bantuan gol. Beliau akhirnya dibawa masuk semula ke Roma pada penghujung musim.[11]

Kembali ke Roma[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2017, Roma membawa masuk semula Pellegrini dengan klausa pelepasan sebanyak €10 juta.[11][12][13] Dalam hari yang sama, lepasan akademi Roma iaitu Federico Ricci menyertai Sassuolo[12][14] dengan perpindahan yang bernilai €3 juta.[15] Pellegrini menjaringkan gol sulungnya untuk Roma pada 1 Disember 2017 semasa menentang SPAL dalam perlawanan Serie A.[16]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pellegrini telah melakukan kemunculan sulungnya untuk skuad senior Itali semasa perlawanan persahabatan yang tidak rasmi menentang San Marino pada 31 Mei 2017. Beliau mula beraksi setelah menggantikan Daniele Baselli pada separuh masa.[17] Beliau secara rasminya melakukan penampilan sulungnya untuk Itali pada 11 Jun ketika menentang Liechtenstein dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.[18]

Pada hujung bulan tersebut, beliau telah terpilih ke dalam skuad bawah-21 Itali bagi menghadapi Kejohanan Eropah Bawah-21 2017 di bawah bimbingan jurulatih Luigi Di Biagio.[19] Pada 18 Jun, beliau menjaringkan gol sulung Itali pada kejohanan tersebut menerusi sepakan gunting ketika menentang Denmark.[20][21] Kemaraan Itali akhirnya terkandas di peringkat separuh akhir setelah dikecewakan oleh Sepanyol pada 27 Jun 2017.[22]

Dua tahun kemudian, beliau dipanggil sekali lagi untuk mewakili pasukan bawah-21 bagi menghadapi Kejohanan Eropah Bawah-21 2019 yang berlangsung di tanah airnya sendiri.[23]

Pellegrini menjaringkan gol pertamanya untuk Itali pada 5 September 2019 semasa menentang Armenia dalam aksi kelayakan Euro 2020.[24]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1 September 2019.[25]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Roma 2014–15 1 0 0 0 0 0 1 0
Itali Sassuolo 2015–16 19 3 1 0 20 3
2016–17 28 6 1 1 5 1 34 8
Jumlah 47 9 2 1 5 1 54 11
Itali Roma 2017–18 28 3 1 0 8 0 37 3
2018–19 25 3 2 0 6 1 33 4
2019–20 2 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 56 6 3 0 14 1 73 7
Jumlah kerjaya 103 15 5 1 19 2 127 18
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 September 2019[26]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2017 1 0
2018 8 0
2019 3 1
Jumlah 12 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
5 September 2019 Yerevan, Armenia  Armenia
1–2
1–3
Kelayakan Euro 2020

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Newman, Blair; Hodges-Ramon, Luca; Hall, Richard; Ficetola, Franco; Neale, Mark; Gates, Emmet (24 January 2017). "The 50 best young footballers in Italy". The Guardian. Dicapai pada 19 April 2017.
  2. ^ a b Vitetta, Di Steffano (25 March 2015). "Spazio giovani – Lorenzo Pellegrini, il difensore del futuro". Calcio Web (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 19 April 2017.
  3. ^ Troise, Ciro (11 April 2015). "G Factor: Lorenzo Pellegrini, l'anima della Roma europea di De Rossi". Gianluca DiMarzio (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 19 April 2017.
  4. ^ "Lorenzo Pellegrini". UEFA. Dicapai pada 19 April 2017.
  5. ^ "Operazioni Di Mercato Federico Viviani – Lorenzo Pellegrini" (PDF) (dalam bahasa Itali). A.S. Roma. 30 June 2015. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 2 July 2015. Dicapai pada 4 July 2015.
  6. ^ Dawes, Dominic (27 March 2017). "Sassuolo Starlet Lorenzo Pellegrini Fans the Flames of Roma & Juve Links With Post-Match Comments". 90 Min.
  7. ^ "The Golden Generation Of Players Roma Have Let Go". AS Roma (blog). 2 September 2016. Dicapai pada 19 April 2017.
  8. ^ Melli, Andrea (8 November 2015). "Sassuolo-Carpi: l'undici ufficiale neroverde". Sassuolo Calcio (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 19 April 2017.
  9. ^ "Sassuolo hit three first-half goals to stun Sampdoria". ESPN. 6 December 2015. Dicapai pada 20 April 2017.
  10. ^ Campanale, Susan (10 April 2017). "Serie A Week 31: Did You Know?". Football Italia. Dicapai pada 20 April 2017.
  11. ^ a b Daley, Terry (2 July 2017). "Roma's subtle moves for Lorenzo Pellegrini, Rick Karsdorp fill gaps". ESPN. Dicapai pada 5 July 2017.
  12. ^ a b "Official: Roma buy Pellegrini". Football Italia. London: Tiro Media. 30 June 2017. Dicapai pada 30 June 2017.
  13. ^ "OPERAZIONI DI MERCATO Lorenzo Pellegrini" (PDF) (Berita) (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. 30 June 2017. Dicapai pada 10 March 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  14. ^ "Calciomercato: Pellegrini alla Roma, Ricci al Sassuolo" (Berita) (dalam bahasa Italian). U.S. Sassuolo Calcio. 30 June 2017. Dicapai pada 1 July 2017.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  15. ^ "Relazione Finanziaria Annuale per l'esercizio chiuso al 30-6-2017" (PDF) (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. 5 October 2017. m/s. 110. Dicapai pada 10 March 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  16. ^ "Juventus close gap at the top as Gonzalo Higuaín returns to haunt Napoli". The Guardian. 1 December 2017. Dicapai pada 5 December 2017.
  17. ^ "Italy 8-0 San Marino". ESPN. 31 May 2017. Dicapai pada 1 June 2017.
  18. ^ Stefano Silvestri (11 June 2017). "Le pagelle di Italia-Liechtenstein 5-0: Insigne imprendibile, conferma Spinazzola" (dalam bahasa Italian). Eurosport.com. Dicapai pada 11 June 2017.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  19. ^ "U21: Italy squad for Euros named". Football Italia. 6 June 2017. Dicapai pada 16 June 2017.
  20. ^ Robert O'Connor (19 June 2017). "Denmark 0-2 Italy: Lorenzo Pellegrini hits stunner in European U21 Championship clash". Sky Sports. Dicapai pada 6 March 2019.
  21. ^ Rathborn, Jack (18 June 2017). "Lorenzo Pellegrini stunner lifts Italy past Denmark as Serge Gnabry leads Germany to win over Czech Republic". Mirror. Dicapai pada 19 June 2017.
  22. ^ "Spain U21 3-1 Italy U21". BBC Sport. 27 June 2017. Dicapai pada 6 March 2019.
  23. ^ "Parte l'avventura europea: Di Biagio ufficializza la lista dei 23 Azzurrini". www.figc.it (dalam bahasa Italian). 6 June 2019. Dicapai pada 5 September 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  24. ^ "Italy struggles to beat 10-man Armenia 3-1 in Euro qualifier". The Washington Post. 5 September 2019. Dicapai pada 5 September 2019.
  25. ^ "Lorenzo Pellegrini". Soccerway. Dicapai pada 7 January 2018.
  26. ^ "Pellegrini, Lorenzo" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 11 June 2017.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]