Pergi ke kandungan

Lorenzo Staelens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lorenzo Staelens
Maklumat peribadi
Nama penuh Lorenzo Jules Staelens
Tarikh lahir (1964-04-30) 30 April 1964 (umur 62)
Tempat lahir Lauwe, Belgium
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan / Pemain tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1982–1987 KWSC Lauwe
1987–1989 Kortrijk 64 (11)
1989–1998 Club Brugge 286 (75)
1998–2000 Anderlecht 67 (10)
2001 Oita Trinita 26 (2)
Pasukan kebangsaan
1990–2000 Belgium 70 (8)
Pasukan diurus
2002–2003 Mouscron
2004 Eendracht Aalst
2007–2008 Roeselare (pembantu)
2008–2013 Cercle Brugge (pembantu)
2013–2014 Cercle Brugge
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Lorenzo Jules Staelens (lahir 30 April 1964) merupakan pemain bola sepak bersara Belgium yang bermain di posisi pertahanan ataupun pemain tengah. Pada jumlah keseluruhan, beliau telah menjaringkan lebih 100 gol sepanjang kariernya. Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah mewakili Belgium ke tiga edisi Piala Dunia dan satu di Kejohanan Eropah yang dihoskan oleh negaranya sendiri.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Staelens memulakan kerjaya profesionalnya di KV Kortrijk pada usia 23 tahun. Di sana, beliau telah menghabiskan dua musim dan telah menarik perhatian gergasi liga Belgium, Club Brugge.

Selepas beliau membuat perpindahan ke Club Brugge, beliau menjalani persahabatan dengan Franky Van der Elst hampir sedekad. Staelens bermain 369 perlawanan dalam semua kejohanan dan menjaringkan 105 gol untuk Brugge.

Pada usia 34 tahun, beliau mengubah posisinya ke pertahanan lalu berpindah ke RSC Anderlecht. Di situ, beliau dapat menjulang kejuaraan liga pada musim 2000 dan 2001 serta memenangi Kasut Emas Belgium pada 1999. Walau bagaimanapun, kariernya tidak habis di situ apabila berpindah ke kelab Jepun, Oita Trinita pada awal 2001 sebelum mengumumkan persaraan tidak lama kemudian.

Staelens menggalas tugas sebagai jurulatih di RE Mouscron. Selepas dua bulan di V.C. Eendracht Aalst, beliau kembali ke kelab pertamanya, Kortrijk sebagai 'general manager'. Pada 2007, beliau menjadi pembantu jurulatih di KSV Roeselare.

Staelens kemudian menjadi pembantu jurulatih dan akhirnya menjadi jurulatih untuk kelab Cercle Brugge.

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Staelens telah dipilih ke skuad Belgium di Piala Dunia FIFA 1990. Beliau hanya bermain pada perlawanan peringkat kumpulan tewas 1-2 kepada Sepanyol.

Di situ, Staelens menjadi pemain kebangsaan dan mewakili negaranya di Piala Dunia 1994 dan Piala Dunia 1998. Selain itu, beliau juga tampil dalam skuad kebangsaan di Euro 2000.

Statistik

[sunting | sunting sumber]
Pasukan kebangsaan Belgium
TahunKmnclnGol
199030
199130
199241
199360
1994110
199580
199630
199765
199880
1999111
200071
Jumlah708

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1.18 November 1992Brussels, Belgium Wales1–02–0Kelayakan Piala Dunia 1994
2.29 Mac 1997Cardiff, Wales Wales2–02–1Kelayakan Piala Dunia 1998
3.7 Jun 1997Brussels, Belgium San Marino1–06–0Kelayakan Piala Dunia 1998
4.6–0
5.6 September 1997Rotterdam, Belanda Belanda1–21–3Kelayakan Piala Dunia 1998
6.11 Oktober 1997Brussels, Belgium Wales1–03–2Kelayakan Piala Dunia 1998
7.7 September 1999Liège, Belgium Maghribi1–04–0Persahabatan
8.3 Jun 2000Copenhagen, Denmark Denmark1–12–2Persahabatan

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Club Brugge
Anderlecht

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]