Lost Cause of the Confederacy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Para[pautan mati kekal] anggota United Daughter of the Confederacy mengelilingi suatu tugu askar Gabungan di Lakeland, Florida, 1915

Lost Cause of the Confederacy ("Perjuangan Terlenyap Negeri-Negeri Gabungan") ialah suatu ideologi pseudosejarah[1][2] yang wujud di Amerika Syarikat yang bertujuan menidakkan atau menyembunyikan fahaman menyokong perhambaan digalang Negeri-Negeri Gabungan semasa Perang Saudara Amerika dengan alasan seleweng kononnya kegiatan perhambaan ini tidak sahaja adil malah telah memakmurkan ekonomi negara, malah peperangan yang dicetuskan turut diselewengkan sebagai suatu perjuangan oleh negeri-negeri tersebut mempertahankan "gaya hidup" (Southern way of life)[3] serta hak gabungan ini berpecah dari Kesatuan Amerika sedia ada untuk membenarkan perhambaan dan ketuanan kulit putih[4] di sana.

Kefahaman ini sering diungkitkan untuk membenarkan tindakan menindas kaum berlainan di kawasan selatan Amerika Syarikat[4] lagi-lagi seiringan dengan Undang-undang Jim Crow serta tentangan terhadap perjuangan menuntut hak setara kedua-dua bangsa kulit hitam dengan putih pada tahun 1960-an.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Penggiatan ini semakin menguat dengan berkurangnya bilangan veteran-veteran Perang Saudara yang semakin dimamah usia pada awal abad ke-19 lalu pihak berkepentingan memastikan agar segala apa yang dilakukan pihak Negeri Gabungan ini tidak sahaja diingati malah disanjung.

Pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

Penyampaian media[sunting | sunting sumber]

Thomas Dixon Jr. seorang paderi yang kuat sentimen menyemarakkan sentimen ketuanan kulit putih dan penerusan penghambaan orang kulit hitam sering mendapat undangan membuat pidato dan syarahan yang begitu banyak,[5] syarahan-syarahan Dixon menarik perhatian khalayak ramai - sebanyak 5 juta orang antara 1899 dan 1903[6] - serta dilaporkan surat khabar semasa itu.[7]:389[8]:18 Dixon turut mendapat gelaran sebagai pensyarah terbaik Amerika Syarikat pada zamannya.[9]:50–51 Seberapa buku cereka dikaryakan sebagai reaksi terhadap pergerakan abolisionisme, lagi-lagi dengan terbitnya Uncle Tom's Cabin karya Harriet Beecher Stowe yang menggambarkan kesengsaraan hamba abdi dilayan penuh seksa; Dixon lebih melihat karya Stowe sebagai menghina masyarakat Selatan. Salah satu buku ini, The Clansman, misalnya menempelak Abraham Lincoln dan partinya sebagai rakus dan tamak. Penulisannya sangat laris sehingga banyak royalti diraihnya dari jualan-jualan ini selain syarahan dilakukan.[5]

The Clansman terutamanya disadurkan kepada suatu filem bertajuk The Birth of a Nation oleh D. W. Griffith tahun 1915. Filem ini dilihat unik pada ketika itu dengan ciri yang menonjol berbeza daripada filem-filem yang sedia ada seperti durasi tayangan yang lebih panjang, syot dan peralihan babak serta penerapan runut bunyi; malah filem ini ditayangkan untuk tontonan Presiden Woodrow Wilson di Rumah Putih. Filem ini turut mendorong kepada penghidupan semula pergerakan Ku Klux Klan yang digambarkan sebagai wira dan pahlawan ketuanan kulit putih.

Pendirian tugu-tugu askar Gabungan[sunting | sunting sumber]

Seorang pengukir yang merupakan saksi peperangan yang meletus di rantau Selatan bernama Moses Jacob Ezekiel mengukir seberapa patung dan tugu orang berperanan tinggi dalam Tentera Gabungan sebagai tujuan propaganda kefahaman Lost Cause yang sangat disokongnya.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Duggan, Paul (November 28, 2018). "The Confederacy Was Built on Slavery. How Can So Many Southern Whites Think Otherwise?". The Washington Post. Dicapai pada March 2, 2020.
  2. ^ "The Black and the Gray: An Interview with Tony Horwitz". Southern Cultures. 4: 5–15. 1998. doi:10.1353/scu.1998.0065.
  3. ^ Gallagher, Gary W.; Nolan, Alan T., penyunting (2000). The Myth of the Lost Cause and Civil War History. Indiana UP. ISBN 978-0-253-33822-8.
  4. ^ a b Domby, Adam H. (February 11, 2020). The False Cause: Fraud, Fabrication, and White Supremacy In Confederate Memory. University of Virginia Press. ISBN 978-0-8139-4376-3. OCLC 1151896244.
  5. ^ a b "Thomas Dixon Jr.'s The Leopard's Spots". Topeka Daily Capital (Topeka, Kansas). February 14, 1903. m/s. 6.
  6. ^ "Advertisement for the Clansman". Bisbee Daily Review, (Bisbee, Arizona). December 2, 1908. m/s. 4.
  7. ^ Bloomfield, Maxwell (1964). "Dixon's The Leopard's Spots: A Study in Popular Racism". American Quarterly. 16 (3): 387–401. doi:10.2307/2710931. JSTOR 2710931.
  8. ^ Gillespie, Michele; Hall, Randal L. (2009). "Introduction". Thomas Dixon Jr. and the birth of modern America. Louisiana State University Press. ISBN 978-0-8071-3532-7.
  9. ^ Cook, Raymond Allen (1974). Thomas Dixon. New York: Twayne. OCLC 1036955650.
  10. ^ Moehlman, Lara (September 21, 2018). "The Not-So Lost Cause of Moses Ezekiel". Moment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-21. Dicapai pada 2020-09-14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]