Lost Soul Aside
| Lost Soul Aside | |
|---|---|
| Pembangun | Ultizero Games |
| Penerbit | Sony PlayStation |
| Pereka bentuk | Yang Bing |
| Pengatur cara | Ed Bushell |
| Penulis/pengarang | He Kunlin |
| Penggubah | Shaun Chasin |
| Pelantar | |
| Dilancarkan pada | 29 Ogos 2025 |
| Genre | Permainan video aksi-berperanan |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang | ultizerogames.com… |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Lost Soul Aside ialah permainan aksi-berperanan 2025 yang dibangunkan oleh Ultizero Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment. Watak utama bernama Kaser, yang memulakan perjalanan berbahayanya untuk menyelamatkan si kakak, Louisa dan seluruh manusia daripada jenayah Voidrax. Permainan ini bermula sebagai projek Yang Bing, seorang pelajar China berumur 16 tahun pada 2016. Sony kemudian melatihnya untuk Project Hero, sebagai bahagian daripada rancangan IP RPG eksklusif PlayStation.[1]
Lost Soul Aside telah dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan Windows pada 29 Ogos 2025. Ia menerima ulasan bercampur daripada pengkritik dan pemain.[2]
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Lost Soul Aside ialah permainan RPG dari China yang dibangunkan kru Yang Bing yang berjumlah sekitar 40 orang dengan nama Ultizero Games. Pada awalnya, Sony mempercayakan Yang Bing untuk mengerjakan karyanya sendiri. Tetapi kerana terlalu lama dan isi cerita yang sangat banyak, Sony menyuruh Seniman lain untuk membantunya pada 2022. Lost Soul Aside menggunakan Unreal Engine 4.
Sejak kecil, Yang Bing sangat menyukai RPG Jepun terkenal seperti Final Fantasy dan Suikoden. Dia telah lama membuat cerita untuk Lost Soul Aside dan pada 2014 mulai belajar software pembuatan game. Pada 2016, ketika sudah memasuki Universiti, Sony tertarik dengan video yang dia upload ke YouTubenya. Pada akhir 2016, Yang Bing bertemu dengan Sony Interactive China dan menunjukkan hasil karyanya. Sony mentaja kerjayanya dan membiarkan Yang Bing untuk bekerja sendirian seperti kemahuannya. Selama bertahun-tahun, Bing belum boleh menunjukkan hasil yang kentara.
Pada awalnya Lost Soul Aside akan terbit sebagai tajuk eksklusif untuk PlayStation 4. Kemudian tajuk ini terbit hanya untuk PlayStation 5 pada Ogos 2025 dan kemudiannya untuk PC. Pada 2021, Yang Bing menunjukkan treler tajuk permainannnya. Dia berkata bahawa Lost Soul Aside perlu masa yang sangat lama, kerana dia ingin menyempurnakan cerita dan gaya permainan. Cerita yang akan keluar sangat berbeza dari cerita buatannya semasa masih di sekolah.
Plot
[sunting | sunting sumber]Kaser dan adik peremuntuk keluar sebagai tajuk eksklusif PlayStation 4, tetapi memandangkan ia masih sangat mentah, pada treler 2021 diumumkan bahawa Lost Soul Aside hanya keluar auisa dipaksa menjadi yatim piatu selepas perang panjang antara Empayar Celestria dan Kerajaan Frosthold. Kaser memutuskan untuk menyertai GLIMMER, sebuah kumpulan yang merancang pemberontakan di dalam wilayah empayar. Misi yang hendak dilakukan berhenti ketika ras Voidrax, penjajah dari dimensi lain datang dan menghancurkan ibu negara Celestria. Kaser jatuh ke dalam lubang besar, selepas berdiri di dasar dia mendapat kekuatan dan memanjat ke atas.
Kaser dan anggota lainnya mengembara ke Mount Salvation untuk mencari jawaban dan membebaskan empat demang Frosthold dari pengaruh jahat Voidrax. Kaser kemudian bertemu Ratu Seleria. Dia berkata bahawa Kaser harus menjaga Life Nexus dan Soul Crystal Fragments dari ugutan Aramon, Raja Voidrax.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ TheGamersJoint (2025-11-20), Lost Soul Aside Continues to Improve! - New Content & Changes, dicapai pada 2025-12-04
- ^ "Lost Soul Aside Announces Big Update". GAM3S.GG (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-02.
