Loteri Kebajikan UMNO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Loteri Kebajikan UMNO pernah diwujudkan pada tahun 1951 . Loteri ini mengambil konsep daripada Kelab-Kelab Lumba Kuda yang terdapat di seluruh Malaysia.Loteri atau judi adalah haram hukumnya menurut Islam.

Setiausaha Loteri Kebajikan UMNO menghantar surat kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953.

Akhbar Utusan Melayu pada 19 Ogos 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang,Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah haram.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi.Abdullah Fahim adalah datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi. Persidangan khas Alim Ulama Pulau Pinang dan Seberang Perai di Madrasah Al-khairiyyah, Pokok Sena, Seberang Perai memutuskan judi adalah haram. Kira-kira 50 orang alim ulama hadir dalam persidangan tersebut.

Kasino juga pernah hendak diadakan di Pulau Langkawi , Kedah bagi membangunkan negeri itu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'Kemajuan Malaysia'- Laporan Khas Utusan Melayu, 1971, hlm 44