Lothar Meyer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meyer pada tahun 1883.

Pada tahun 1870, seorang ahli kimia Jerman bernama Lothar Meyer(1830 – 1895) telah melukis sebuah graf isipadu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang diketahui pada ketika itu.Beliau menamakannya ‘Lengkung Meyer’.

Isipadu atom sesuatu unsur ialah isipadu yang dipenuhi oleh satu mol atom unsur itu.

Berdasarkan kepada lengkung itu, Lothar Meyer mendapati unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa menempati keduukan yang setara dalam Lengkung Meyer. Contohnya Fluorin(F) , Klorin(Cl) , Bromin(Br) dan Iodin(I) mempunyai sifat kimia yang sama kerana terletak di bahagian lengkung yang sama.

Lothar Meyer berjaya mengesahkan sekali lagi sifat unsur adalah berdasarkan jisim atom unsur.