Lotte Verbeek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lotte Verbeek
Lotte Verbeek, 2018
Kelahiran (1985-06-24) 24 Jun 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon, penari, model
Tahun aktif2006–kini

Lotte Verbeek (lahir 24 Jun 1985) merupakan pelakon, penari dan model dari Belanda. Beliau terkenal menerusi peranannya menerusi The Borgias sebagai Giulia Farnese.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Verbeek dilahirkan di Venlo, Belanda. Beliau mendapat pendidikan di Gymnasium Collegium Marianum di Venlo dan bergraduat pada 2008 di Theaterschool di Amsterdam. Bermula 1999, Verbeek menghadiri Akademi Tarian di Arnhem dan Akademik Jazz/Teater Muzikal dan Tarian Amsterdam, dia mana beliau tamat belajar pada 2006. Beliau turut menerima latihan nyanyian dan menghadiri bengkel suara. Ketika belajar, beliau bekerja sebagai penari dan model untuk jurugambar Erwin Olaf.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat sekolah tinggi, Verbeek memulakan kerjaya lakonanan sebagai pelakon utama dalam filem-filem Belanda seperti Moes (2006) dan LEFT (2007), di mana beliau melakonkan lima watak.[2]

Pada tahun 2009, beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Locarno untuk wataknya sebagai Anne menerusi Nothing Personal, filem Belanda arahan Urszula Antoniak.[3][4] Beliau turut menerima Pelakon Wanita Terbaik menerusi Festival Filem Antarabangsa Marrakech pada tahun 2009, juga untuk filem Nothing Personal,[5] selain menerima pencalonan untuk Anugerah Golden Calf di Festival Filem Belanda. [1]

Pada tahun 2010, Verbeek menerima anugerah di Festival Filem Antarabangsa Berlin.[6] Dalam tahun yang sama, beliau membintangi Le Ragazze dello Swing (The Swing Girls), berdasarkan kisa Trio Lescano. Untuk peranannya sebagai Judith Leschan, beliau menerima anugerah pelakon wanita terbaik bersama-sama dengan Andrea Osvart dan Elise Schaap di Festival Televisyen Monte-Carlo 2011.[7]

Dari tahun 2011-2013, beliau melakonkan watak Giulia Farnese menerusi drama The Borgias, bersama-sama Jeremy Irons sebagai Paus Alexander VI. Siri ini dicipta oleh Neil Jordan dan melakukan pengambaran di Budapest.[8]

Beliau turut berlakon dalam beberapa filem dan siri TV lain.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Verbeek fasih berbahasa Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman dan Itali. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Lotte Cast Nothing Personal". nothingpersonalthemovie. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-10. Dicapai pada 22 November 2012.
  2. ^ a b "Lotte Verbeek, The Netherlands". Shooting-Stars.eu. Dicapai pada 22 November 2012.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Goldener Leopard von Locarno geht an eine Chinesin". nzz.ch (dalam bahasa German). Neue Zürcher Zeitung. 16 August 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "62nd Locarno Film Festival" (PDF). pardo.ch. Locarno International Film Festival. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-12-15. Dicapai pada 29 April 2011.
  5. ^ "Palmares 2009". festivalmarrakech.info. International Film Festival of Marrakech. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 23 June 2011.
  6. ^ "EFP reveals line-up for 2010 Shooting Stars talent showcase". ScreenDaily.com. December 3, 2009. Dicapai pada April 2, 2016. Unknown parameter |registration= ignored (bantuan)
  7. ^ Cau, Salvatore (15 June 2011). "Le ragazze dello Swing" (dalam bahasa Itali). Davide Maggio. Dicapai pada 22 November 2011.
  8. ^ "Giulia Farnese". Showtime. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-08. Dicapai pada 23 June 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]