Lotter P.Edwin Edin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lotter P.Edwin Edin
Nama lahirLotter P.Edwin Edin
Juga dikenali sebagai
Lotter
Kelahiran (1982-04-30) 30 April 1982 (umur 41)
Membakut, Sabah
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi, Penulis lagu
InstrumenVokal, Gitar
Pengkarya berkait
The Divine Master

Lotter P. Edwin Edin atau lebih dikenali sebagai Lotter (lahir 30 April 1986) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Membakut, Sabah.

Penyanyi kegemarannya ialah Kurt Cobain dan John Gaisah. Pelakon kegemarannya pula ialah P. Ramlee, Ahmad Nisfu, Robert De Niro, dan Charlize Theron . Anak jati dari Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif.

Lotter dengan 3 adiknya telah menubuhkan sebuah kugiran bernama 'The Divine Master's' pada 2008. Single pertama kumpulan ini berjudul 'Di Sampingmu' yang mana pernah mendapat tempat pertama di carta radio-radio tempatan.[1]

Akademi Fantasia 4[sunting | sunting sumber]

Lotter diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau telahpun tersingkir ketika konsert ketujuh walau bagaimanapun kembali bersama dengan 8 bekas pelajar yang tersingkir untuk berentap di konsert kesembilan atau dikenali sebagai konsert AFMASUK untuk merebut satu lagi kekosongan untuk berada di peringkat akhir.

Beliau berjaya memperoleh undian yang tertinggi setelah undiannya bersaing hebat dengan Rich lalu diserap semula untuk mara ke peringkat akhir bagi musim keempat bersama Faizal, Farhan, Haziq, dan Velvet. Pada 5 Ogos 2006, beliau menjadi naib juara Akademi Fantasia musim ke-4 pada Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :

Konsert Lagu Ked.
Minggu Prelude "Sunday Morning" nyanyian asal Maroon 5 Top 12
Minggu 1 "Azizah" nyanyian asal P. Ramlee Ke-2
Minggu 2 "Ibu Kota Cinta" nyanyian asal Def Gab C Pertama
Minggu 3 "I'ris" nyanyian asal Awie Ke-4
Minggu 4 "Temasya Desa Gemalai" nyanyian asal Ramli Sarip Ke-5
Minggu 5 "Bila April" nyanyian asal Fazley Yaakob Ke-4
Minggu 6 "Da Bomb" nyanyian asal Ruffedge Ke-4
Minggu 7 "Chow Kit Road" nyanyian asal Sudirman Haji Arshad Tersingkir
Minggu 9 (AFmasuk) "Pria Terhebat" nyanyian asal Sheila on 7 AF MASUK
Minggu 10 (Akhir) "In The End" nyanyian asal Linkin Park Naib Juara
"Yang Berlalu Tak Berulang" nyanyian asal Lotter
  • Lagu: Neves
  • Lirik: Loloq

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi AF[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Solo
  • Yang Berlalu Tak Berulang (2006)


Bersama The Divine Master
  • Di Sampingmu

Perkembangan Terkini[sunting | sunting sumber]

Lotter kini bergiat aktif sebagai seorang penyampai radio di Suria Fm, sebuah stesen radio di sabah berpangkalan di Kota Kinabalu [1] Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine. Beliau lebih dikenali dengan nama Budu Cap Ketereh di kalangan pendengar radio di sabah.Selain itu beliau juga mempunyai sebuah kumpulan muzik yang bernama Divine Master.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]