Parti Cinta Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Love Malaysia Party)
Jump to navigation Jump to search
Love Malaysia Party
Parti Cinta Malaysia
PCM
Presiden Tang Weng Chew
Naib Presiden Huan Seng Guan
Setiausaha Agung Loo Kien Seang
Diasaskan 6 Ogos 2009
Ibu pejabat Bukit Mertajam, Malaysia
Ideologi Demokrasi sosial
Simbol pilihan raya
PAS logo.svg
Bendera parti
Parti-cinta-malaysia.jpg
Tapak web
Facebook Parti Cinta Malaysia
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Cinta Malaysia (PCM) atau Love Malaysia Party telah ditubuhkan pada 6 Ogos 2009, dengan pejabat berdaftarnya berpengkalan di Bukit Mertajam, Perai, Pulau Pinang. PCM yang mempunyai nama parti politik yang paling pelik[nyatakan menurut siapa?] dalam sejarah politik Malaysia dan kadar pendaftarannya yang diluluskan dengan segera dan pantas[perlu rujukan] oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 6 Ogos 2009. PCM dikatakan adalah sebuah parti pelbagai kaum yang mesra-BN yang ditubuhkan sebagai ruang alternatif bagi ahli-ahli politik pro-BN tetapi tidak berpuas hati dengan parti-parti masing-masing seperti Chua Soi Lek dari Persatuan Cina Malaysia (MCA), Tiong King Sing dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Huan Cheng Guan dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) ketika itu. Presiden pertama PCM, Tang Weng Chew, 38, seorang peniaga Pulau Pinang yang tidak dikenali umum, mengatakan parti adalah berkecuali dan bukan diasaskan oleh anggota MCA atau BN yang terpinggir[perlu rujukan][nyatakan menurut siapa?]. Lain-lain pemegang jawatan Parti Cinta Malaysia yang baru didaftarkan ialah Loo Kien Seang sebagai setiausaha agung dan Lim Kim Chu sebagai bendahari. Manakala setiausaha eksekutif ialah Melvin Chin. [1]

Gabriel Adit Demong, ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Ngemah yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah meletak jawatan dalam PKR untuk menyertai PCM dan dilantik sebagai ketua PCM Sarawak pada 11 Disember 2009[2] sementara pula Huan Cheng Guan, naib presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dari BN juga meletak jawatan untuk menyertai PCM untuk menjadi naib presiden parti barunya.[3] pada 19 Disember 2009.

Buat pertama kalinya, mereka bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011, dengan mengemukakan 5 calon, termasuk Ketua PCM Sarawak, Gabriel Adit Demong yang mempertahankan kerusi beliau, iaitu N43 Ngemah. Namun begitu, kesemua mereka tewas dalam Pilihanraya tersebut dengan jumlah yang besar[perlu rujukan], kecuali Ngemah di mana PCM tewas dengan majoriti 995 undi kepada calon BN.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]