Pergi ke kandungan

Love Takes Wing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Love Takes Wing
FormatDrama TV, Keagamaan
Ditulis olehRachel Stuhler (teleplay)
Janette Oke (novel)
PengarahLou Diamond Phillips
Dibintangi oleh
Erin Cottrell
Lou Diamond Phillips
Haylie Duff
Sarah Jones
Negara asal Amerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Penerbitan
PenerbitKyle A. Clark
Stephen Niver
Penyiaran
Saluran asalHallmark Channel
Kronologi
MengikutiLove's Unfolding Dream
Diikuti olehLove Finds a Home
Laman sesawang

Love Takes Wing merupakan drama Kristian dan juga drama TV ke-7 untuk siri yang ditulis oleh novelis Janette Oke. Ia keudara di Hallmark Channel pada 4 April 2009.[1] Ia diarahkan oleh Lou Diamond Phillips menrusi skrip Rachel Stuhler, berasal dari novel Love Takes Wing oleh Janette Oke.[1]

Ia merupakan drama ketujuh meneruis siri-siri terdahulu seperti Love Comes Softly (2003), Love's Enduring Promise (2004), Love's Long Journey (2005), Love's Abiding Joy (2006), Love's Unending Legacy (2007), dan Love's Unfolding Dream (2007). Drama kelapan dan terakhir untuk siri ini, Love Finds a Home keudara pada 11 April 2009, seminggu selepas siri ketujuh.

Dr. Belinda Simpson (Sarah Jones) tiba di sebuah pekan kecil Sikeston untuk mengambil pesanan dari doktor. Beliau turut mendapati kebanyakan penduduk di pekan itu termasuk anak-anak yatim di bawah Miss Hattie Clarence (Cloris Leachman), sedang menderita sakit dan ada yang mati kerana penyakit misteri. Penduduk Sikeston tidak mempercayai kebolehan Belinda sebagai seorang doktor memandangkan beliau adalah seorang wanita. Penduduk pekan juga melarang Belinda untuk menolong anak-anak yatim tersebut kerana mereka menuduh anak-anak yatim tersebut punca merebaknya penyakit misteri itu.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]