Love You Mr. Arrogant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai drama televisyen. Untuk novel, sila lihat Love You Mr. Arrogant (novel).
Bagi drama Love You Mr Arrogant Raya, lihat Love You Mr Arrogant Raya.
Love You Mr. Arrogant
Poster Love You Mr. Arrogant.jpg
Poster Love You Mr. Arrogant - Akasia TV3
Genre Drama, komedi, romantik
Pencipta Aliesha Kirana
Ditulis oleh PGR'S Team
Lee Chonz
Chinta Nadeesha
Mahbob
Pengarah Eoon Suhaini
Dibintangi Zara Zya (Heroin)
Azlee Khairi (Hero)
Lagu pembukaan Tetap Menanti, nyanyian Nomad
Lagu penutup Tetap Menanti, nyanyian Nomad
Negara asal Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan episod 26 episod
Penerbitan
Penerbit Jalena Rejab
Tempoh siaran 1 jam per episod
Syarikat penerbitan Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 25 September 2013 – 7 November 2013
Kronologi
Mengikuti Cinta Jannah
Diikuti oleh Playboy Itu Suami Aku

Love You Mr. Arrogant ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 25 September 2013. Drama arahan Eoon Suhaini ini merupakan drama adaptasi dari novel "Love You Mr. Arrogant" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Aliesha Kirana. Teraju utama untuk drama ini ialah Zara Zya dan Azlee Khairi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Love You Mr. Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.

Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.

Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.

Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Adik NurFateha Iman sebagai Dania
  • Adik Adam Iman sebagai Danish

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini, "Tetap Menanti" dipersembahkan oleh Nomad.

No. Tajuk Artis Masa
1. "Tetap Menanti"   Nomad 3:24
Jumlah masa:
3:24

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]