Lovesick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Lovesick"
Single oleh Midnight Fusic
daripada album When Love Was Around
Dikeluarkan pada
  • 18 Januari 2018 (single)
  • 26 Januari 2018 (muzik video)
FormatMuat turun digital, media penstriman
Dirakam pada2017
GenreRock alternatif
Panjang4:13
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenulisMidnight Fusic
PenerbitMidnight Fusic
Kronologi single Midnight Fusic
"Heart of May"
(2017)
"Lovesick"
(2018)
"Time Machine"
(2018)
Video muzik
"Lovesick" di YouTube
Senarai runut When Love Was Around
"Flowers"
(Trek 4)
"Lovesick"
(Trek 5)
"Time Machine"
(Trek 6)

"Lovesick" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan rock alternatif Malaysia, Midnight Fusic, dimuatkan dalam EP sulung mereka, When Love Was Around.[1] Ia dikeluarkan pada 18 Januari 2018 sebagai single kedua kumpulan ini selepas single sulung mereka, "Heart of May".[2][3] Ia mendapat ulasan positif daripada pengkritik muzik dan menerima separuh daripada sejuta penstriman di Spotify.[4]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

"Lovesick" ialah lagu nukilan sepenuhnya oleh gitaris utama, Adrian Danial. Ia berdasarkan kisah cinta vokalisnya, Arif Kamarudin yang pernah terbelenggu dengan konflik perhubungan kekasih yang tidak sihat, namun mempunyai kesulitan untuk memutuskannya.[5][6]

"Lagu ini mengisahkan tentang hubungan dingin yang sepatutnya tidak diteruskan, mengenai seorang pemuda yang kecewa dengan hubungannya, kebingungan antara di mabuk cinta atau kerana mabuk cinta. Diilhamkan dari pengalaman peribadi saya, saya memang pernah mengalami hubungan yang dingin,".[7]

—Arif Kamarudin, vokalis Midnight Fusic mengulas mengenai "Lovesick".

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi untuk "Lovesick" dikeluarkan di YouTube dan saluran Vevo rasmi Midnight Fusic pada 26 Januari 2018.[8]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

"Lovesick" mendapat ulasan positif daripada pengkritik muzik. Eli Sulaiman dari JUICE Online menyifatkan lagu ini sebagai "projeksi sempurna daripada apa yang dijangkakan dari Midnight Fusic di masa akan datang".[9] Zim Ahmadi dari Daily Seni menulis bahawa "Lovesick" ialah sebuah "karya lamunan dengan irama kepekaan kepada bunyi".[3]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[10]
  1. "Lovesick" – 4:13
  2. "Lovesick" (Daaliah Remix) – 3:28

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 18 Januari 2018 Muat turun digital[10]
Penstriman digital[11]
Sony Music Entertainment Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kye Lin (23 Januari 2018). "Alternative indie act, Midnight Fusic release second single, Lovesick" [Kumpulan indie alternatif, Midnight Fusic melancarkan single kedua, Lovesick] (dalam bahasa Inggeris). Pamper.my. Dicapai pada 6 September 2018.
  2. ^ Georgie Joseph (21 Mac 2018). "Lovesick lonjak Midnight Fusic". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  3. ^ a b Zim Ahmadi (19 Januari 2018). "Midnight Fusic is out with a new single, Lovesick" [Midnight Fusic muncul dengan single terbaharu, Lovesick] (dalam bahasa Inggeris). Daily Seni. Dicapai pada 1 September 2018.
  4. ^ Meriem Arif (22 Ogos 2018). "Malaysian band Midnight Fusic aims for a greater heights" [Kugiran Malaysia, Midnight Fusic ingin melangkah lebih jauh] (dalam bahasa Inggeris). mStar Online. Dicapai pada 6 September 2018.
  5. ^ "Midnight Fusic terus perjuangkan muzik indie lewat 'Lovesick'". Suria. 19 Januari 2018. Dicapai pada 6 September 2018.
  6. ^ Viany Sahita (14 Mac 2018). "Midnight Fusic bingung akan cinta di lagu "Lovesick"" (dalam bahasa Indonesia). detikHOT. Dicapai pada 6 September 2018.
  7. ^ Dyah Paramita Saraswati (14 Mac 2018). "Midnight Fusic yang dimabuk cinta dalam Lovesick" (dalam bahasa Indonesia). DetikHOT. Dicapai pada 6 September 2018.
  8. ^ "Check out for Midnight Fusic's psychedelic "Lovesick" video" [Nantikan video psikedelik Midnight Fusic, "Lovesick"] (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. 5 Februari 2018. Dicapai pada 6 September 2018.
  9. ^ Eli Sulaiman (26 Januari 2018). "LISTEN: Midnight Fusic breaks big with their anti-love anthem, Lovesick" [DENGAR: Midnight Fusic mencipta nama dengan tema anti-cinta mereka, Lovesick] (dalam bahasa Inggeris). JUICE Online. Dicapai pada 6 September 2018.
  10. ^ a b "Lovesick - Single by Midnight Fusic" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). Dicapai pada 6 September 2018.
  11. ^ "Lovesick, single by Midnight Fusic" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. Dicapai pada 5 September 2018.