Jho Low

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Low Taek Jho)
Jho Low
刘特佐
Kelahiran
Low Taek Jho

(1981-11-04) 4 November 1981 (umur 42)
Pusat pendidikanHarrow School
Wharton Business School
PekerjaanAhli perniagaan, usahawan, pembiaya aset
Nilai bersih AS$1.75 bilion (2014)
SaudaraLow Meng Tak (datuk)
Laman web rasmiwww.jho-low.com

Low Taek Jho (Cina ringkas: 刘特佐pinyin: Liú Tèzuǒ; lahir 4 November 1981) atau lebih dikenali sebagai Jho Low merupakan seorang usahawan, ahli perniagaan dan pembiaya aset Malaysia banyak yang dinyatakan oleh Kerajaan AS untuk berasal daripada pembayaran rasuah daripada dana 1MDB.[1][2][3][4][5] Beliau meraih kemasyuhran sebagai "tabloid party boy"[6] di New York City. Beliau dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib Razak.[7][8] Low telah dikaitkan dengan banyak transaksi bernilai tinggi, termasuk pengambilalihan perniagaan, hartanah mewah dan seni, serta kedermawanan.[6] Low mengendaikan syarikat kewangan yang berpangkalan di Hong Kong, iaitu Jynwel Capital.[9]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di George Town, Pulau Pinang dan merupakan cucu kepada ahli usahawan kelahiran China, Low Meng Tak, yang telah membina harta kekayaan keluarga Low di China dan Thailand semasa tahun 60-an dan 70-an melalui pelombongan bijih besi, pembinaan, penjualan arak dan hartanah merentasi benua Asia.[10] Bapa Low Tan Sri Larry Low Hock Peng mengasaskan syarikat induk pelaburan MWE Holdings.[11][12]

Low ialah anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Rendah Union, Sekolah Tinggi Chung Ling, Uplands School (O-Levels) dan Harrow School, London (1998-2000) (A-Levels).[13] Beliau kemudian melanjutkan pendidikannya ke Wharton School of Business, University of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005) (Sarjana muda sains dalam Ekonomi, khusus dalam Kewangan), salah sebuah pusat pendidikan perniagaan yang terkemuka di dunia. Urus niaga beliau telah membawa beliau ke seluruh pelusuk dunia dari Los Angeles ke New York, London, Abu Dhabi, Hong Kong dan Kuala Lumpur.

Beliau boleh betutur dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Hokkien dan Teochew.[11]

Urusan perniagaan dan kekayaan[sunting | sunting sumber]

Jho Low telah mengambil cuti satu semester dari kolej untuk memulakan sebuah syarikat pelaburan yang dinamakan The Wynton Group dengan modal pemulaan daripada keluarga dan sahabat dari Timur Tengah lalu menjadi seorang jutawan sebelum menamatkan pengajian kolej.[14]

Beliau berjaya mendapat urus niaga pertama yang besar dalam bidang hartanah Malaysia dalam 2006 apabila dia telah dibiayai oleh Kuwait Finance House melalui kemudahan kewangan Islam Mudharabah untuk membeli seluruh projek Oval Residences yang merangkumi dua bangunan pansapuri tinggi di lokasi berdekatan Taman KLCC di Kuala Lumpur untuk US$87 juta. Projek tersebut telah dijual dan ditamatkan dalam 2008 dan telah menjana keuntungan hampir US$20 juta.[15]

Jho Low serta keluarga Low telah mengagregatkan harta mereka dalam tahun 2008. Menjelang 2010, Jynwel Capital telah ditubuhkan untuk menasihat keluarga Low dalam pelaburan global mereka dengan para pelabur yang termasuk dana kekayaan negara yang terkemuka, syarikat pelaburan antarabangsa utama dan perusahaan keluarga yang besar.[16][17]

Jho ialah peneraju utama Jynwel Capital bersama abang beliau Szen Low. Harta keluarga Low di bawah pengurusan Jynwel Capital dianggarkan sebanyak US$1.75 bilion dengan urusan pembelian Hotel Park Lane, New York untuk US$660 juta dalam 2013 dengan The Witkoff Group dan Mubadala, pengambilalihan Coastal Energy dalam 2014 untuk US$2.2 bilion dan pembelian perniagaan penerbitan muzik EMI dalam 2012 untuk US$2.2 bilion dengan firma pelaburan terkemuka dunia GSO milik The Blackstone Group, maharaja muzik David Geffen, Sony Corporation dan Mubadala.[18]

Beliau telah menjalin hubungan dengan beberapa dana yang besar di dunia di mana ia merangkumi Mubadala Development Co dari Abu Dhabi dan Kuwait Investment Authority, termasuk jutawan Dr. Thomas Kaplan serta Yousef Al Otaiba, Duta Emiriah Arab Bersatu ke Amerika Syarikat.[19][20][21]

Yousef Al Otaiba ialah anak kepada Dr. Mana Al Otaiba yang merupakan bekas Menteri Petrolium dan Sumber Mineral Emiriah Arab Bersatu serta penasihat peribadi Presiden Emiriah Arab Bersatu.[22]

Jho Low juga telah bertemu dengan Hamad Al-Wazzan di Wharton Business School, University of Pennsylvania di Philadelphia, Amerika Syarikat.[23]

Jho Low ialah arkitek untuk tawaran membeli Reebok daripada Adidas AG dalam Oktober 2014 bagi pihak Jynwel Capital. Tawaran tersebut sebanyak US$2.2 bilion.[24]

Dakwaan 1MDB[sunting | sunting sumber]

Najib Razak memulakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia bermula pada tahun 2009. Tidak lama selepas itu, beliau memegang tampuk kepresidenan dalam Lembaga Penasihat 1MDB, sebuah entiti syarikat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai sebuah tabung kekayaan berdaulat. Manakala, rakan kepada bapa Low merupakan pengarah syarikat, beberapa rakan Low juga menjadi kakitangan dalam syarikat. Walau bagaimanapun, Low tidak pernah memegang sebarang jawatan rasmi dalam syarikat, namun beliau mengaku kadangkala dipanggil untuk memberi "nasihat" kepada syarikat 1MDB, dan pernah terjebak dalam beberapa transaksi yang melibatkan kepentingan peribadi dan beberapa entiti dalam 1MDB. 1MDB telah menarik banyak pertanyaan daripada rakyat Malaysia, di samping gaya hidup mewah yang dimiliki oleh Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor telah menarik banyak kritikan daripada pihak pembangkang di Malaysia.[25] Low dikritik kerana mempunyai kepentingan dan hubung kait dengan transaksi yang pelik dalam urusan kewangan syarikat.[9] Sebagai contoh, Wall Street Journal telah melaporkan bahawa penguat kuasa di Malaysia dan Singapura sedang menyiasat sama ada $529m dimasukkan dalam akaun dikawal oleh Low yang berasal daripada 1MDB.[9]

Kehidupan sosial[sunting | sunting sumber]

Low telah dikaitkan dengan sosialit Paris Hilton, penyanyi Taiwan Elva Hsiao dan model Miranda Kerr.[26] Low mendapat perhatian awal dengan membelanjakan jumlah mewah di New York dan Las Vegas,[27] serta cadangan MYR 5.5 juta teman lelaki kepada Hsiao.[28][29][30]

Kedermawanan[sunting | sunting sumber]

Jho Low juga merupakan Pengarah bersama Jynwel Charitable Foundation (yayasan amal), cawangan amal Jynwel Capital Limited. Tugas beliau bersama yayasan itu bertumpu pada kesihatan, pemuliharaan dan pendidikan.[31]

Beliau telah dikejutkan dengan penyakit barah dalam tahun 2012. Akan tetapi akhirnya, ia merupakan suatu jangkitan yang serius tetapi cukup untuk mengakibatkan beliau untuk menukar tumpuan dan tenaga kepada kerja amal secara global.[31]

Berikutan pengalaman ini, Jho telah menubuhkan Jynwel Foundation dalam 2012 untuk memberi penghormatan kepada tradisi keluarga Low yang dimulakan oleh datuknya yang telah membiayai sekolah, hospital dan pusat komuniti di kampungnya setelah kedudukan kewangannya stabil. Datuk kepada Jho Low telah meninggal dunia dalam tahun 2013 akibat penyakit barah.[32][33]

Dalam tahun 2013, Jynwel Foundation telah menaja jamin US$50 juta kepada Moon Shots Program yang dikendalikan oleh University of Texas MD Anderson Cancer Center, hospital di mana Jho Low telah berada selama enam bulan untuk pulih daripada jangkitan dan kejutan menghidap barah.[34][35]

Derma ini akan membantu untuk menyokong perkembangan keputusan klinikal alat sokongan organisasi tersebut yang dipacui oleh Watson daripada IBM di mana ia mendemokrasikan jagaan barah secara global dengan menyerap, menganalisis dan mengatur jumlah data yang banyak untuk menolong doktor untuk menentukan rawatan yang paling sesuai untuk para penghidap penyakit barah.[36]

Jho Low juga berfungsi sebagai seorang ahli pengasas Global Alliance, Panthera bagi pihak Jynwel Foundation untuk menyelamatkan 38 jenis kucing liar dunia serta alam sekitar mereka bersama-sama dengan Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi, Dr. Thomas Kaplan, dan Hemendra Kothari. Kumpulan tersebut telah menaja jamin US$80 juta sepanjang sepuluh tahun yang seterusnya untuk membiayai usaha-usaha pemeliharaan kucing liar serta alam sekitar mereka di samping mengurangkan ancaman utama mereka.[37][38]

Beliau juga terlibat dengan Keep A Child Alive dengan Alicia Keys, menaja jamin acara majlis amal perdana tahunan organisasi tersebut di Bandar Raya New York bagi pihak Jynwel Foundation setiap tahun sejak 2012. Beliau juga telah menderma US$250,000 kepada Keep A Child Alive dalam 2013 untuk memperluaskan program-program HIV organisasi tersebut di Afrika di sebelah selatan Sahara.[39][40]

Jho Low telah menyampaikan ulasan tentang gangguan kedermawanan di Mashable Social Good Summit di Bandar Raya New York dalam 2014 lalu memperkenalkan panel Alicia Keys, “We Are Here” dan menaja jamin US$1 juta kepada tujuan tersebut bagi pihal Jynwel Foundation.[41][42]

Jho Low juga telah menaja jamin US$25 juta sepanjang 15 tahun kepada perkhidmatan berita keperimanusiaan IRIN bagi pihak Jynwel Foundation dalam bulan November 2014. Daya tarikan derma tersebut berpunca daripada minat peribadi datuknya dalam krisis-krisis keperimanusiaan seluruh dunia. IRIN telah dibiayai oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk penyelarasan hal-hal kemanusiaan selama 20 tahun, yang mana baru-baru ini telah mengumumkan bahawa ia akan menghentikan pembiayaan perkhidmatan ini dalam 2014. Komitmen ini akan membenarkan IRIN untuk memulakan operasinya sebagai sebuah usaha media tanpa keuntungan.[43][44]

Ia disyaki bahawa sumbangan yang diberikan oleh Jho Low sebenarnya ialah wang tunai yang dicuri daripada dana 1MDB.[45]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ hermesauto (21 July 2016). "Singapore seizes $240m in assets in 1MDB probe, half from flamboyant Malaysian financier Jho Low and family". Dicapai pada 28 July 2016.
  2. ^ Karp, Hannah; Grant, Peter (20 July 2016). "In Properties Targeted in 1MDB Case, a High-End House Tour". The Wall Street Journal. ISSN 0099-9660. Dicapai pada 28 July 2016.
  3. ^ "Fund Lawyer Who Worked With Goldman Holds 1MDB Clues, U.S. Says". Dicapai pada 28 July 2016.
  4. ^ "Malaysia 1MDB Scandal: Najib Razak's Aide Jho Low Made Millions From State-Run Fund, Report Says". 19 April 2016. Dicapai pada 28 July 2016.
  5. ^ Grant, Peter (26 July 2016). "1MDB Probe May Be Good News for Park Lane Hotel Investors". The Wall Street Journal. ISSN 0099-9660. Dicapai pada 28 July 2016.
  6. ^ a b Story, Louise and Stephanie Saul. "Jho Low, Well Connected in Malaysia, Has an Appetite for New York". The New York Times 8 February 2015.
  7. ^ Story, Louise and Stephanie Saul. "Jho Low, Well Connected in Malaysia, Has an Appetite for New York". The New York Times 8 February 2015. "In a statement provided by a spokesman, Mr. Low...said he 'is a friend of Mr. Riza Aziz and his family.'"
  8. ^ Story, Louise. "Malaysia’s Leader, Najib Razak, Faces U.S. Corruption Inquiry". The New York Times 22 September 2015. "The US Government civil cases are focused on properties in the United States that were purchased in recent years by companies that belong to the prime minister's stepson as well as other real estate connected to a close family friend"
  9. ^ a b c Wright, Tom (2015-07-09). "Malaysian Financier Jho Low Tied to 1MDB Inquiry". Wall Street Journal. ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2015-07-11.
  10. ^ Farrell, Maureen (21 October 2014). "Scion Moves into Spotlight on M&A Stage". The Wall Street Journal.
  11. ^ a b "A millionaire before graduating". The Star. 29 July 2010.
  12. ^ "Low family fortune first built on iron-ore mining - Business News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-12-02.
  13. ^ "Billion Dollar Whale". Billion Dollar Whale (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-06.
  14. ^ http://www.thestar.com.my/story/?file=%2f2010%2f7%2f29%2fnation%2f6756946&sec=nation
  15. ^ http://www.therakyatpost.com/business/2014/10/22/jho-low-jynwel-capital-move-global-deal-spotlight-supported-wealthy-abu-dhabi-funds/
  16. ^ http://online.wsj.com/articles/scion-moves-into-spotlight-on-global-m-a-stage-1413915617
  17. ^ http://jynwelcapital.com/about-us
  18. ^ http://www.therakyatpost.com/business/2014/10/22/jho-low-jynwel-capital-move-global-deal-spotlight-supported-wealthy-abu-dhabi-funds/
  19. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-07-15.
  20. ^ http://online.wsj.com/articles/SB10001424052702304422704579574340180537768
  21. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-15. Dicapai pada 2015-07-15.
  22. ^ http://www.nytimes.com/1981/02/02/business/emirates-raise-oil-price-by-3.html
  23. ^ http://www.thestar.com.my/story/?file=%2f2010%2f7%2f29%2fnation%2f6756730
  24. ^ http://www.therakyatpost.com/business/2014/10/20/abu-dhabi-bid-reebok/
  25. ^ Harta Najib dan Rosmah: Kalau bukan warisan keluarga, dari mana datangnya?
  26. ^ Baer, Justin; Viswanatha, Aruna; Hope, Bradley (15 June 2017). "U.S.'s Latest Target in 1MDB Probe: Leo DiCaprio's Art, Miranda Kerr's Jewelry". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 15 June 2017.
  27. ^ Moylan, Brian. "Jho Low: Manhattan's Mysterious Big-Spending Party Boy Diarkibkan 26 September 2015 di Wayback Machine 26 September 2015 at the Wayback Machine. 26 September 2015 at the Wayback Machine. " Gawker. 10 November 2009.
  28. ^ "Malaysia Billionaire Jho Low's RM5.5 Million Failed Marriage Proposal To Elva Hsiao - The Coverage". thecoverage.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-06-07.
  29. ^ Hodgson, Camilla (2017-08-17). "Pop stars, models, and Hollywood: The crazy life of the man accused of siphoning $4.5 billion from Malaysia's state fund". Business Insider Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-06-07.
  30. ^ "WSJ report: Jho Low, wife fled Macau after May 9 poll result". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-06.
  31. ^ a b "Jho Low, Jynwel Capital move into global deal spotlight supported by wealthy Abu Dhabi Funds". The Rakyat Post. 22 October 2014.
  32. ^ http://mashable.com/2014/10/14/disruptive-philanthropy-brandspeak/
  33. ^ http://www.therakyatpost.com/business/2014/10/22/jho-low-jynwel-capital-move-global-deal-spotlight-supported-wealthy-abu-dhabi-funds/
  34. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-15. Dicapai pada 2015-07-15.
  35. ^ http://www.therakyatpost.com/business/2014/10/22/jho-low-jynwel-capital-move-global-deal-spotlight-supported-wealthy-abu-dhabi-funds/
  36. ^ http://blogs.scientificamerican.com/mind-guest-blog/2014/10/20/expert-cancer-care-may-soon-be-everywhere-thanks-to-watson/
  37. ^ http://www.panthera.org/node/4923
  38. ^ http://www.forbes.com/sites/ashleaebeling/2014/06/02/can-big-name-philanthropists-save-the-big-cats/
  39. ^ Heyman, Marshall. "Music to Get in the Mood for Giving". The Wall Street Journal. ISSN 0099-9660. Dicapai pada 6 March 2016.
  40. ^ "Keep A Child Alive's 10th Annual Black Ball raises $4 million for HIV treatment | The Music Universe". The Music Universe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 March 2016.
  41. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-15. Dicapai pada 2015-07-15.
  42. ^ http://www.youtube.com/watch?v=sRxdlEt_Heo
  43. ^ Cumming-bruce, Nick (30 November 2014). "Ailing U.N. News Service Gets $25 Million". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 6 March 2016.
  44. ^ Hatcher, Jessica (20 November 2014). "Irin humanitarian news service saved after private donor fills UN void". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 6 March 2016.
  45. ^ hermesauto (2017-07-04). "Jho Low gave S$276m to charities: New York Post". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-06.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]