Lu Pikirlah Sendiri de Movie
Lu Pikirlah Sendiri de Movie | |
---|---|
![]() Poster film Lu Pikirlah Sendiri de Movie. | |
Pengarah | Aminah Rhapor[1] |
Penerbit | Dato’ Suhaimy Othman |
Dibintangi oleh | |
Muzik oleh | Taja[5] |
Sinematografi | Khalid Zakaria |
Pengedar | Grand Brilliance |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Perbelanjaan | RM 1.73 juta[6] |
Pecah panggung | RM 2.15 juta[7] |
Lu Pikirlah Sendiri de Movie ialah sebuah filem sulung arahan Aminah Rhapor yang ditayangkan pada 11 Februari 2010. Filem ini hasil lakonan Nabil, Mila Jirin, Puteri Sarah Liyana dan Zizan Razak.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Natasya (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri demi keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.
Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan.[9]
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Nabil Ahmad sebagai Nabil
- Puteri Sarah Liyana sebagai Natasya
- Mila Jirin sebagai Aisyah
- Meet Uncle Hussain sebagai dirinya sendiri
- Zizan Razak
- Natasha Nordin sebagai Dana
- Liza Othman sebagai Mak Nabil
- Vanidah Imran sebagai Cik Amy
- Ebby Yus sebagai Guard Yahya
- Ummi Nazeera sebagai Syarifah
- Zaibo sebagai Boss
- Harun Salim Bachik sebagai Tauke Pasar Borong
- Along Eyzendy sebagai Man Kuey Teow
- Hisham Ahmad Tajuddin sebagai Ayah Nabil
- Shariff Bulya sebagai Along
- Azwan Kombos sebagai Rafi
- Ain Nordin sebagai Min
- Aziz M.Osman sebagai Mat Rempit Tua
- Faizal Tahir sebagai dirinya sendiri
- Amy Search sebagai Driver Lori Ayam
- Fahrin Ahmad sebagai Pengacara Majlis
- Qazem Nor
Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]
- Meet Uncle Hussain-Mula
- Meet Uncle Hussain-Tandus
- Meet Uncle Hussain-Lagu Untuk mu
- Meet Uncle Hussain-Lalala Kerjalah
- Meet Uncle Hussain-Hilang
- Meet Uncle Hussain-Halusinasi
- TT Kui Ti-Janjiku(cover)
- Little Danielle-Tak Kesorangan
- Little Danielle-Retotik Kosmetik
- Happy Nightmare-I Am Talking To Myself
- Gajian-Mat Skuter Mulut Buruk
- Gajian-Mat Dadah Curi Motor
- Ultramoon-Sedih Sangat Lah Tu
- Ultramoon-Lagu Telur mata Kerbau
- The Choplas-Pah Kawin Ngan Boss
- The Choplas-Dadah Curi motor
- The Choplas-Gado-Gado
- The Choplas-Rahmat Tuhan
- The Lopeh-Dia Datang
- The Lopeh-Kolej Punk
- Silky Makcik-Silky Makcik
- Meet Uncle Hussain-Insan Biasa
Ulasan[sunting | sunting sumber]
![]() | Bahagian ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. (November 2019) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Menurut laman web [1], mereka memberi 1 bintang bagi keseluruhan filem ini. Menurut mereka, filem ini tersasar dari genre sebenar filem tersebut. Selain itu, terlalu banyak adegan yang membabitkan band indie terkenal, Meet Uncle Hussain, dalam filem ini menimbulkan kejengkelan kepada penonton untuk melihat filem ini. Plot penceritaan yang mengelirukan mungkin akan memberi sedikit kepeningan kepada penonton. Selain itu, watak utama yang dibawakan oleh pendatang baru,Puteri Sarah Liyana sebagai Natasya, mempunyai sedikit kelemahan. Sebagai filem pertama beliau, hal ini boleh dimaafkan.
Pujian harus diberikan kepada tenaga kerja yang ingin membangunkan sebuah filem yang bermutu. Tetapi, usaha perlu dilakukan bagi melihat filem Malaysia keluar negara. Filem ini menarik perhatian ramai pihak atas segala kontroversi semasa penayangan filem tersebut.[10]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] Selain itu, pujian harus diberikan kepada Meet Uncle Hussain kerana berjaya memasukan muzik-muzik yang sedap didengar untuk penonton supaya penonton tidak bosan semasa menonton filem ini.[Penjelasan diperlukan]
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Kritikan Pelakon[sunting | sunting sumber]
Kontroversi tercipta apabila pelakon utama filem ini, Ahmad Nabil Ahmad mengkritik filem lakonan sendiri. Ini telah menjejaskan sesi promosi filem tersebut. Pihak syarikat penerbitan dan pengarah filem tersebut telah mengambil tindakan undang kepada beliau atas ketelanjuran kata-katanya.[11] Kesanya, beliau disaman sebanyak RM 2 juta. Hampir sama dengan hasil kutipan filem terebut.
Pergaduhan Kecil[sunting | sunting sumber]
Selain itu, pergaduhan pelakon utama filem ini, Puteri Sarah Liyana dengan teman lelakinya telah sedikit melonjakkan kutipan filem ini. Pihak syarikat penerbitan filem tersebut telah menasihatkan kepada para pelakon agar tidak membawa kekasih ke majlis tayangan perdana filem tersebut. Kekusutan ini telah diselesaikan oleh teman lelaki Puteri Sarah Liyana tentang perkara yang berlaku semasa majlis tayangan perdana filem tersebut.[petikan diperlukan]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Aminah_Binti_Abd_Rhapor_6358
- ^ http://www.youtube.com/user/matsouless#p/u/3/WbjyJ5Ksxe4
- ^ http://lupikirlahsendiri.com/
- ^ http://www.myspace.com/meetunclehussain
- ^ http://www.youtube.com/matsouless#p/u/2/878TDIrTUaI
- ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2010
- ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2010
- ^ http://www.youtube.com/matsouless
- ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Lu_Pikirlah_Sendiri_de_Movie_842
- ^ http://mytupai.blogspot.com/2010/02/ulasan-lu-pikirlah-sendiri-de-movie.html
- ^ http://tupai.com.my/