Luca Caldirola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Luca Caldirola
Caldirola, Luca Werder 17-18 WP (cropped).jpg
Caldirola bersama Werder Bremen pada 2017
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1991-02-01) 1 Februari 1991 (umur 30)
Tempat lahir Desio, Itali
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Benevento
Nombor 35
Kerjaya remaja
1995–1999 Base 96
1999–2010 Inter Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Inter Milan 0 (0)
2010–2011Vitesse Arnhem (pinjam) 11 (0)
2011–2013 Cesena 18 (0)
2011–2012Inter Milan (pinjam) 0 (0)
2012–2013Brescia (pinjam) 38 (0)
2013–2019 Werder Bremen 46 (1)
2015–2016Darmstadt 98 (pinjam) 34 (0)
2017–2019 Werder Bremen II 3 (0)
2019– Benevento 10 (1)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Itali B16 14 (1)
2007–2008 Itali B17 9 (0)
2009 Itali B18 3 (0)
2009–2010 Itali B19 7 (0)
2010 Itali B20 1 (1)
2010–2013 Itali B21 31 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:20, 18 April 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Jun 2013

Luca Caldirola (lahir 1 Februari 1991) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Serie B, Benevento.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Internazionale[sunting | sunting sumber]

2009–10[sunting | sunting sumber]

Caldirola telah memulakan kariernya di Internazionale apabila beliau menjadi kapten pasukan bawah-20 kelab (Primavera) dan pernah dipanggil untuk menyertai skuad senior Inter ketika musim 2009–10 tetapi beliau tidak diberi peluang untuk beraksi di atas padang.[1] Caldirola juga pernah bermain untuk beberapa buah pasukan akademi di Lombardy sebagai penjaga gol dan pemain tengah sebelum menyertai Internazionale[2] ketika usia lapan tahun.[3] Beliau beraksi untuk pasukan utama Inter buat pertama kali pada tahun 2009 dalam satu aksi persahabatan.[4]

2010–11[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Jun 2010, Internazionale menghantar Caldirola ke kelab Eredivisie, Vitesse Arnhem sebagai pinjaman untuk menghadapi musim 2010–11. Beliau merupakan pemain Itali kedua yang beraksi untuk kelab itu selepas Marco De Marchi.[5] Inter juga mengurangkan had umur pasukan Primavera kelab kepada usia 19 tahun pada tahun 2010 sekali gus membolehkan tiga orang pemain yang lahir pada tahun 1991 boleh digunakan sebagai pemain simpanan Inter ketika menghadapi musim 2010–11.

Separuh daripada hak pendaftaran Caldirola dan Luca Garritano telah dijual kepad Cesena sebagai sebahagian daripada rundingan pembelian Yuto Nagatomo ke San Siro pada Jun 2011 selepas pemain Jepun itu mempamerkan prestasi cemerlang semasa tempoh pinjamannya di Inter.[6] Separuh daripada hak pendaftaran Caldirola bernilai 2.5 juta euro. Caldirola kemudiannya menandatangani kontrak selama empat tahun .[7] Caldirola dan Garritano kembali ke Internazionale pada musim 2011–12.

2011–12[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Disember 2011, Caldirola melakukan penampilan sulungnya untuk Internazionale dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow yang berakhir dengan kekalahan 1-2.[8]

Pada 4 Januari 2012, Internazionale telah mengesahkan bahawa Caldirola akan dipinjamkan ke kelab Serie B, Brescia sehingga akhir musim.[9]

2012–13[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2012, rundingan pemilikan bersama antara kelab telah diperbaharui dan Caldirola dilaporkan berpindah ke Cesena pada 10 Julai 2012. Beliau beraksi selama separuh pertama musim sebelum berpindah sekali lagi ke Brescia pada Januari 2013[10] apabila beliau menamatkan kempen dengan melakukan 15 penampilan liga.

Pada Jun 2013, Inter membawa masuk semula Caldirola melalui perpindahan yang bernilai 2.5 juta euro manakala Riccardo Melgrati dan Thomas Pedrabissi berpindah ke Cesena melalui perpindahan masing-masing yang bernilai 750,000 euro dan 1 juta euro. Cesena juga membawa masuk Yago Del Piero melalui rundingan pemilikan bersama yang bernilai 250,000 euro lalu rundingan itu melibatkan jumlah bernilai 500,000 secara tunai kepada Cesena.[11]

Werder Bremen[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2013, Werder Bremen telah mengesahkan pembelian Caldirola dari Internazionale dengan rundingan kontrak selama empat tahun[12] yang bernilai 2.5 juta euro.[13]

Pada 15 Julai 2015, Caldirola telah dipinjamkan ke Darmstadt selama satu musim penuh.[14]

Beliau banyak terlepas aksi pada musim 2016–17 kerana mengalami beberapa kecederaan.[15] Apabila kontraknya hampir tamat pada penghujung bulan, beliau bersetuju untuk melanjutkan kontraknya dua tahun lagi pada 15 Jun 2017.

Selepas beliau tidak mendapat tawaran untuk berpindah dari kelab pada musim panas 2018, Caldirola hanya berlatih dengan pasukan simpanan Werder Bremen buat musim 2018–19.

Benevento[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Januari 2019, Caldirola telah kembali semula ke Itali selepas lima tahun dengan menyertai kelab Serie B, Benevento melalui perpindahan percuma.[16][17]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Caldirola telah mewakili negara tanah airnya dalam semua peringkat usia dari pasukan bawah-16 hingga pasukan bawah-20.[18] Pada 17 November 2010, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali dalam aksi persahabatan menewaskan Turki.

Pada Mei 2011, beliau telah dipanggil oleh jurulatih Ciro Ferrara untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Toulon 2011. Pada tahun 2012, ketika di bawah kendalian Devis Mangia, Caldirola dijadikan sebagai kapten pasukan bawah-21 Itali dan beliau memimpin pasukannya ke Kejohanan Eropah 2013.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 14 April 2019[19]
Kelab Musim Liga Piala[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Vitesse 2010–11 11 0 0 0 11 0
Itali Internazionale 2011–12 0 0 0 0 1[b] 0 0 0 1 0
Itali Brescia 2011–12 19 0 0 0 19 0
Itali Cesena 2012–13 18 0 1 0 19 0
Itali Brescia 2012–13 19 0 0 0 1[c] 0 19 0
Jumlah di Brescia 37 0 0 0 1 0 38 0
Jerman Werder Bremen 2013–14 33 0 1 0 34 0
2014–15 7 1 1 0 8 1
Itali Darmstadt 2015–16 34 0 2 0 36 0
Jerman Werder Bremen II 2016–17 2 0 2 0
2017–18 1 0 1 0
Jumlah di Werder Bremen II 3 0 3 0
Jerman Werder Bremen 2016–17 5 0 0 0 5 0
2017–18 1 0 0 0 1 0
2018–19 0 0 0 0 0 0
Jumlah di Werder Bremen 46 1 2 0 48 1
Itali Benevento 2018–19 14 3 0 0 2[c] 0 16 3
2019–20 18 1 1 0 19 1
Jumlah 32 4 1 0 2 0 35 4
Jumlah kerjaya 183 5 6 0 1 0 3 0 191 5
  1. ^ Termasuk Coppa Italia dan DFB-Pokal.
  2. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
  3. ^ a b Penampilan di perlawanan play-off promosi liga

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Luca Caldirola joins SBV Vitesse". F.C. Internazionale Milano. 29 June 2010. Dicapai pada 16 August 2010.
  2. ^ "NAMES FOR THE FUTURE: LUCA CALDIROLA". F.C. Internazionale Milano. 28 April 2004. Dicapai pada 24 August 2010.
  3. ^ "Three youngsters with first team for TIM Trophy". F.C. Internazionale Milano. 13 August 2009. Dicapai pada 24 August 2010.
  4. ^ "TIM Trophy: Inter 1–0 A.C. Milan". F.C. Internazionale Milano. 14 August 2009. Dicapai pada 24 August 2010.
  5. ^ "Vitesse huurt Caldirola van Internazionale" (dalam bahasa Dutch). Vitesse. 29 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2010. Dicapai pada 16 Ogos 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Transfer market: Nagatomo belongs to Inter now". F.C. Internazionale Milano. 1 July 2011. Dicapai pada 11 June 2014.
  7. ^ A.C. Cesena SpA bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2012 (dalam bahasa Itali)
  8. ^ Mark Doyle (7 December 2011). "Inter 1-2 CSKA Moscow: Russians snatch victory in San Siro to join Serie A side in knockout stages". Goal.com. Dicapai pada 6 October 2018.
  9. ^ "Transfer market: Caldirola joins Brescia on loan". inter.it. 4 January 2012. Dicapai pada 5 January 2012.
  10. ^ "Calciomercato Inter: Caldirola torna al Brescia" [Transfer market Inter: Caldirola returns to Brescia] (dalam bahasa Italian). Calciomercato.com. 11 January 2013. Dicapai pada 6 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ AC Cesena SpA bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2013 (dalam bahasa Itali)
  12. ^ "Transfer fix! Vier-Jahresvertrag für Luca Caldirola" (dalam bahasa German). Werder Bremen. 26 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 11 Jun 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ F.C. Internazionale Milano SpA bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2013 (dalam bahasa Itali)
  14. ^ "Lilien leihen Luca Caldirola von Werder Bremen aus" (dalam bahasa German). SV Darmstadt 98. 15 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2015. Dicapai pada 15 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Hanke, Maik (15 June 2017). "WERDER BESTÄTIGT CALDIROLA-VERLÄNGERUNG". WerderStube (dalam bahasa German). Dicapai pada 15 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "UFFICIALE: Benevento, colpo Caldirola per la difesa" (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 30 January 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Caldirola-Wechsel zu Benevento Calcio perfekt". Deichstube (dalam bahasa German). Kreiszeitung. 30 January 2019. Dicapai pada 30 January 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "NOME: CALDIROLA LUCA" (dalam bahasa Italian). FIGC.it. Dicapai pada 16 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "L. Caldirola". Soccerway. Dicapai pada 5 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Benevento Calcio