Lucas Paquetá

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lucas Paquetá
Lucas Paquetá.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhLucas Tolentino Coelho de Lima
Tarikh lahir (1997-08-27) 27 Ogos 1997 (umur 22)
Tempat lahirRio de Janeiro, Brazil
Ketinggian1.80 m (5 ka 10+78 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniMilan
Nombor39
Kerjaya remaja
2007–2016Flamengo
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2016–2018Flamengo49(11)
2019–Milan14(1)
Pasukan kebangsaan
2016–2017Brazil B208(1)
2018–Brazil6(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19:06, 25 Ogos 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 06:21, 28 Jun 2019 (UTC)

Lucas Tolentino Coelho de Lima (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈlukaʃ pakɛˈta]; lahir 27 Ogos 1997) atau nama ringkasnya Lucas Paquetá, merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Itali, AC Milan dan pasukan kebangsaan Brazil.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Paquetá beraksi untuk Flamengo ketika menentang Vasco da Gama pada tahun 2018.

Lucas Paquetá tiba di kelab Flamengo pada tahun 2007 semasa berusia 10 tahun. Ketika usia 15 tahun, beliau telah mempamerkan bakatnya tetapi beliau tidak memiliki ciri-ciri fizikal seperti pemain-pemain yang seusia dengannya (ketinggian beliau pada masa itu hanya 5 kaki). Pada usia 18 tahun, beliau telah membesar dengan ketinggiannya meningkat sebanyak 27 cm (10.6 inci). Bersama akademi Flamengo, beliau merangkul kejuaraan Copa São Paulo de Júniores, salah satu kejohanan terkenal yang diadakan antara akademi bola sepak di Brazil semasa tahun 2016. Bersama-sama pemain lain yang berpotensi seperti Léo Duarte, Felipe Vizeu and Ronaldo, Lucas telah ditawarkan ke skuad senior pasukan selepas kejohanan tersebut.[1]

Flamengo[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2016, Paquetá menandantangani kontrak profesionalnya bersama Flamengo sehingga tahun 2020.[2] Pada 5 Mac 2016, Lucas melakukan penampilan sulungnya di dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Bangu dalam perlawanan Campeonato Carioca 2016.[3] Paquetá menjaringkan gol pertamanya untuk Flamengo pada 19 Februari 2017 ketika pasukannya menundukkan Madureira 4-0.

Paquetá juga telah menjaringkan gol dalam aksi final Copa do Brasil 2017 ketika menentang Cruzeiro. Di samping itu, beliau sekali lagi meledak gol dalam aksi final Copa Sudamericana 2017 menentang Independiente. Dalam kedua-dua aksi final tersebut, Flamengo telah kecundang dan dinobatkan sebagai naib juara kejohanan. Semasa perlawanan akhir Copa Sudamericana, beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Flamengo.

Dalam kejohanan Campeonato Carioca 2018, Lucas Paquetá dipilih sebagai pemain sayap kiri terbaik kejohanan sekali gus menjadikan beliau merupakan satu-satunya pemain Flamengo yang terplih di dalam pasukan pilihan kejohanan.

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Oktober 2018, rundingan antara Milan dan Flamengo telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Paquetá yang menelan kos sebanyak €35 juta sekali gus menewaskan tawaran yang dibuat oleh kelab Perancis, Paris Saint-Germain.[4]

Pada 4 Januari 2019, perpindahan tersebut telah dibuat secara rasmi dan diumumkan bahawa beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun.[5][6] Beliau seterusnya memilih jersi bernombor 39. Oleh sebab ibunya mempunyai darah Portugis, beliau dibolehkan untuk berdaftar sebagai pemain Eropah.[7]

Paquetá melakukan penampilan sulung untuk Milan pada 12 Januari 2019 dengan beraksi selama 85 minit sebelum digantikan oleh Fabio Borini ketika menentang Sampdoria dalam perlawanan Coppa Italia.[8][9] Empat hari kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan Supercoppa Italiana 2018[10] menentang Juventus yang berkesudahan Milan tewas 1-0. Pada 21 Januari 2019, Paquetá melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika menewaskan Genoa 2-0 di Stadio Luigi Ferraris. Paquetá menjaringkan gol pertamanya untuk Milan ketika menewaskan Cagliari. Beliau telah mendedikasikan golnya untuk mangsa kebakaran di kelab lamanya, Flamengo yang meragut nyawa pemain-pemain pasukan bawah-15 Flamengo.[11]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bawah-20[sunting | sunting sumber]

Lucas beraksi untuk pasukan bawah-20 Brazil pada tahun 2017

Pada 1 April 2016, Paquetá telah dipanggil untuk mewakili pasukan bawah-20 Brazil dalam perlawanan persahabatan di Eropah.[12] Beliau menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya ketika Brazil melakar kemenangan 2–1 ke atas England pada 4 September.

Pada Oktober 2016, beliau telah dipanggil untuk menghadapi kejohanan Quadrangular de Seleções yang disertai oleh pasukan bawah-20 dari negara Ecuador, Uruguay dan Chile.

Bawah-23[sunting | sunting sumber]

Ketika berusia 18 tahun, Paquetá telah dipanggil untuk menjalani latihan bersama pasukan bawah-23 Brazil dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016. Jurulatih Rogério Micale telah memanggil pemain-pemain muda yang lahir pada tahun 1997 dan 1998 termasuk Lucas untuk mengambil bahagian sebelum menghadapi acara Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.[13]

Pasukan senior[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, beliau telah dipilih dalam kalangan 12 pemain alternatif ke dalam skuad Piala Dunia 2018 di Rusia oleh jurulatih Tite. Dalam kalangan pemain tersebut, Lucas merupakan pemain termuda di dalam skuad Brazil.[14]

Pada 17 August 2018, Paquetá telah dipanggil buat pertama kali oleh pasukan senior Brazil untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat dan El Salvador pada bulan September.[15] Pada 7 September, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Brazil dengan menggantikan Philippe Coutinho pada minnit ke-71 ketika perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat.[16] Pada 23 Mac 2019, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Brazil ketika perlawanan persahabatan menentang Panama semasa beliau menyarung jersi ikonik Brazil bernombor 10.[17] Pada Mei 2019, beliau telah disenariakan ke dalam skuad Brazil dalam kejohanan Copa América 2019.[18]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lucas mempunyai seorang abang, Matheus yang juga bermain bola sepak. Nama samarannya iaitu Paquetá merujuk kepada Pulau Paquetá dan kawasan kejiranan di mana beliau telah membesar.[19]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Ogos 2019.
Kelab Musim Liga Piala Benua[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Brazil Flamengo 2016 0 0 0 0 2 0 2 0
2017 17 1 3 1 9 2 8 2 37 6
2018 32 10 6 0 7 0 11 2 56 12
Jumlah 49 11 9 1 16 2 21 4 95 18
Itali Milan 2018-19 13 1 3 0 1 0 17 1
2019-20 1 0 0 0 1 0
Jumlah 14 1 3 0 0 0 1 0 18 1
Jumlah kerjaya 63 12 12 1 16 2 22 4 113 19

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 28 Jun 2019.[20]
Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
2018 2 0
2019 4 1
Jumlah 6 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
23 Mac 2019 Porto, Portugal  Panama
1–0
1–1
Persahabatan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Flamengo

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Brazil

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Flamengo é tricampeão da Copa São Paulo de Futebol Jr". flamengo.com.br. 25 January 2016. Dicapai 5 January 2017. 
  2. ^ "Destaque no título da Copinha, Lucas Paquetá renova com o Flamengo". Gazeta Esportiva. 4 March 2016. Dicapai 5 January 2017. 
  3. ^ "Base decide, Muralha pega pênalti, e Fla vence Bangu de virada por 3 a 1". globoesporte.com. 5 March 2016. Dicapai 5 January 2017. 
  4. ^ "Football: Flamengo's Lucas Paqueta to join AC Milan | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai 2019-02-04. 
  5. ^ Milan, A. C. "OFFICIAL STATEMENT: LUCAS PAQUETÁ". AC Milan. Dicapai 2019-02-04. 
  6. ^ "AC Milan sign Paqueta for €35m in January". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-04. Dicapai 2019-02-04. 
  7. ^ https://www.calciomercato.com/en/news/revealed-why-paqueta-s-arrival-at-ac-milan-is-even-more-worthwhi-75175
  8. ^ "Coppa Italia". Legaseriea. 12 January 2019. Dicapai 12 January 2019. 
  9. ^ "Sampdoria 0 AC Milan 2 (after extra time): Super-sub Cutrone spares Rossoneri". Goal. 12 January 2019. Dicapai 12 January 2019. 
  10. ^ "Italian Supercup to be played in Saudi Arabia". Juventus. Dicapai 18 July 2018. 
  11. ^ "Lucas Paquetá Scores His First Goal For AC Milan And Dedicates The Moment To Flamengo". www.sportbible.com (dalam bahasa Inggeris). 2019-02-11. Dicapai 2019-02-18. 
  12. ^ "Felipe Vizeu e Lucas Paquetá são convocados para Seleção sub-20". flamengo.com.br. 1 April 2016. Dicapai 5 January 2017. 
  13. ^ "Lucas Paquetá é um dos sparrings da Seleção Olímpica". flamengo.com.br. 21 July 2016. Dicapai 5 January 2017. 
  14. ^ "Lista de 35 de Tite para a Copa tem três novatos: Dedé, Maicon e Paquetá". globoesporte.com. 25 May 2018. Dicapai 8 June 2018. 
  15. ^ "Tite convoca Seleção com Paquetá, Pedro, Dedé e Everton para amistosos". globoesporte.com. 17 August 2018. Dicapai 17 August 2018. 
  16. ^ "Usa v Brazil – match report". theguardian.com (dalam bahasa Inggeris). 8 September 2019. Dicapai 15 April 2019. 
  17. ^ "Lucas Paqueta scores first Brazil goal in friendly draw with Panama". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 23 March 2019. Dicapai 15 April 2019. 
  18. ^ "Brazil name Copa America squad". Football Italia. 17 May 2019. Dicapai 21 May 2019. 
  19. ^ https://www.90min.com/posts/6194225-6-things-fans-need-to-know-about-expected-new-ac-milan-signing-lucas-paqueta
  20. ^ (Inggeris) Profil Lucas Paquetá pada National-Football-Teams.com
  21. ^ "Brazil 3–1 Peru". BBC Sport. 7 July 2019. Dicapai 9 July 2019. 
  22. ^ "Ferj divulga seleção do Campeonato Carioca: Fluminense e Vasco dominam indicações". UOL. 8 April 2018. Dicapai 9 April 2018. 
  23. ^ "Ferj divulga seleção do carioca com cinco jogadores do Flu e dois do Bota". Globoesporte.com. 8 April 2018. Dicapai 9 April 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Brazil Copa América 2019