Lucy Gray (aktivis)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lucy Gray
Gray pada Mac 2019
KelahiranDisember 2006 (umur 17)
WarganegaraNew Zealand
PekerjaanPelajar sekolah
Aktivis alam sekitar
Terkenal keranaTunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim

Lucy Gray (lahir Disember 2006) merupakan seorang aktivis perubahan iklim berbangsa New Zealand.[1][2][3][4]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Lucy Gray merupakan seorang pelajar di Sekolah Tinggi Cashmere[5] sebelum beliau berpindah ke Sekolah Ao Tawhiti yang terletak di Christchurch[6] Beliau merupakan pengerusi kebangsaan School Strike 4 Climate dan bertanggungjawab untuk menganjur aktiviti dan perarakan pelajar untuk perubahan iklim.[7][8] Beliau telah menganjurkan tiga tunjuk perasaan pada tahun 2019, yakni pada 15 Mac (dibatalkan atas sebab keselamatan ekoran daripada serangan pengganas Masjid Cristchurch), 24 Mei,[1] dan 27 September.[9][10] Protes yang keempat telah diadakan di dalam talian pada Mei 2020 apabila kerajaan New Zealand melaksanakan perintah kawalan di negara tersebut disebabkan oleh pandemik COVID-19.[11]

Pada Mei 2019, Gray bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern untuk membincangkan rancangan kerajaan untuk menangani krisis perubahan iklim.[7][12] Beliau telah berucap di Hari Pemimpin Belia Kebangsaan 2019,[13] Festival For the Future 2019,[14] dan TEDx Youth@Christchurch.[15] Pada awal tahun 2020, beliau merupakan salah seorang pembaca di acara 1.5 Degrees Live!.[16] Beliau turut merupakan pengucap utama di Persidangan Matlamat Pembangunan Mampan New Zealand Aotearoa 2020-2021 yang dianjurkan di dalam talian.[17]

Gray menamakan Greta Thunberg, aktivis perubahan iklim berbangsa Sweden, sebagai salah seorang suri teladannya.[1] Beliau turut merupakan penggubal lagu protes perubahan iklim, "Rise up".[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Gorman, Paul. "Lucy Gray – leader, climate change activist, schoolgirl". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2019.
  2. ^ The Dominion Post. "Protesting students should be seen and heard". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2019.
  3. ^ "When your child becomes a climate activist". Stuff (dalam bahasa Inggeris). 28 Disember 2019. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  4. ^ "Cerith Wyn Evans's Things are conspicuous in their absence..." christchurchartgallery.org.nz. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  5. ^ "Cashmere High students on show at Ted talk event". The Star. 7 September 2019. Dicapai pada 27 October 2020.
  6. ^ "Ao Tawhiti Unlimited Discovery Newsletter 27th Ogos 2021". Ao Tawhiti Unlimited Discovery. 27 Ogos 2021.
  7. ^ a b Gorman, Paul. "Lucy Gray and the Prime Minister compare notes on climate change". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2019.
  8. ^ "Meet the team". School Strikes NZ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Jun 2020.
  9. ^ Claire Booker (27 September 2019). "Christchurch School Strike 4 Climate attracts thousands". Star News. Dicapai pada 20 June 2020.
  10. ^ Isaac McCarthy (Oktober–November 2019). "Signs of Change in Canterbury" (67). Latitude. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  11. ^ Sam Wat (12 Mei 2020). "Covid-19 puts school climate strike online". Te Waha Nui. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  12. ^ Jenner, Brooke (2019-05-23). "Students' laid-back preparation for climate change action". RNZ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2020.
  13. ^ Katie Tozer (31 Mei 2019). "National Young Leaders Day". Hornby High School. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  14. ^ "Festival 2019". Festival for the Future. Dicapai pada 20 June 2020.
  15. ^ "Lucy Gray". TEDx Youth@Christchurch. Dicapai pada 20 June 2020.
  16. ^ "Degrees Live! Christchurch". 1.5 Degrees Live. 24 Januari 2020. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  17. ^ Amber Allott (28 Oktober 2020). "Christchurch teen activist to play starring role in nationwide climate talks". Stuff. Dicapai pada 28 Oktober 2020.
  18. ^ Brittney Deguara (24 Mei 2019). "Rise Up: Young climate change activist's anthem for student strikes". Stuff. Dicapai pada 20 Jun 2020.