Lufya Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lufya Omar
Kelahiran
Lutfyah binti Sheikh Omar

(1985-02-02) 2 Februari 1985 (umur 39)
Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2008–kini
Anak-anak1
Ibu bapaSheikh Omar Sheikh Abdullah (bapa)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif2008 - 2015

Lutfyah binti Sheikh Omar (lahir pada 2 Februari 1985) atau lebih dikenali sebagai Lufya Omar (Jawi: لوفيا عمر ) merupakan seorang pelakon dan bekas penyanyi wanita dari Malaysia. Beliau juga merupakan pencipta lagu keagamaan berjudul Doaku yang menjadi lagu tema drama Ramadan Jangan Pergi. [1]

Beliau juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008. Sekarang, Lufya lebih kearah bidang lakonan selepas bersara dari bidang nyanyian pada tahun 2015.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lufya dilahirkan pada 2 Februari 1985 dan berasal dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Beliau berdarah campuran Arab dan Jawa.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lufya mula terlibat dalam bidang seni apabila menyertai pertandingan Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada tahun 2008. Kemunculan Lufya dalam bidang ini juga mula mendapat tumpuan dari peminat di Malaysia setelah muncul dalam pertandingan tersebut. Seterusnya, beliau juga mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dan telah banyak membintangi beberapa drama dan telefilem.

Pada tahun 2014, lagu ciptaan dan dinyanyikan oleh Lufya iaitu Doaku dijadikan lagu runut untuk drama Ramadan Jangan Pergi yang disiarkan di TV3. Lagu yang dicipta oleh beliau pada tahun 2012 itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar Malaysia sama ada positif atau negatif.

Pada tahun 2015, Lufya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bidang nyanyian selepas mula berhijab pada Februari 2015 setelah memikirkan secara mendalam dalam membuat keputusannya itu. Bagi beliau, keputusan itu adalah tindakan terbaik dan beliau mempunyai sebab tersendiri untuk menarik diri dari bidang itu. Namun, beliau akan tetap menerima tawaran lakonan tetapi akan lebih selektif terhadap tawaran diberikan dan menerima watak yang bersesuaian dengan imej beliau yang berhijab. [2] [3]

Pada tahun 2017, Lufya dan suami telah mengeluarkan baju jenama sendiri iaitu Lulu & Ken bersempena hari raya yang akan datang. [4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2015, Lufya telah mengambil keputusan untuk memakai hijab sepenuhnya. [5] [6]

Pada 26 November 2016, Lufya telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor [7] , Che Muhammad Hafiz Che Baharum berusia 26 tahun ketika itu dengan sekali lafaz kira - kira pukul 8.30 malam Sabtu. Majlis pernikahan [8] beliau diadakan di Laman Cinta Nirwana yang dihadiri kira - kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua - dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Sheikh Omar Sheikh Abdullah dan Lufya menerima mas kahwin berjumlah RM 2,000 manakala wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat pada Julai lalu. [9]

Pada tahun 2017, Lufya telah mengesahkan beliau sedang hamil empat bulan dan akan memperlahankan aktiviti seni beliau terutama melibatkan set pengembaraan yang mengambil masa panjang. [10] [11]

Pada 11 November 2017, Lufya selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Laana Haura. [12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Sunti @ Facebook[13] Jiji Filem pertama

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Nenek Ranggi Dalina TV3
2015 Mahar Tanpa Cinta
Dibawah LangitMu Aku Berselawat Waheeda Astro Oasis
Tipah Semperit Sakinah TV1

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Ramadan Jangan Pergi Nadia TV3
Jalan Kembali Amy TV2
2015 Bila Hati Telah Hitam Astro Oasis
2016 Umairah Puteri Nur Umairah TV3
Ahli Mesyuarat Tingkap Muna

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2008 Akademi Fantasia (musim 6) Peserta Astro Ria
2017 Romantika (Musim 7) Artis Jemputan Astro Ria bersama suami beliau
2018 Mahligai Cinta Artis pilihan TV3 bersama anak dan suami beliau

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Singles[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Menampilkan Album Catatan
2012 "Diam"
2014 "Doaku" —) Lagu tema untuk drama Ramadan Jangan Pergi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 10 Julai 2014. Lagu Ketuhanan Lufya Dikatakan Tidak Selari Dengan Imej Diri. mStar Online. Dicapai 25 Julai 2014.
  2. ^ 27 Mei 2015. Lufya Omar Tidak Lagi Jadi Penyanyi Kerana Berhijab. mStar Online.
  3. ^ Rezeki bertudung Lufya Omar. Diarkibkan 2015-08-22 di Wayback Machine Agenda Daily
  4. ^ 30 Mei 2017. Lufya AF Sah Hamil Anak Sulung. Diarkibkan 2017-06-03 di Wayback Machine MYNEWSHUB
  5. ^ Dicapai 2 Jun 2017. Lufya Omar: Jangan takut untuk berubah. Sinar Harian
  6. ^ 31 Disember 2015. Lufya Omar Minta Gambar Tidak Berhijab Dengan Almarhum Tunku Jalil Dipadam - Berita Hiburan. mStar
  7. ^ 19 Julai 2016. Doktor Kacak Bakal Suami Penyanyi Lufya. Diarkibkan 2017-06-05 di Wayback Machine MYNEWSHUB
  8. ^ 31 Oktober 2016. Lufya Buat Persiapan Nikah Secara Sederhana - Berita Hiburan. mStar
  9. ^ 26 November 2016. Lufya Omar Sah Bergelar Isteri Doktor - Berita Hiburan. mStar
  10. ^ Jemang Rahmat (31 Mei 2017). Alah Bau Wangian, Lufya Hamil Empat Bulan. mStar
  11. ^ 30 Mei 2017. Lufya hamil empat bulan | Hiburan. Berita Harian
  12. ^ Nur Asyikin Mayudin (ditulis pada 12 November 2017). Lufya Selamat Lahirkan Baby L. mStar
  13. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2015). 'Sunti @Facebook' Kegagalan Karya Seram James Lee. mStar

Pautan luar[sunting | sunting sumber]