Pergi ke kandungan

Loh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Luh Mahfuz)

Loh (dari bahasa Arab: لوح, rumi: lawh, lit. 'papan, lembaran', dalam konteks keagamaan, ialah sebuah istilah yang digunakan untuk teks keagamaan tertentu.

Dalam Alkitab Ibrani

[sunting | sunting sumber]

Agama Yahudi dan agama Kristian menyatakan bahawa Moses membawa Sepuluh Perintah turun dari Gunung Sinai dalam bentuk dua kepingan batu. Menurut Kitab Keluaran, Tuhan menurunkan kepingan tersebut dua kali, set pertama telah dipukul oleh Moses disebabkan kemarahannya tepada Bani Israel yang menyembah berhala. Oleh itu, Alkitab Ibrani mengandungi kepingan-kepingan mengenai hukum atau kesaksian.[1]

Satu daripada kepingan tertua yang diketahui ialah kepingan pada lewat era Rom-Byzantin (sekitar 500 AD) yang mengandungi Sepuluh Perintah yang mana ditulis dalam tulisan Paleo-Ibrani dan ditemui pada 1913 semasa kerja-kerja penggalian.[2]

Dalam Islam

[sunting | sunting sumber]

Lohmahfuz (Arab: اللوح المحفوظ, rumi: al-Lawhu 'l-Mahfuz, lit. 'Kepingan Yang Dijaga'), ialah sebuah lembaran atau lejar yang merakamkan apa yang telah dan akan berlaku, mengandungi qadar. Qadar (Arab: قدر, rumi: qadar, lit. '"nasib", "ketetapan ilahi", "takdir"')[3] ialah sebuah konsep ketentuan Ilahi dalam Islam.[4][5]

Dalam kepercayaan Bahai

[sunting | sunting sumber]

Istilah "lembaran" ialah sebahagian daripada tajuk banyak karya ringkas ajaran Baháʼu'lláh, pengasas kepercayaan Bahai, dan anak dan penerusnya ʻAbdu'l-Bahá.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Prochwicz-Studnicka, Bożena (2018). "The Origins of the Great Significance of Writing in the Arab-Muslim Culture". Anthropos. 113 (1). Nomos Verlagsgesellschaft mbH: 217–234. ISSN 0257-9774. JSTOR 26789934. Dicapai pada 2026-06-09.
  2. ↑ "The Ten Commandments". Sothebys.com. 1970-01-01. Dicapai pada 2026-06-09.
  3. ↑ J. M. Cowan (ed.) (1976). The Hans Wehr Dictionary of Modern Written Arabic. Wiesbaden, Germany: Spoken Language Services. ISBN 0-87950-001-8
  4. ↑ "Qadar". missionislam.com.
  5. ↑ "Biblia Sagrada Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-12-29. Dicapai pada 2023-11-18.
  6. ↑ Momen, Moojan; Lawson, B.T. (2005). "Lawhḥ". Encyclopædia Iranica.