Luiz Adriano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luiz Adriano
Maklumat peribadi
Nama penuh Luiz Adriano de Souza da Silva
Tarikh lahir (1987-04-12) 12 April 1987 (umur 36)
Tempat lahir Porto Alegre, Brazil
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Spartak Moscow
Nombor 12
Kerjaya remaja
2004–2005 Internacional
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Internacional 32 (13)
2007–2015 Shakhtar Donetsk 162 (77)
2015–2017 Milan 33 (4)
2017– Spartak Moscow 19 (5)
Pasukan kebangsaan
2007 Brazil B20 11 (2)
2014– Brazil 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Oktober 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Oktober 2017

Luiz Adriano de Souza da Silva (lahir 12 April 1987) atau ringkasnya dikenali sebagai Luiz Adriano, merupakan seorang pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain di posisi penyerang untuk kelab Rusia, Spartak Moscow.

Beliau memulakan kariernya di Internacional sebelum beraksi di kelab Eropah, Shakhtar Donetsk pada tahun 2007. Sejak itu, beliau menjadi penyerang utama kelab Ukraine itu dan telah menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Shakhtar pada Oktober 2014 dan dipanggil buat pertama kali oleh pasukan kebangsaan Brazil pada bulan yang sama.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Internacional[sunting | sunting sumber]

Luiz Adriano menarik perhatian kelab-kelab Eropah selepas persembahan menariknya untuk Internacional pada Disember 2006 dalam saingan Piala Kelab Dunia. Beliau menjaringkan gol penentu untuk Internacional ketika mereka menentang Al-Ahly pada peringkat separuh akhir kejohanan dan perlawanan berkesudahan Internacional menang 2-1. Pada perlawanan akhir menentang juara Eropah Barcelona, Luiz Adriano menjadi pemain gantian pada lewat permainan dan memainkan peranan penting dalam menghasilkan gol kemenangan Adriano Gabiru pada minit ke-82 sekali gus memastikan Internacional dinobatkan juara menerusi gol tunggal tersebut, 1-0.

Shakhtar Donetsk[sunting | sunting sumber]

Luiz Adriano berpindah ke kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk pada 2 Mac 2007 dengan nilai perpindahan sebanyak 3 juta euro. Pada 19 Mac 2007, beliau melakukan penampilan sulung untuk kelab barunya dalam saingan Liga Perdana Ukraine pada pertembungan satu kota menentang Metalurh Donetsk semasa nerisoa 19 tahun, sebelas bulan dan tujuh hari.[2] Dalam tempoh hampir setahun, beliau akhirnya menjaringkan gol pertamanya untuk Shakhtar pada 15 Mac 2008 menentang Metalit Kharkiv.[3]

Pada 28 Ogos 2008, Adriano menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah apabila menyumbat gol pembukaan perlawanan ketika meneang 3-1 menentang Dinamo Zagreb sekali gus menempah tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[4][5] Beliau turut menghasilkan gol pembukaan pada perlawanan akhir Piala UEFA 2009 yang berkesudahan Shakhtar menang 2-1 ke atas Werder Bremen selepas masa tambahan.[6]

Pada 7 Mei 2011, Luiz Adriano menjaringkan gol ke-50nya untuk Shakhtar pada satu perlawanan liga menentang Metalurh Donetsk yang berkesudahan Shakhtar menang 2-0.[7]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Julai 2012, Luiz Adriano menjaringkan gol pembukaan dalam aksi Piala Super Ukraine 2012 menentang pemegang takhta piala domestik, Metalurh Donetsk lalu memastikan Shakhtar merangkul trofi itu selepas menang 2-0. Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam saingan liga musim ini ketika menang 3-0 menewaskan Karpaty Lviv.[8] Seterusnya pada 20 November 2012, pada satu perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Nordsjælland, Luiz Adriano menyumbat gol kontroversi untuk menyamakan kedudukan 1-1. Selepas seorang pemain Nordsjælland tercedera yang terpaksa pemegangan bola diberikan kepada penjaga gol Nordsjælland, seorang pemain Shakhtar Willian cuba menghantar bola terus kepada penjaga gol namun Luiz Adriano terus memecut untuk memintas hantaran Willian tersebut lalu memperdayakan penjaga gol lawan dan terus menyumbat bola ke dalam gawang gol lawan. Gol Luiz Adriano diprotes pemain-pemain lawan dan mencetuskan kekecohan.[9][10] UEFA membuka kes tatatertib terhadap Luiz Adriano kemudian melarang dia untuk beraksi perlawanan seterusna kerana berkelakuan tiada semangat sukan. Shakhtar mengeluarkan kenyataan menyokong keputusan UEFA itu dan menyatakan mereka amat kecewa dengan tindakan pemainnya.[11]

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Luiz Adriano melakukan penampilan pertamanya pada musim 2013-14 pada perlawanan Piala Super Ukraine menentang Chornomorets Odesa yang berkesudahan Shakhtar menang selesa 3-1 namun, Luiz Adriano tidak berjaya menghasilkan gol sepanjang perlawanan berlangsung. Beliau menjaringkan gol pertamanya musim ini dalam aksi liga ketika menang 2-0 menentang Hoverla Uzhhorod pada 14 Julai 2013.[12] Beliau turut menjaringkan gol untuk memberikan kelebihan Shakhtar menang 4-0 ke atas wakil Sepanyol, Real Sociedad dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 27 November 2013.[13]

Luiz Adriano menjaringkan dua gol Shakhtar dan ia telah cukup untuk memastikan Shakhtar menang 2-0 ke atas Dynamo Kyiv dalam aksi pertembungan Ukraine pada 16 April 2014.[14] Seterusnya pada pertembungan satu kota menentang Metalruh Donetsk, Luiz Adriano menjaringkan gol kemenangan Shakhar selepas ketinggalan 1-0 kepada 2-1.[15] Pada 11 Mei, beliau menjaringkan dua gol untuk membantu Shakhtar meraih kejuaraan liga kelima berturut-turut menentang Zorya Luhansk.[16] Pada perlawanan terakhir liga musim 2013-14 iaitu pada 18 Mei 2015, beliau menjaringkan dua gol Shakhtar untuk membenam Volyn Lutsk 2−0 sekali gus menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak liga bersama 20 gol dihasilkan.[17]

Musim 2014–15[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Oktober, Luiz Adriano menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara menentang BATE Borisov sekali gus meletakkan beliau sebagai pemain kedua menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara selepas Lionel Messi.[18] Tiga gol Adriano mengambil masa selama tujuh gol sekali gus menjadikan jaringan hatrik ketiga terpantas dalam selain menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama perlawanan.[19] Selepas menjaringkan gol keempat dan seterusnya pada perlawanan itu, beliau memintas rekod Andriy Vorobey untuk menjadi penjaring terbanyak Shakhtar sepanjang zaman dengan 117 gol.[20] Selain itu, Adriano turut menjadi penjaring terbanyak Shakhtar dalam saingan Eropah menerusi 29 gol dihasilkan olehnya.[21]

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara seterusnya menentang BATE pada 5 November, Luiz Adriano sekali lagi menjaringkan hatrik untuk Shakhtar membenam BATE 5-0.[22] Selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Luiz Adriano menyamai rekod Messi menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara serta menyamai rekod Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak dalam aksi peringkat kumpulan iaitu sembilan gol sekali gus mendorong UEFA menganugerahkan Luiz Adriano sebagai MVP untuk aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.[23]

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2015, Luiz Adriano melakukan perpindahan ke Milan selepas menandatangani kontrak lima tahun dengan nilai perpindahan 8 juta euro.[24][25] Walau bagaimanapun, Milan membayar selebihnya 6 juta euro kepada pihak yang tidak dikenali.[26] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Rossoneri pada 17 Ogos 2015 dalam satu aksi Coppa Italia menentang Perugia. Beliau menjaringkan gol kedua Milan pada perlawanan yang berlangsung di San Siro.[27] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 29 Ogos 2015 ketika menang 2-1 menentang Empoli. Pada Januari 2016, Milan bersetuju tawaran yang dibuat kelab Liga Super China, Jiangsu Suning untuk menjual Luiz Adriano dengan tawaran yang dilaporkan sekitar 14 juta euro.[28] Rundingan tersebut gagal mencapai kata akhir apabila Luiz Adriano dan Jiangsu Suning gagal bersetuju menerusi terma-terma peribadi pemain rundingan berlangsung.[29]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2013, Luiz Adriano menerangkan beliau akan terima jika panggilan oleh pasukan kebangsaan Ukraine. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat berbuat demikian kerana beliau memiliki pasport Ukraine ketika mewakili pasukan remaja Brazil sekali gus menyebabkan beliau tidak layak ke negara-negara lain selain Brazil.[30][31][32]

Pada 23 Oktober 2014, Luiz Adriano menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Brazil untuk perlawanan persahabatan menentang Turki dan Austria yang berlangsung pada bulan November 2014.[33] Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Brazil pada 12 November menentang Turki. Beliau beraksi selama 73 minit sebelum digantikan oleh Roberto Firmino yang turut melakukan penampilan sulungnya untuk Brazil dan perlawanan berkesudahan Brazil menang 4-0.[34]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 3 April 2016
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Brazil Internacional 2006 13 1 2 1 10 2
2007 8 1 1 0 14 1
Jumlah 21 2 3 1 24 3
Ukraine Shakhtar Donetsk 2006–07 5 0 1 0 6 0
2007–08 13 4 5 1 1 0 19 5
2008–09 12 4 3 1 14 4 29 9
2009–10 23 11 1 0 12 6 36 17
2010–11 21 10 5 4 10 4 1 2 37 20
2011–12 23 12 5 1 6 3 1 0 37 16
2012–13 19 7 5 4 7 3 1 1 32 15
2013–14 25 20 5 2 8 3 1 0 39 25
2014–15 21 9 4 3 7 9 1 0 33 21
Jumlah 162 77 34 16 65 32 5 3 266 128
Itali Milan 2015–16 26 4 3 2 29 6
Jumlah 26 4 3 2 29 6
Jumlah kerjaya 209 82 38 18 68 33 5 3 320 136

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Internacional
Shakhtar Donetsk[36]

Individu[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Termasuk Piala Super dan Piala Kelab Dunia FIFA

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.acmilan.com/it/teams/roster_player/11976
  2. ^ "Luiz Adriano and his goals". Shakhtar. 23 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 24 October 2014.
  3. ^ name="Luiz Adriano goals"
  4. ^ name="Luiz Adriano goals"
  5. ^ "Dinamo stunned by Shakhtar's Brazilians". UEFA. 28 August 2008. Dicapai pada 24 October 2014.
  6. ^ name="uefacup2009final">"Jadson the difference as Shakhtar triumph". UEFA. 20 May 2009. Dicapai pada 20 May 2009.
  7. ^ name="Luiz Adriano goals"
  8. ^ "Shakhtar Donetsk vs Karpaty 3–0". Dicapai pada 4 September 2012.
  9. ^ "Champions League round-up: Bayern, Valencia, Barca through". BBC. 20 November 2012. Dicapai pada 21 November 2012.
  10. ^ "Entrüstung über "Fair-Play-Foul" - sport.ORF.at". orf.at.
  11. ^ "Disciplinary case against Adriano". Reuters. 20 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-02. Dicapai pada 21 November 2012.
  12. ^ "Shakhtar Donetsk vs. Hoverla 2-0". Soccerway. 14 July 2013. Dicapai pada 24 October 2014.
  13. ^ "Shakhtar forge on as La Real hopes end". UEFA. 27 November 2013. Dicapai pada 24 October 2014.
  14. ^ "Dynamo Kyiv vs. Shakhtar Donetsk 0-2". Soccerway. 16 April 2014. Dicapai pada 24 October 2014.
  15. ^ "Shakhtar Donetsk vs. Metalurh Donetsk 2-1". Soccerway. 19 April 2014. Dicapai pada 24 October 2014.
  16. ^ "Shakhtar secure title to make it five in a row". UEFA. 11 May 2014. Dicapai pada 24 October 2014.
  17. ^ "Shakhtar Donetsk vs. Volyn 2-0". Soccerway. 18 May 2014. Dicapai pada 24 October 2014.
  18. ^ "Luiz Adriano the five-goal hero". FourFourTwo. 21 October 2014. Dicapai pada 22 October 2014.
  19. ^ "Shakhtar Donetsk's Luiz Adriano breaks three records in one half". ESPNFC. 21 October 2014. Dicapai pada 21 October 2014.
  20. ^ name="BATErecord"
  21. ^ name="Luiz Adriano goals"
  22. ^ "Shakhtar supreme again against BATE". UEFA. 5 November 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
  23. ^ "Best of the UEFA Champions League group stage". UEFA. 22 December 2014. Dicapai pada 2 July 2015.
  24. ^ "LUIZ ADRIANO: AC MILAN COMUNICATO UFFICIALE". AC Milan. Dicapai pada 2 July 2015.
  25. ^ "Luiz Adriano moves to Milan". F.C. Shakhtar Donetsk. 2 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 5 July 2015.
  26. ^ A.C. Milan S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  27. ^ "AC Milan 2-0 Perugia: Honda and Luiz Adriano win cup clash for Rossoneri". Goal. 17 August 2015. Dicapai pada 17 August 2015.
  28. ^ "Milan striker Luiz Adriano in China to complete Jiangsu Suning switch". goal.com. Dicapai pada 20 January 2016.
  29. ^ "Milan's Luiz Adriano backs out of Jiangsu Suning move". espnfc.com. Dicapai pada 20 January 2016.
  30. ^ "Luiz Adriano: Сlub history is not an empty sound for Brazilians". FC Shakhtar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-11-24.
  31. ^ "bigball.eu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-14. Dicapai pada 2016-11-24.
  32. ^ "Fernandinho and Adriano – about girls, samba and shurashka". FC Shakhtar.
  33. ^ "Thiago Silva and Lucas Moura return to Brazil squad". Goal.com. 23 October 2014. Dicapai pada 23 October 2014.
  34. ^ "Turkey 0-4 Brazil". BBC Sport. 12 November 2014. Dicapai pada 12 November 2014.
  35. ^ "Shakhtar Donetsk claim Uefa Cup final glory over Werder Bremen". The Guardian. 21 May 2009. Dicapai pada 11 August 2009.
  36. ^ "- First Team - FC Shakhtar Donetsk". shakhtar.com.
  37. ^ name=1415groupstage

Pautan luar[sunting | sunting sumber]