Luluhnya Sebuah Ikrar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luluhnya Sebuah Ikrar
GenreDrama
Ditulis olehNik Naemah Najad Nik Mahir
Pengarah
  • Joyce Lee
  • Ho Chee Wai
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifJoyce Lee
PenerbitJoyce Lee
Penyunting
  • Ho Chee Heng
  • Desmond Lai
  • Cheah Foong Foong
Sinematografi
  • Lai Chee Keong
  • Liew Tak Ming
Tempoh siaran39 minit
Syarikat penerbitan
Double Vision
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Mei 2013 – 25 Jun 2013

Luluhnya Sebuah Ikrar merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 dibintangi oleh Sara Ali, Zul Ariffin dan Ryzal Jaafar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 dari 6 Mei 2013 hingga 25 Jun 2013 menggantikan Kerana Lelaki Itu.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]

Premis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat. Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya. Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul. Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul. Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya. Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (30 April 2013). "Sinopsis Drama Luluhnya Sebuah Ikrar Lakonan Sara Ali". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Mei 2015.
  2. ^ Luluhnya Sebuah Ikrar (2013): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 10 Oktober 2018.