Lumba-lumba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Lumba-lumba
Dolfin
لومبا٢ (دولفين)
Julat zaman: Awal Miosen - Kini
Tursiops truncatus 01.jpg
Seekor lelumba hidung botol
berenang memecah ombak laut
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Delphinidae dan Platanistoidea

Gray, 1821
Genus

Lihat teks.

Lumba-lumba (Jawi: لومبا٢) atau dolfin (Jawi: دولفين) ialah sejenis mamalia laut dalam order setasea yang berkait rapat dengan ikan paus; ia tergolong dalam keluarga Delphinidae[1] yang merupakan famili Cetacea terbesar dan agak baru muncil sejak kira-kira sepuluh juta tahun semasa Zaman Miosen. Terdapat hampir empat puluh spesies dalam tujuh belas genus di bawah keluarga Delphinidae.

Haiwan ini boleh dijumpai di seluruh dunia; ia sering didapati terutamanya di kawasan lebih cetek laut seperti di pentas benua, namun terdapat juga spesies yang tinggal di sungai. Dolfin dianggap sebagai antara haiwan paling cerdik.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

  • Suborder Odontoceti, paus bergigi
    • Famili Delphinidae, dolfin laut
      • Genus Delphinus
      • Genus Tursiops
      • Genus Lissodelphis
      • Genus Sotalia
      • Genus Sousa
      • Genus Stenella
      • Genus Steno
      • Genus Cephalorynchus
      • Genus Grampus
      • Genus Lagenodelphis
      • Genus Lagenorhyncus
      • Genus Orcaella
      • Genus Peponocephala
      • Genus Orcinus
      • Genus Feresa
      • Genus Pseudorca
      • Genus Globicephala
    • Famili Platanistoidea, Dolfin sungai
      • Genus Inia
      • Genus Lipotes
      • Genus Platanista
      • Genus Pontoporia

Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Rajah anatomi dalaman seekor lelumba dengan orang dan tetulang.

Badan ikan lumba-lumba ini berupa lonjong seakan torpedo dengan leher tegar, kepala membonjol, sirip rata dan berekor panjang. Muncung ia panjang dengan mata diletakkan pada sisi kepala.

Haiwan ini berkongsi sifat dengan haiwan daratan melalui aspek tertentu: ia mempunyai suatu lubang pernafasan yang menghembus keluar air terguna sambil menghirup masuk udara segera,[2] dan ia mempunyai perut yang dibahagikan kepada dua ruang khusus seperti yang ada pada mamalia daratan.

Badan ini mengandungi lemak mirip yang ada pada ikan paus yang digunakan sebagai penebat haba dan simpanan tenaga.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Dolfin merupakan haiwan karnivor, biasanya memakan ikan dan sotong. Ikan-ikan dimangsakan sering diperangkap di mana seekor dua lelumba mengelilingi sekawan ikan yang diserang mengejut[3] atau ikan-ikan mangsa dikejar ke kawasan lebih cetek.[3] Malah, ada juga lelumba yang menggunakan pipih ekor (atau "fluk") seakan senjata sama ada mempegunkan atau melambung ikan ke udara.[3]

Pergerakan[sunting | sunting sumber]

Lumba-lumba menghasilkan bunyi detikan untuk tujuan mengesan persekitaran yang dipantulkan semasa menyeberang. Ia juga boleh bersiul sebagai suatu bentuk komunikasi melalui penggetaran tisu sepertimana dilakukan manusia.[4]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Ikan lelumba melahirkan seekor anak, anak ini biasanya keluar ekor dahulu.[5] Anak lelumba cepat mematang naluri seks pada usia muda bahkan sebelum mencapai tahap dewasanya;[6] usia capaian ini berbeza mengikut spesies dan jantina.[7]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Rupanya yang kelihatan ramah dan sikapnya yang suka bermain-main membuatkannya popular dalam budaya manusia. Haiwan ini sering dipergunakan manusia untuk tujuan tertentu sepanjang zaman dan budaya.

Sebagai sumber makanan[sunting | sunting sumber]

Ia sering diburu di seberapa kawasan tertentu termasuk di Jepun (khususnya di Taiji, Wakayama),[8][9] Kepulauan Faroe dan Peru.[10] Masyarakat di Taiji ini menganggap lulmba-lumba sebagai keistimewaan setempat yang langsung tidak dinikmati di tempat-tempat lain di Jepun; ia dimakan baik segar sebagai sashimi, digoreng celur mahupun direneh dengan sayur berkuah miso.[11]

Sebagai haiwan pertunjukan[sunting | sunting sumber]

Haiwan-haiwan ini sering disimpan untuk tujuan pertunjukan di taman-taman tema laut khusus bersama mamalia laut lain seperti paus pembunuh dan paus orka.

Ancaman lain[sunting | sunting sumber]

Penangkapan ikan tertentu seperti tuna untuk kegunaan manusia menggunakan jala tertentu boleh mendatangkan bahaya di mana lumba-lumba boleh tertangkap lalu boleh melemaskan lumba-lumba ini.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ lumba-lumba. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "Cetacean Curriculum – A teacher's guide to introducing and using whales, dolphins, & porpoises in the classroom" (PDF). American Cetacean Society. November 28, 2004. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada Ogos 7, 2012. Dicapai pada Disember 20, 2013. Sound production in cetaceans is a complex phenomenon not fully understood by scientists.
  3. ^ a b c "Dolphin's diet". Diarkib daripada yang asal pada September 27, 2013.
  4. ^ Viegas, Jennifer (2011). "Dolphins Talk Like Humans". Discovery News. Dicapai pada September 19, 2011.
  5. ^ Simmonds, Mark (2007). Whales and Dolphins of the World. New Holland Publishers. m/s. 32. ISBN 978-1-84537-820-2.
  6. ^ Silva Jr, J.; Silva, F.; Sazima, I. (2005). "Rest, nurture, sex, release, and play: diurnal underwater behaviour of the spinner dolphin at Fernando de Noronha Archipelago, SW Atlantic – Mating behaviour" (PDF). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada March 16, 2014. Dicapai pada March 16, 2014.
  7. ^ W. Perrin; S. Reilly (1984). Reproductive Parameters of Dolphins (PDF).
  8. ^ Matsutani, Minoru (September 23, 2009). "Details on how Japan's dolphin catches work". Japan Times. m/s. 3. Diarkib daripada yang asal pada September 27, 2009.
  9. ^ McCurry, Justin (September 14, 2009). "Dolphin slaughter turns sea red as Japan hunting season returns". The Guardian. London. Dicapai pada May 24, 2010.
  10. ^ Hall, Kevin G. (2003). "Dolphin meat widely available in Peruvian stores: Despite protected status, 'sea pork' is popular fare". The Seattle Times.
  11. ^ イルカの味噌根菜煮 [Dolphin in Miso Vegetable Stew]. Cookpad (dalam bahasa Jepun). 2010. Dicapai pada May 16, 2011.
  12. ^ Clover, Charles (2008). The End of the Line: How Overfishing is Changing the World and what We Eat. University of California Press. ISBN 978-0-520-25505-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Lumba-lumba di Wikimedia Commons