Lumba-lumba Ambu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lumba-lumba Ambu
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Cetacea
Famili: Phocoenidae
Genus: Neophocaena
Spesies: N. phocaenides
Binomial: Neophocaena phocaenides


Lumba-lumba Ambu (bahasa Inggeris: Finless Porpoise) ialah salah satu daripada enam spesies lumba-lumba. Di bahagian utara Jepun, haiwan ini dikenali sebagai sunameri. Jenis air tawar yang didapati di Sungai Yangtze di China digelarkan oleh orang-orang tempatan sebagai jiangzhu atau "babi sungai". Nama sainsnya Neophocaena phocaenides. [1]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Lumba-lumba Ambu hidup di perairan pinggir laut Asia, khususnya di sekitar India, China, Indonesia, dan Jepun. Jenis air tawar yang unik terdapat di Sungai Yangtze. Taburannya yang paling barat termasuk sepanjang pantai barat India sehingga Teluk Parsi.

Lumba-lumba Ambu hidup berhampiran dengan pantai di dalam perairan cetek sehingga 50 meter dalam. Perairan tersebut sering mempunyai dasar laut yang lembut atau berpasir. Dalam kes-kes kekecualian, haiwan ini terdapat sehingga 100 batu dari pantai di China Timur dan Laut Kuning, walaupun masih dalam air cetek.


Huraian fizikal[sunting | sunting sumber]

Lumba-lumba Ambu hampir langsung tidak mempunyai ridip. Sebaliknya, haiwan ini mempunyai satu rabung rendah yang dilitupi dengan kulit tebal yang mempunyai dentikal seolah-olah gigi kecil. Ini membuktikan bahawa bentuk badan yang dipilih oleh evolusi untuk Yu, dolfin, dan lumba-lumba bukannya bentuk badan tunggal yang mungkin bagi haiwan laut.

Lumba-lumba Ambu dewasa mempunyai warna kelabu muda yang seragam. Kebanyakan bayi haiwan ini berwarna hitam dengan warna kelabu di sekeliling kawasan rabung dorsal. Bagaimanapun, warna haiwan ini menjadi kelabu selepas 4-6 bulan. Haiwan dewasa ini boleh mencapai 1.55 meter panjang. Haiwan jantan menjadi matang tentang seks antara 4.5 - 9 tahun, berbanding dengan haiwan betina yang mencapai kematangan antara 3 - 7 tahun. Lumba-lumba Ambu makan berbagai-bagai ikan, udang, serta sefalopod, atau apa-apa sahaja yang ada.

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat data yang mencukupi untuk memasukkan Lumba-lumba Ambu dalam senarai spesies terancam, kecuali di China di mana haiwan ini benar-benar terancam. Kecendurungan haiwan ini untuk hidup berhampiran dengan pantai mendedahkannya kepada bahaya kegiatan menangkap ikan. Banyak Lumba-lumba Ambu dibunuh setiap tahun oleh jala-jala atau mata-mata kail yang ditempatkan di seberang sungai-sungai.

Tidak terdapat juga anggaran-anggaran yang baik untuk bilangan Lumba-lumba Ambu yang masih hidup. Bagaimanapun, perbandingan antara dua tinjauan, satu pada lewat 1970-an dan yang lain itu pada tahun 1999/2000, menunjukkan kemerosotan bilangan dan taburan haiwan ini. Ahli-ahli sains mempercayai bahawa kemerosotan ini telah berlangsung selama berdekad-dekad dan bilangannya yang terkini hanya merupakan sebahagian kecil daripada bilangan sejarahnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z