Pergi ke kandungan

Lumba-lumba paruh putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lumba-lumba paruh putih
Berenang di haluan
Eyjafjörður, timur laut Iceland
Ukuran berbanding manusia biasa
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Cetacea
Keluarga: Delphinidae
Genus: Lagenorhynchus
Nama binomial
Lagenorhynchus albirostris
(Gray, 1846)
      Taburan lelumba paruh putih
Berenang di haluan, Eyjafjörður, timur laut Iceland

Lumba-lumba paruh putih (Lagenorhynchus albirostris) ialah sejenis mamalia laut dalam keluarga Delphinidae (lelumba laut) dalam suborder Odontoceti (paus bergigi).

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Spesies ini pertama kali digambarkan oleh pakar taksonomi British John Edward Gray pada tahun 1846. Disebabkan ia banyak terdapat di laut Eropah, ia merupakan antara spesies terawal dalam genus Lagenorhynchus (lagenos, Latin bagi "botol" atau "kelalang"; rhynchos, "paruh" atau "muncung") yang diketahui sains. Nama saintifiknya, albirostris, bermaksud "paruh putih", merujuk kepada warna paruh spesies ini, yang menjadi ciri diagnostik berguna untuk tujuan pengecaman (walaupun ia boleh berubah-ubah).[3]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Lumba-lumba paruh putih adalah spesies lumba-lumba lasak dengan paruh yang pendek. Dewasa boleh mencapai panjang sehingga 2.3 meter (7 kaki 7 inci) 3.1 meter (10 kaki) dan berat 180 hingga 354 kg (400-780 paun). Anak memiliki panjang sekitar 1.1 meter (3 kaki 7 inci) hingga 1.2 meter (3 kaki 11 inci) ketika dilahirkan dan berat kira-kira 40 kg (88 paun).[4] Lelumba ini memiliki ciri paruh pendek tebal putih berkrim dan sirip dorsal berbentuk sabit (melengkung).

Pembahagian

[sunting | sunting sumber]

Lumba-lumba paruh putih endemik di Lautan Atlantik Utara dan ditemui dalam jalur merentasi lautan dari Tanjung Cod, muara Sungai St. Lawrence dan selatan Greenland di barat, sekitar Iceland di tengah dan merentas ke barat di utara Perancis ke Svalbard; bagaimanapun, ia tidak begitu menyesuaikan diri dengan keadaan Artik seperti mana beluga atau narwal. Lelumba ini mudah dikelirukan dengan lelumba sisi putih Pasifik, sungguhpun lelumba tersebut biasa terdapat di sebelah utara. Lelumba sisi putih Pasifik juga biasanya lebih besar, dan tidak memiliki jalur-jalur kuning di sebelah.

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Bilangan, pola pembiakan, dan jangka hayat lumba-lumba ini semuanya tidak diketahui, walaupun kebanyakan sumber menganggarkan beberapa ratus ribu individu, dengan populasi lebih padat di timur Atlantik Utara berbanding di sebelah barat.

Lumba-lumba paruh putih merupakan haiwan akrobatik dan sosial. Mereka sering menumpang ombak di haluan kapal berkelajuan tinggi dan melompat jauh dari permukaan laut. Lumba-lumba paruh putih adalah pemakan berkelompok dan sering dilihat mencari makan bersama-sama dengan paus buding, paus sirip dan paus kelasa, serta spesies lumba-lumba lain.

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Populasi lumba-lumba paruh putih di Laut Utara dan Laut Baltik disenaraikan di Lampiran II,[5] kerana mereka mempunyai status pemuliharaan yang tidak menguntungkan atau mampu mendapat manfaat ketara daripada kerjasama antarabangsa yang dianjurkan oleh perjanjian yang disesuaikan khusus.

Di samping itu, lumba-lumba paruh putih dilindungi di bawah Perjanjian Pemuliharaan Setacea Kecil Baltik, Timur Laut Atlantik, Ireland dan Laut Utara (ASCOBANS).

  1. Kiszka, J.; Braulik, G. (2018). "Lagenorhynchus albirostris". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T11142A50361346.en. Dicapai pada 19 November 2021. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  2. "Appendices | CITES". cites.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2010. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. Reeves, Randall, Brent Stewart, Phillip Clapham and James Powell (2002). National Audubon Society Guide to Marine Mammals of the World. Knopf. m/s. 395–397. ISBN ISBN 0-375-41141-0 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. Shirihai, H. and Jarrett, B. (2006). Whales, Dolphins and Other Marine Mammals of the World. Princeton Field Guides. m/s. 199–200. ISBN 0-61-12757-2 Check |isbn= value: length (bantuan).CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. "Appendix II"
  • Hammond, P.S., Bearzi, G., Bjørge, A., Forney, K., Karczmarski, L., Kasuya, T., Perrin, W.F., Scott, M.D., Wang, J.Y., Wells, R.S. & Wilson, B. (2008). Lagenorhynchus albirostris. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 24 March 2009. Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Whales Dolphins and Porpoises, Mark Carwardine, Dorling Kindersley Handbooks, ISBN 0-7513-2781-6
  • National Audubon Society Guide to Marine Mammals of the World, Reeves, Stewart, Clapham and Powell, ISBN 0-375-41141-0

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]