Luminositi (teori serakan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Dalam teori serakan dan fizik pemecut, luminositi (L) adalah nisbah bilangan peristiwa dikesan (dN) dalam jangka masa tertentu (dt) kepada keratan rentas (σ):[1]

Ia mempunyai dimensi peristiwa per masa per luas, dan biasanya dinyatakan dalam unit cgs, cm−2·s−1 atau unit bukan SI, b−1·s−1. Secara praktikal, L bergantung pada parameter alur zarah, seperti lebar alur dan kadar aliran zarah, serta ciri-ciri sasaran, seperti saiz dan ketumpatan sasaran.[1]

Sebuah kuantiti berkaitan, luminositi kamiran (Lkam), merupakan kamiran luminositi ke atas masa: [1]

Luminositi dan luminositi kamiran adalah nilai berguna untuk mencirikan prestasi pemecut zarah. Khususnya, semua eksperimen pelanggar ingin memaksimumkan luminositi kamiran mereka, kerana semakin tinggi luminositi kamiran, semakin banyak data untuk dianalisis.[1]

Contoh luminositi pelanggar[sunting | sunting sumber]

Berikut beberapa contoh tertentu luminositi pemecut.[1]

Pelanggar Interaksi L (cm−2·s−1)
SPS p + p 6.0×1030
Tevatron[2] p + p 4.0×1032
HERA p + e+ 4.0×1031
LHC[3] p + p 2.1×1034
LEP e + e+ 1.0×1032
PEP e + e+ 3.0×1033
KEKB[4] e + e+ 2.1×1034
SuperKEKB[5] e + e+ 2.4×1034
LHC[6] p + Pb 8.5×1029
LHC[6] Pb + Pb 6.1×1027

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Herr, W.; Muratori, B. (2006). "Concept of luminosity" (PDF). Dalam Brandt, D. (penyunting). CERN Accelerator School: Intermediate Course on Accelerator Physics, Zeuthen, Germany, 15-26 Sep 2003. CERN. m/s. 361–378. doi:10.5170/CERN-2006-002. ISBN 978-92-9083-267-6.
  2. ^ Tevatron sets new initial luminosity records, Fermilab Today news archive
  3. ^ LHC Report: The LHC is full!
  4. ^ Tetsuo Abe et al.: Achievements of KEKB. In: Prog. Theor. Exp. Phys. 03A001, 2013, pp. 1–18, DOI:10.1093/ptep/pts102.
  5. ^ "SuperKEKB collider achieves the world's highest luminosity". 26 June 2020.
  6. ^ a b Heavy-Ion Operation of HL-LHC!