Lun Gywe
Lun Gywe လွန်းကြွယ် | |
|---|---|
| Kelahiran | 1930 |
| Meninggal dunia | 1 Oktober 2025 (umur 94–95) Myanmar |
| Warganegara | Burma/Bamar |
| Terkenal kerana | Melukis |
Lun Gywe (Burma: လွန်းကြွယ်,disebut [lʊ́ɰ̃ dʑwɛ̀]; 24 September 1930 – 1 Oktober 2025) ialah seorang pelukis klasik Burma. Di luar Myanmar, karya Lun telah dipamerkan dalam pertunjukan solo di Jepun, Republik Korea, Republik Rakyat China, Australia, New York City dan Persekutuan Malaya.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Lun Gywe lahir di Yangon, British Burma pada 24 September 1930. Lun kecil mengikuti ibunya ke India, dan dia membesar di sana tanpa kehadiran sang ayah. Lun kemudian kembali dan belajar di bawah Chit Maung dan San Win yang juga murid kepada Ba Nyan. Tamat pendidikan tinggi pada 1954, dia kemudian mengajar di State School of Fine Arts, Yangon (1958–1979).
Lun sempat belajar ke China pada 1964 dan mendapat fellowship oleh Jerman Timur pada 1971. Dia dikenali dengan gaya lukisannya yang impresionis.[1]
Karya di Muzium
[sunting | sunting sumber]Lukisan Lun dipajang pada tempat:
- Muzium Negara Myanmar
- Muzium Seni Singapura
- Balai Seni Negara, Kuala Lumpur
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kavi, Maung (2025-10-03). "Obituary | Renowned Myanmar Artist U Lun Gywe Dies at 95". The Irrawaddy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-13.