Luncur ais di Sukan Asia Tenggara 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Luncur ais ialah satu sukan terbaru dalam sejarah Sukan SEA. Acara ini bakal mencipta sejarah tersendiri dan juga menjadi legasi temasya Sukan SEA 2017 kerana buat julung kalinya acara sukan musim sejuk dipertandingkan pada temasya sukan musim panas. Dalam Luncur Ais, atlet akan meluncur dengan pantas mengikut rentak muzik yang telah dirancang dengan menggunakan kasut atau but khas.

Luncur ais berirama / berbunga memerlukan atlet melakukan beberapa pergerakan, putaran, lompatan dan elemen tertentu yang memerlukan disiplin dan latihan yang kemas. Luncur ais (Short Track Speed Skating) atau Ice Racing diadakan di atas trek bujur berukuran 111.2 meter di atas rink berukuran 30x60 meter, sama dengan gelanggang hoki ais antarabangsa. Disebabkan selekoh pada trek bujur agak tajam, kelajuan luncuran diubah untuk mengekalkan kelajuan tertinggi dan kawalan di selekoh.

Lapan (8) acara akan dipertandingkan iaitu dua (2) bagi acara luncur berirama lelaki dan wanita dan enam (6) bagi acara luncur ais (Ice Racing) iaitu disiplin 500m, 1000m dan luncur ais berganti-ganti 3000m lelaki dan wanita. [1]

Venue acara ini diadakan di Empire City Ice Perdana, Empire City, Damansara Perdana, Kuala Lumpur

Acara yang dipertandingkan[sunting | sunting sumber]

Kategori lelaki[sunting | sunting sumber]

  1. Luncur ais berbunga (Figure Skating)
  2. Luncur ais laju trek pendek – Berganti (500m)
  3. Luncur ais laju trek pendek – Berganti (1000m)
  4. Luncur ais laju trek pendek – Berganti (3000m)

Kategori wanita[sunting | sunting sumber]

  1. Luncur ais berbunga (Figure Skating)
  2. Luncur ais laju trek pendek – Berganti (500m)
  3. Luncur ais laju trek pendek – Berganti (1000m)
  4. Luncur ais laju trek pendek – Berganti (3000m)

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Kategori lelaki[sunting | sunting sumber]

Kategori wanita[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.