Pergi ke kandungan

Lundayeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lun Bawang
Lundayeh (Murut Mengalong/Murut Padas)
Lun Bawang girls in traditional attire.
Jumlah penduduk
Approximately 59,375
Kawasan ramai penduduk
Borneo:
 Malaysia30,775 (2020 census)[1]
       Sabah9,125 (2012 census)[2]
       Sarawak21,650 (2020 census)[3]
 Indonesia24,000 (2025 census)[4]
       Kabupaten Malinau17,160 (2025 census)[4]
       Kabupaten Nunukan6,840 (2025 census)[4]
 Brunei600(2021 census)[5]
Bahasa
Lun Bawang (dialects include Trusan, Lun Daye, Papadi, Lun Dayah, Adang, Putoh/Putuk, Mengalong, Tabun, Treng, Kolur, Padas, Trusan and Lepu Potong),Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Melayu Sarawak, Bahasa Sabah
Agama
Kristian (Sidang Injil Borneo ) (Majoriti), Islam, Animism
Kumpulan etnik berkaitan
Kelabit Lengilu, Putoh, Saban & Tring

Istilah Lundayeh merupakan terma digunakan sejak berkurun lama untuk etnik ini meskipun telah mengalami beberapa kali proses perubahan sebutan dan ejaan. Antaranya ialah seperti LunDayeh, Lun Dayah, Lun Daye, Lun Daya, Lun Dayoh, Lun Nan Ba’, Lun Lod Murut, Lun Daya, Lun Bawang dan Dayak. Hal ini seperti yang telah dinyatakan oleh Robert (2008), etnik Lundayeh kurang dikenali disebabkan ramai pihak beranggapan bahawa suku kaum ini disamakan dengan etnik Murut. Menurut Prentice, D.J (1965), istilah Murut banyak menimbulkan kekeliruan disebabkan wujud pendapat yang menyatakan bahawa di kepulauan Borneo terdapat dua kumpulan etnik Murut. Kumpulan pertama ialah mereka yang tinggal di Sarawak iaitu merujuk kepada Murut Sarawak (dikenali sebagai Lun Bawang dan Lundayeh di Sabah).Manakala kumpulan kedua pula digelar sebagai Murut Sabah dan dikenali sebagai Tagal di Sarawak. Menurut Bala (1993), beliau menyatakan bahawa istilah untuk memberikan nama etnik Lun Bawang pada asalnya muncul disebabkan berlaku satu pertikaian klasifikasi Murut yang digunakan di Sabah dan Sarawak. Dalam konteks negeri Sabah, istilah tersebut merujuk kepada suku kaum seperti Sumambuq, Alumbis, Nabai, Baukon, Timogun, Paluan dan Tagal atau Idahan Murut manakala di Sarawak, ia merujuk kepada Lun Bawang atau Tagal. Pernyataan tersebut turut dibincangkan dalam satu penulisan yang dilakukan oleh St. John (1862), beliau memberikan penjelasan terperinci tentang penggunaan istilah ‘Murut’ yang disamakan dengan etnik Lundayeh di Sabah. Menurut beliau, pada asalnya istilah ‘Murut’ merujuk kepada sebuah gunung yang dikenali sebagai ‘Gunung Murud’. Gunung Murud merupakan salah satu gunung yang tertinggi di negeri Sarawak dengan memiliki ketinggian 2,438-meter daripada paras laut. Penduduk asal yang menetap di kawasan gunung tersebut terdiri daripada masyarakat di Sarawak yang pada hari ini dikenali sebagai etnik Lun Bawang, Tabun dan Kelabit. Penduduk yang tinggal di kawasan Gunung Murud dan di sepanjang Sungai Limbang (sungai yang mengalir berpunca dari puncak gunung Murud) mempunyai hubungan pertalian ekonomi melalui aktiviti perdagangan dengan masyarakat di Brunei khususnya suku kaum Brunei dan Kedayan semenjak ratusan tahun dahulu.

[6]Suku kaum Lundayeh atau sering disebut Lundayo oleh orang dusun dan Murut di Sabah. Lundayeh juga merupakan pribumi Sabah dan wujud di pulau Borneo sejak berkurun kurun lamanya. Lundayeh juga sering dikaitkan sebagai Orang Kelabit, Lun Bawang di Sarawak atau Puak Jati Murut di Brunei atau Orang Ulu Sarawak.[7]



Lundayeh dipercayai berada di kawasan sungai Long Pasia, sungai Padas dan sungai Mengalong di Sipitang sejak zaman berzaman. Sejarah mengatakan nama nama seperti Sungai Pasia, Sungai Padas atau Ulu Padas, Sungai Meligan dan Sungai Mengalong telah rasmi tercatat dalam peta British Borneo Utara pada tahun 1899.

Masyarakat Lundayeh juga telah membina beberapa penempatan baru di rumah panjang Kaban, Ulau, Samin, Sindumin, kg Bamban, Mendolong, Batu Nuduk , Long Mio , Lubang Buayeh dan Melamam yang turut didiami oleh masyarakat keled / murut kolor di kawasan sungai Mengalong, pinggir pekan Sipitang . Manakalah masyrakat Lundayeh juga membina penempatan baharu di daerah lain contohnya sekitar di daerah Tenom iaitu Kg Baru Jumpa seawal abad ke 18,19 dan sekitar di daerah Keningau iaitu kg Kuala Punteh, Sook.

Selain itu banyak penempatan baru itu wujud terutamanya di kawasan sipitang berikutan perpindahan semua lima kelompok masyarakat Lundayeh di sekitar Long Pasia ke Batu Tujuh dekat pekan Sipitang pada tahun 1955 atas cadangan Pegawai Daerah ketika itu bagi memudahkan kerajaan untuk mengurus dan membantu suku kaum Lundayeh.Namun, atas faktor alam dan cuaca, beberapa keluarga mengambil keputusan untuk kembali ke kawasan pedalaman iaitu di kawasan kg Long Pasia.

Selain itu ,masyarakat Murut Lundayeh di Sabah juga terlibat dalam Operasi Semut di Borneo sewaktu pemerintahan British dan zaman penjajahan Jepun[8]. Antara nama bekas pemimpin penerajui orang Lundayeh ini adalah O.K.K Mulok Bangau. Beliau merupakan Ketua Parti UPKO (Lama) Bahagian Sipitang, Ketua Anak Negeri (KAN) Sipitang dan Ahli Majlis Daerah Sipitang pada tahun 1950an-1960an dan seangkatan zaman Tun Datuk Haji OKK Ahmad Koroh. Sehingga kini nama OKK Mulok Bangau diabadikan dan digazetkan di salah satu jalan di pekan Sipitang.


Pendidikan di kalangan Lundayeh agak lambat karena sehingga kini tahun 2025, masih belum ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau IPTA atau IPTS di kawasan kampung Long Pasia,Sipitang atas faktor geografi yang terlalu jauh dari Pekan terdekat, pekan Sipitang iaitu 120km. Namun ada lebih kurang 300 graduan dan ada 3 orang bergaduan Ijazah kedokteran falsafah (PhD Dr.) dalam pelbagai bidang berjaya dilahirkan sama ada diploma atau ijazah dikalangan seluruh 10 000 orang suku Lundayeh di sabah.

Populasi Lundayeh

[sunting | sunting sumber]

Menurut Crain, seorang pengkaji bahasa Pasifik mengatakan jumlah Lundayeh adalah 2 165 orang wujud pada tahun 1968 di Sabah dan manakala menurut statistic terbaharu, di Sabah, Lundayeh berpopulasi 9,250 orang yg di kategori sebagai Bumiputera Sabah (New Sabah Times,2012).

Lagenda Lundayeh

[sunting | sunting sumber]

Menurut Lagenda Lundayeh , ada seorang bernama Upai Semaring atau Awang semaun merupakan salah satu lagenda pahlawan orang Lundayeh yang terdapat di Long Pasia, Ba'kelalan dan juga di Brunei.

  1. ^ Key Findings Population and Housing Census of Malaysia 2020 (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics Malaysia. Dicapai pada 13 September 2020. Lun Bawang/Murut(Sarawak)=19,297; Lundayeh=7,153
  2. ^ Key Findings Population and Housing Census of Malaysia 2020: State Sabah (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics Malaysia. m/s. 80. Dicapai pada 13 September 2020. Number of population by sub-ethnic group, Sabah, 2020 - Lun Bawang/Murut(Sarawak)=877; Lundayeh=6,064
  3. ^ Key Findings Population and Housing Census of Malaysia 2020: State Sarawak (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics Malaysia. m/s. 83-84. Dicapai pada 13 September 2020. Number of population by sub-ethnic group, Sarawak, 2020 - Lun Bawang/Murut(Sarawak)=17,315; Lundayeh=361
  4. ^ a b c [1] Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "autogenerated1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ The Population and Housing Census Report (BPP) 2021: Demographics, Household and Housing Characteristics (PDF) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Economic Planning and Statistics, Ministry of Finance and Economy, Brunei Darussalam. m/s. 51. Dicapai pada 3 Disember 2022. Population by Race, 2021, Brunei Darussalam, Melayu Murut=1110 (0.4%)
  6. ^ Lundayeh etnik asal dari Gunung Murut, Lawas
  7. ^ "Dunia unik Lundayeh, Berita Harian, Oleh Azrul Affandi Sobry". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2018. Dicapai pada 23 Julai 2012.
  8. ^ "Kisah Ops Semut, Kempen Borneo Yang Melibatkan Tentera Australia Dan Penduduk Pedalaman Sarawak". www.iloveborneo.my. 25 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2025.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]