Lupin (siri TV 2021)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lupin
Genre
Berdasarkan daripada
Arsène Lupin oleh
Maurice Leblanc
PenciptaGeorge Kay
François Uzan
Ditulis olehGeorge Kay
François Uzan
Pengarah
Dibintangi oleh
PenggubahMathieu Lamboley
Negara asalPerancis
BahasaBahasa Perancis
Bilangan musim1
Bilangan episod5
Penerbitan
PenerbitIsabelle Degeorges
Nathan Franck
Martin Jaubert
PenyuntingJean-Daniel Fernandez-Qundez
Richard Marizy
Audrey Simonaud
SinematografiChristophe Nuyens
Martial Schmeltz
Syarikat penerbitan
Gaumont Television
Syarikat pengedaran
Netflix
Penyiaran
Saluran asalNetflix
Siaran asal08 Januari 2021 (2021-01-08)

Lupin ialah sebuah siri televisyen misteri Perancis ciptaan bersama George Kay dan François Uzan untuk Netflix dibintangi Omar Sy.[1] Ia mula ditayangkan pada 8 Januari 2021 dalam 2 bahagian sepanjang 10 episod.[2] Ia berdasarkan kisah-kisah watak licik Arsène Lupin dalam sehimpunan kisah dikaryakan Maurice Leblanc.[1]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Assane Diop, seorang pemuda yatim piatu selepas ayahnya, Babakar, dianiaya dan dipaksa mengaku kesalahan tidak dilakukan dalam suatu kes rompakan seutas kalung berlian berharga yang menyebabkan Babakar membunuh diri dalam tahanan. Namun, ayahnya meninggalkan suatu buku novel mengenai Arsène Lupin, "si pencuri budiman".[3] Dari buku inilah Assane mula mendapat ilham membalas dendam atas penganiayaan ayahnya.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Omar Sy sebagai Assane Diop
  • Fargass Assandé sebagai Babakar Diop, ayah Assane berasal dari Senegal
  • Hervé Pierre sebagai Hubert Pellegrini, majikan Babakar
  • Nicole Garcia sebagai Anne Pellegrini, isteri Hubert
  • Clotilde Hesme sebagai Juliette Pellegrini, anak Hubert dan Anne
  • Antoine Gouy sebagai Benjamin Ferel, sahabat dan pembantu Assane
  • Vincent Londez sebagai Romain Laugier, kapten polis
  • Soufiane Guerrab sebagai Youssef Guedira, inspektor polis yang menyiasat "kes-kes Lupin"
  • Shirine Boutella sebagai Sofia Belkacem, leftenan
  • Ludivine Sagnier sebagai Claire, bekas isteri Assane
  • Etan Simon sebagai Raoul, anak Assane dan Claire

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "The trailer for Netflix's Lupin introduces a new gentleman thief". polygon.com (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2020. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  2. ^ Morris, Lauren (8 Januari 2021). "When is French crime drama Lupin on Netflix?". Radio Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2021.
  3. ^ Ouellette, Jennifer (3 Disember 2020). "Lupin trailer offers a fresh retelling of classic French gentleman thief". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]