Lupinus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lupinus
Padang penuh spesies L. perennis
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Lupinus

Spesies jenis
Lupinus albus
L.
Subgenus
  • Lupinus
  • Platycarpos (S.Wats) Kurl.

Lupinus ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Fabaceae. Genus ini termasuk lebih 199 spesies, dengan pusat kepelbagaian utama di Amerika Utara dan Selatan[1] ditambah dengan pusat-pusat lebih kecil ditemukan di Afrika Utara dan lembangan Mediterranean.[1][2]

Spesies-spesies dalam genus ini banyak ditanam sebagai sumber makanan dan sebagai tanaman hiasan, tetapi boleh menceroboh di beberapa kawasan.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Collins Dictionary menyatakan nama genus ini dijejak ke abad ke-14 daripada kata bahasa Latin lupinus daripada lupus "serigala";[3] ini kerana tumbuhan dalam genus ini dipercayai kuat menghabiskan zat tanah seperti haiwan tersebut melahap daging mangsa yang diburu.[4]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok dan daun[sunting | sunting sumber]

Spesies-spesies dalam genus ini jenis herba dan saka. Pokoknya tumbuh mencapai ketinggian 0.3–1.5 meter, tetapi ada juga spesies yang tumbuh semusim manakala ada yang renek mencapai 3 m tinggi.

Daun-daunnya berwarna hijau muda ke hijau kekelabuan padat berbulu halus perak. Helai daunnya terdiri daripada lima hingga 28 anak daun yang bercantum di tengah dalam kebanyakan spesies, kecuali beberapa spesies di tenggara Amerika Syarikat dan timur Amerika Selatan.[5]

Bunga dan buah[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunga dalam genus ini muncul berpusar dalam sebatang bulir tegak. Setiap kuntum bunga panjangnya 1–2 sentimeter panjang; ia terdiri daripada satu kelopak atas yang panjang dan kelopak bawah berbentuk seperti lunas kapal dicantumkan daripada dua kelopak kepak hadapan dan dua ranggi bawah.

Buahnya jenis lenggai mengandungi beberapa biji benih. Benih-benih ini mengandungi alkaloid yang berasa pahit.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sumber makanan[sunting | sunting sumber]

Isi dan kulit kacang tumbuhan Lupinus yang dikupas.

Biji-biji benih tumbuhan dalam genus ini dimanfaatkan sebagai sumber makanan selama lebih 3,000 tahun sekitar lembangan Mediterranean[6] dan selama 6,000 tahun di banjaran Andes.[7] Lauk-pauk menggunakan kacang benih Lupinus paling umum ditemukan di Eropah, terutamanya di Portugal, Sepanyol, Yunani, dan Itali.

Spesies Lupinus mutabilis dimakan meluas di Empayar Inka; biji kacangnya direndam dalam air mengalir untuk membuang alkaloid pahit kemudiannya dipanggang atau direbus dan dikeringkan untuk membuat kirku.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Drummond, C. S.; dll. (2012). "Multiple continental radiations and correlates of diversification in Lupinus (Leguminosae): Testing for key innovation with incomplete taxon sampling". Systematic Biology. 61 (3): 443–60. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2016.
  2. ^ Aïnouche, A. K.; Bayer, R. J. (1999). "Phylogenetic relationships in Lupinus (Fabaceae: Papilionoideae) based on internal transcribed spacer sequences (ITS) of nuclear ribosomal DNA" (PDF). American Journal of Botany. 86 (4): 590–607.
  3. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "lupīnus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  4. ^ "lupin". Collins English Dictionary. Collins. 2022. Dicapai pada 2 September 2022.
  5. ^ Planchuelo, Ana Maria; Dunn, David B. (1984). "The Simple Leaved Lupines and Their Relatives in Argentina". Annals of the Missouri Botanical Garden. 71 (1): 92–103.
  6. ^ Gladstone, J. S.; Atkins, C. A.; Hamblin, J., penyunting (1998). Lupins as Crop Plants: Biology, Production and Utilization. CAB International. ISBN 9780851992242.
  7. ^ a b Uauy, Ricardo; Gattas, Vivien; Yañez, Enrique (1995). "Sweet Lupins in Human Nutrition". Plants in Human Nutrition (dalam bahasa Inggeris). 77: 75–88. doi:10.1159/000424466.