Pergi ke kandungan

Luqman Faiz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luqman Faiz
Kelahiran
Luqman bin Abdul Halim Faiz

(2000-03-03) 3 Mac 2000 (umur 25)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2018–kini

Luqman Abdul Halim Faiz (lahir 3 Mac 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu sulungnya, "Kepuraanmu".[1]

Single sulungnya, "Kepuraanmu" hasil nukilan Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam dikeluarkan pada 27 April 2018 sekaligus memperkenalkan Luqman dalam industri muzik.[2][3] Ia mendapat perhatian selepas dipilih sebagai lagu tema drama Mawar Murni di TV3. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Takhta Cinta". Luqman pernah ditawarkan menyertai Big Stage musim kedua, namun menolak secara baik kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran.[4]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Luqman Faiz ialah anak kedua daripada tiga beradik dalam keluarganya. Ibunya ialah seorang guru agama dan bapanya telah lama meninggal dunia. Beliau menyambung pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Seri Iskandar, Perak namun berhenti belajar dan mengikuti jurusan muzik di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Penampilan solo
Tahun Tajuk Catatan
2018 "Kepuraanmu"
2019 "Takhta Cinta"
2021 "Boneka Cinta"
2022 "Loco Loco"
2024 "Bahagiamu Tujuanku"
Bersama Fieya Julia
Tahun Tajuk Catatan
2019 "Senyuman Syawal"
2022 "Mahligaimu Dari Airmataku" Lagu asal dinyanyikan oleh Lestari (kumpulan muzik)
2023 "Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta"
2025 "Rumit"

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Bawah Blok Arjuna TV3 Drama pertama

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 Malaysia Hari Ini Penyanyi Undangan TV3 Promo single "Kepuraanmu"
2019 Big Stage (musim ke-2) Penyanyi Jemputan Astro Ria Minggu 4 duet bersama Chaleeda Gilbert
MeleTOP Bintang Tamu
Feel Good Show Penyanyi Jemputan NTV7
I Can See Your Voice Malaysia (musim 2) Penyanyi Undangan TV3 Showcase
2020 Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula Sebagai penyanyi undangan episod 3
Senang Terhibur Tetamu Jemputan bersama Adam Lee, Syafie Naswip & Fimie Don
2021 Wanita Hari Ini Bintang tamu bersama Fieya Julia TV3
2023 Sofa Kentang Selebriti Astro Ria
2024 Celoteh Yuwana Pengacara bersama Cik Yan Shah Alam Boardcasting Channel Episod 14
2025 Borak seeNi Bintang tamu bersama Fieya Julia Astro Prima
Wanita Hari Ini TV3
Hiburan TV RTM TV2
Big Stage Alpha Astro Ria
The Chosen One Xtra Coach selebriti jemputan Astro Ceria Menggantikan Usop di konsert minggu ke 5

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Artis Baharu MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon [5]
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Bersama Fieya Julia Tercalon Tidak terpilih untuk top 10
  1. ^ Nor Eryani Yusup (19 Oktober 2020). "Luqman Faiz takut peminat lari". Kosmo!. Dicapai pada 13 Disember 2020.
  2. ^ "Biar poyo asal jaga prinsip - Luqman Faiz". Berita Harian. 26 Disember 2018. Dicapai pada 13 Januari 2019.
  3. ^ Budiey (14 Oktober 2018). "Luqman Faiz tujuh kali ulang rakaman demi Kepuraanmu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Disember 2019.
  4. ^ Qarami Hashim (9 Ogos 2019). "Tolak peluang keemasan, Luqman Faiz dedah tidak sertai Big Stage - "Ikutkan dari musim pertama dah berharap"". mStar Online. Dicapai pada 13 Disember 2019.
  5. ^ "Luqman Faiz bolos lagi ABPBH". Berita Harian. 29 Oktober 2020. Dicapai pada 13 Disember 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]