Luqman Hafidz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Luqman Hafidz
KelahiranMuhd Luqman Hafidz Bin Mohd Fauzi[1]
(1991-04-14) 14 April 1991 (umur 28)
Ampang, Selangor, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian1.79 cm

Muhd Luqman Hafidz Bin Mohd Fauzi (lahir 14 April 1991) atau lebih dikenali sebagai Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Ola Bola menerusi watak Ali. Nama beliau semakin dikenali menerusi pelbagai drama mahupun telefilem dan Luqman juga dikenali sebagai pengacara menerusi beberapa program iaitu Hadis, Rentak Juara, dan Selera Bajet.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Luqman Hafidz memulakan kerjaya lakonan[3] menerusi filem drama sukan 2016 arahan Chiu Keng Guan, Ola Bola yang ditayangkan pada 28 Januari 2016.[4][5] Beliau membintangi bersama Johan As'ari dan Hanna Aqeela dalam drama Mr. Tanda Soal yang bersiaran di Slot Dahlia TV3, ia menjadi drama pertama lakonannya.

Kerjaya televisyen beliau bermula dengan mengacarakan rancangan Hadis di TV9. Luqman membuat penampilan teater sulungnya menerusi teater muzikal Ola Bola yang menyaksikan beliau kembali menjayakan watak Ali.[6][7]

Beliau merupakan salah seorang dari barisan pelakon drama Selafaz Cinta yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin dan Puteri Aishah. Selain itu, Luqman turut berlakon dalam drama hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia, Sembil9n yang mana beliau memegang watak sebagai Saduri.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Luqman merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau juga seorang aktif dalam sukan bola sepak dan meminati pelakon Bollywood, Datuk Shahrukh Khan sebagai Idola dalam dunia lakonan serta pernah bergambar dengan ahli politik, Khairy Jamaluddin selepas beliau menyandang gelaran Pemain Terbaik di Kejohanan YB Khairy Jamaluddin.[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2016 Ola Bola Ali Chiu Keng Guan Filem pertama
2018 Busker Luqman Syed Khairul Fariz Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Mr Tanda Soal Zamir TV3
Tika Langit Terbuka: Jodoh Pasti Bertemu Azman Astro Oasis
2017 Sayang Papa Saya Tak Yusri Astro Ria
Megat Extend Iwan Astro Warna
Chor & Chah Azhar YouTube
Perempuan Paling Bahagia Rafi Astro Oasis
Saka Sisters Taqriz Astro Warna
2018 Chor & Chah 2 Azhar YouTube
Jangan Benci Cintaku Faris TV3
Selafaz Cinta Haris Astro Prima
2019 Ajari Playboy Itu Zack TV3
Sembil9n Saduri Astro Citra
Sepenggal Puisi Billy
KL Gangster: Underworld 2 Bad Iflix
Dia Yang Ku Cinta Hafidz Andrew TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Sabotaj Fadlan TV1
Alien Janda Baik Kadir Astro Citra
2017 Hisyam Dan 3 Hantutiyers Hisyam
Koma Raya Ghani TV1
Nurseri Sado Sadat TV2
2018 Roni World Cup Roni Astro Warna
Arafah Suami Arafah TV3
Bayang Yanz TV1
30 Hari Membunuh Cinta Wafie Astro Citra
2019 Lelaki Kelas Sebelah Bawan TV3
14 Hari Adam

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah
2018 Ola Bola The Musical Ali Tiara Jacquelina

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Hadis Pengacara TV9
Rentak Juara TV2
Selera Bajet HyppTV

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Luqman Hafidz". encikshino.com. 10 November 2017. 
  2. ^ Rozianah Risman (23 Jun 2018). Luqman serius dalam bidang seni Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  3. ^ Farhana Ab Rahman (22 Jun 2016). Luqman Hafidz sedia dalami ilmu lakonan Berita Harian. Dicapai pada 23 Jun 2016.
  4. ^ Madiha Abdullah (17 Oktober 2017). Tak sanggup tengok orang lain bawa watak Ali: Luqman Hafidz Astro Awani. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  5. ^ Farhana Ab Rahman (23 Oktober 2016). Luqman Hafidz tenggelam selepas Ola Bola? Berita Harian. Dicapai pada 23 Oktober 2016.
  6. ^ Syafiqah Jalal (30 Januari 2018). "Saya Tak Rela Lepaskan Watak Ali Pada Orang Lain"- Luqman Sanggup Pergi Uji Bakat Ola Bola Muzikal Astro Gempak. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  7. ^ Syafiqah Jalal (31 Januari 2018). Luqman Hafidz Cedera Ketika Latihan Ola Bola The Musical Astro Gempak. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  8. ^ Kamaruddin Razal (12 Oktober 2018). “Karya ini paling mencabar kerana..." - Luqman Hafidz Astro Gempak. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
  9. ^ Muhammad Adnan (10 Mei 2015). Gara-Gara Foto Selfie Bersama KJ, Luqman Jadi Pelakon MStar Online. Dicapai pada 6 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]