Pergi ke kandungan

Luqman Hakim Shamsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luqman Hakim Shamsudin
Maklumat peribadi
Nama penuh Luqman Hakim Bin Shamsudin[1]
Tarikh lahir (2002-03-05) 5 Mac 2002 (umur 22)
Tempat lahir Kota Bharu, Kelantan, Malaysia[2]
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kortrijk
Nombor 99
Kerjaya remaja
2014–2015 NFDP
2015–2019 Akademi Mokhtar Dahari
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2020 Selangor II 0 (0)
2020– Kortrijk 3 (0)
2023Njarðvík (Pinjaman) 9 (1)
2024YSCC Yokohama (Pinjaman) 6 (0)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Malaysia B-16 6 (7)
2019– Malaysia B-19 10 (9)
2019– Malaysia B-23 11 (3)
2021– Malaysia 9 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Oktober 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Mei 2021

Luqman Hakim bin Shamsudin (Lahir 5 Mac 2002; di Kota Bharu) merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Kerjaya Awal

[sunting | sunting sumber]

Lahir di Kota Bharu, Kelantan pada 5 Mac 2002, Luqman Hakim pertama kali ditemui oleh NFDP sebelum memulakan kerjayanya di Akademi Mokhtar Dahari.

Kerjaya Kelab

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 September 2019, telah disahkan bahawa Luqman telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab divisyen pertama Belgium, Kortrijk.[3][4] Beliau merupakan pemain Malaysia pertama yang dibenarkan menandatangani kontrak profesional sebelum mencapai usia 18 tahun.[5]

Pada 7 Februari 2023, Luqman Hakim telah dipinjamkan ke kelab Iceland, Njarðvík FC oleh KV Kortrijk untuk tempoh satu tahun dalam liga 1. deild karla, kerana beliau mencari lebih banyak peluang bermain, menurut pengarah bola sepak Kortrijk.[6]

Pada 16 Januari 2024, Luqman menyertai YSCC Yokohama yang kini bersaing dalam J3 League secara pinjaman untuk baki musim 2023–24. Keputusan beliau untuk menyertai YSCC Yokohama adalah bagi mendapatkan lebih banyak masa permainan bersama kelab tersebut.[7] Beliau membuat penampilan sulung dalam perlawanan J.League Cup menentang Mito Hollyhock pada 6 Mac 2024 sebagai pemain gantian pada minit ke-77.[8][9] Pada 9 Mac 2024, Luqman membuat penampilan sulung dalam J3 League sebagai kesebelasan utama menentang Matsumoto Yamaga.[10][11]

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Luqman Hakim – gol dari Malaysia B19
# Tarikh Venue Tentangan Jaringan Keputusan Kejohanan
1. 9 Ogos 2019 Ho Chi Minh, Vietnam  Singapura 1–0 3–1 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2019
2. 13 Ogos 2019 Ho Chi Minh, Vietnam  Australia 2–0 3–0 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2019
3. 17 Ogos 2019 Thủ Dầu Một, Vietnam  Indonesia 1–0 4–3 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2019
3. 2 November 2019 Phnom Penh, Kemboja  Kemboja 1–0 5–4 Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2020
3. 6 November 2019 Phnom Penh, Kemboja  Brunei 4–0 11–0 Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2020
Luqman Hakim – gol dari Malaysia B16
# Tarikh Venue Tentangan Jaringan Keputusan Kejohanan
1. 20 September 2017 Bekasi, Indonesia  Singapura 2–0 6–1 Kelayakan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2018
2. 20 September 2018 Kuala Lumpur, Malaysia  Tajikistan 4–0 6–2 Kejohanan Remaja B-16 AFC 2018
3. 23 September 2018 Kuala Lumpur, Malaysia  Thailand 1–0 2–4 Kejohanan Remaja B-16 AFC 2018

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Malaysia B-19

Individu

  1. ^ "Kenali Pemain Malaysia di AFC U16". Football Association of Malaysia. Dicapai pada 20 September 2019.
  2. ^ "Biodata Luqman Shamsudin". Iluminasi.com. Dicapai pada 20 September 2019.
  3. ^ "KV Kortrijk owner Vincent Tan admits having to convince club to sign Luqman Hakim | Goal.com Singapore" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-12.
  4. ^ "Football: Striker Luqman Hakim signs up with Belgium club K.V. Kortrijk". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2019-09-20. Dicapai pada 2025-02-12.
  5. ^ "OFFICIEEL: KV Kortrijk zorgt voor unicum met transfer van Luqman (17)". VoetbalPrimeur.be (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 2025-02-12.
  6. ^ "Kortrijk allow 'Malaysian Messi' Luqman Hakim to join UMF Njardvik on loan". OneFootball (dalam bahasa Perancis). 2025-02-12. Dicapai pada 2025-02-12.
  7. ^ "LUQMAN HAKIM | Y.S.C.C. Yokohama Player". J.LEAGUE (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-12.
  8. ^ TIMESPORT (2024-03-07). "Striker Luqman makes memorable debut in Japan [WATCH] | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-12.
  9. ^ Malaysia in final after thrilling 4-3 win over Indonesia. "W88". vanessaalviarezubc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-12.
  10. ^ "Debut Luqman Hakim Bakal Disiarkan Di Astro". 2024-03-09. Dicapai pada 2025-02-12.
  11. ^ "Luqman Hakim Terus Menyinar, Ketuai Jentera Serangan Yokohama SCC". 2024-03-09. Dicapai pada 2025-02-12.