Luqman Podolski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luqman Podolski
Luqman pada 2024
Kelahiran
Luqmanul Haqim bin Kamaruddin

(1998-05-02) 2 Mei 1998 (umur 25)
PekerjaanPelawak, penyanyi, pelakon, pengacara, personaliti media sosial
Tahun aktif2014–kini
Kerjaya lawak
MediaMedia sosial, muzik
GenreKomedi, Vine
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Hip hop komedi
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Black Hat Cat Records

Luqmanul Haqim bin Kamaruddin (Jawi: لقمانال هاقيم بن كامروددين; lahir 2 Mei 1998) atau lebih dikenali sebagai Luqman Podolski, ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial Malaysia.[1][2] Beliau ialah calon ABPBH 2016 sebagai finalis dalam personaliti media sosial.[3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Luqman dilahirkan pada 2 Mei 1998 di Kuala Lumpur dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1, Puchong, Selangor.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Luqman Podolski mula bergiat aktif di media sosial sejak 2014 dan mula menghasilkan video di Instagram selepas menonton hasil karya kreatif personaliti media sosial, Faiz Dickie, yang merupakan idolanya.[1][4] Pada 8 April 2017, Luqman terpilih sebagai wakil Malaysia untuk calon bagi kategori Lifestyle dan Breakout Influencer di Anugerah Influencer Asia 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Selain Luqman, personaliti media sosial lain yang terlibat ialah Mira Filzah, Elizabeth Tan dan Ucop.[5] Beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Top Breakout Influencer sekaligus menewaskan Mira Filzah.[6]

Luqman memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Sekolahaha arahan bersama Mat Luthfi dan Syafiq Yusof, dijangka ditayangkan di pawagam pada 2024. Kerjaya muzik Luqman bermula pada 2019 setelah menandatangani kontrak bersama Black Hat Cat Records dan Warner Music Malaysia, seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Sorang".[7] EP sulungnya, Hitam Putih, dikeluarkan pada 16 Oktober 2020.[8]

Kekeliruan[sunting | sunting sumber]

Pada April 2017, Luqman menafikan dakwaan beliau telah memerli stesen radio Era menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram beliau.[5] Menurut Luqman, video itu dibuat hanya sekadar menghiburkan pengikut Instagramnya dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dalam temu ramah bersama mStar Online, Luqman mendedahkan nama 'Podolski' diilhamkan daripada pemain bola sepak antarabangsa, Lukas Podolski. Beliau sebelum ini bukan peminat bola sepak, namun beliau telah meminati pasukan Manchester United. Beliau mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagram.[1][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

FIlem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2024 Sekolahaha Dirinya sendiri Filem pertama: pos-produksi

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Hitam Putih

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album
2019 "Sorang" Single tanpa album
2020 "Kembar" Hitam Putih
"Kalau Kau Rindu"
2022 "Ring Ring" Single tanpa album
"Bahaya"
2023 "Mungkin Aku Tak Penting?"
(menampilkan Tish Errda)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Pilihan Online 2016 Personaliti Media Sosial Pilihan Online Tercalon
2017 Anugerah Influence Asia 2017 Top Breakout Influencer Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Personaliti Media Sosial Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Iwan Shu-Aswad Shuaib (13 April 2016). "Finalis APO2016: Luqmanulhakim + Lukas Podolski = Luqman Podolski". mStar Online. Dicapai pada 10 Januari 2017.
  2. ^ "Six seconds to fame" [Enam saat ke puncak kemasyhuran] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 28 Februari 2017. Dicapai pada 10 Januari 2018.
  3. ^ Zaidi Mohamad (4 Mei 2017). "Alif Satar, Neelofa kuasai senarai Top 5 ABPBH 3.0". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-04. Dicapai pada 10 Januari 2018.
  4. ^ Bryan Terng (7 Disember 2020). "10 things you didn't know about Luqman Podolski" [10 perkara yang anda tidak tahu mengenai Luqman Podolski] (dalam bahasa Inggeris). Egg Network. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  5. ^ a b Mya Amri (7 April 2017). "Eh, mana ada saya perli radio Era - Luqman Podolski". Astro Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 10 Januari 2018.
  6. ^ Mya Amri (10 April 2017). "Luqman Podolski menang Top Breakout Influencer, kalahkan Mira Filzah". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Januari 2018.
  7. ^ Nabil Kamal (8 Ogos 2019). "Luqman Podolski releases a new music video titled Sorang" [Luqman Podolski melancarkan muzik video terbaharu bertajuk Sorang] (dalam bahasa Inggeris). Masses. Dicapai pada 10 Januari 2020.
  8. ^ Budiey (16 Oktober 2020). "Luqman Podolski buka rahsia tentang album mini Hitam Putih". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  9. ^ Bryan Terng (18 April 2020). "Luqman Podolski: Comedian, rapper and now streamer" [Luqman Podolski: Pelawak, penyanyi rap dan kini penstrim] (dalam bahasa Inggeris). Egg Network. Dicapai pada 18 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]