Lurah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Lurah ialah ketua Kelurahan yang dilantik oleh daerah Kabupaten atau Kota. Seorang Lurah bertugas di bawah dan bertanggungjawab kepada Camat. Tugas Lurah adalah untuk melaksanakan kewenangan pemerintah yang diarahkan oleh Camat serta arahan-arahan yang lain berdasarkan peraturan undang-undang.

Istilah Lurah sering kali dikelirukan dengan jawatan Kepala Desa. Sememangnya di Jawa pada umumnya, ketua Desa dikenali sebagai Lurah secara sejarah. Namun dalam konteks Pemerintahan Indonesia, sebuah Kelurahan diketuai oleh Lurah, manakala Desa dipimpin oleh Kepala Desa. Tentu sahaja kedua-dua ini berlainan kerana Lurah ialah pegawai perkhidmatan awam yang bertanggungjawab kepada Camat, manakala Kepala Desa biasanya dijawat oleh sesiapa sahaja yang memenuhi syarat, dan dipilih langsung oleh rakyat melalui Pilihan Raya Kepala Desa (Pilkades).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]