Luruhan nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luruhan yang terhasil akibat peletupan peranti atomik di langit bawaan suatu belon helium ketika Operasi Plumbbob di Las Vegas, tahun 1957

Luruhan nuklear ialah sisa bahan radioaktif yang terapung di ke atas atmosfera berikutan sebuah letupan nuklear lalu ia "luruh" dari langit selepas berlalunya letupan dan gelombang kejutan.[1] Ia biasanya merujuk kepada debu dan abu radioaktif yang terhasil daripada letupan sesuatu senjata nuklear. Luruhan ini mungkin akan terperangkap bersama awan pirokumulus lalu turun sebagai hujan hitam[2] (black rain, hujan yang dihitamkan jelaga dan partikel lain).

Debu radioaktif ini biasanya terdiri dari campuran produk pembelahan dengan atom berdekatan yang diaktifkan neuronnya melalui pendedahan. Ia ialah sejenis pencemaran radioaktif yang sangat berbahaya.

Faktor penyebaran[sunting | sunting sumber]

Tahap bahaya yang didatangkan oleh luruhan ini bergantung kepada lokasi berlakunya letupan nuklear. Letupan yang berlaku dalam tanah (ground burst) menyebabkan kerosakan yang teruk dalam lingkungan kawasan sasaran manakala letupan di atas permukaan Bumi (air burst) pula dapat tersebar jauh sehingga merentasi dunia. Luruhan yang terhasil juga semakin berkurang jika letupan nuklear yang berlaku semakin menjauh jaraknya dari permukaan Bumi.

Faktor cuaca seperti kerpasan (dalam bentuk hujan atau salji) serta angin bawaan atmosfera turut menentukan kadar penyebaran luruhan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Radioactive Fallout | Effects of Nuclear Weapons | atomicarchive.com". www.atomicarchive.com. Dicapai pada 2016-12-31.
  2. ^ "AtomicBombMuseum.org - Destructive Effects". atomicbombmuseum.org. Dicapai pada 2016-12-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • NUKEMAP3D – simulasi senjata nuklear 3D janaan Google Maps yang menyerupai kesan senjata nuklear ke atas kawasan geografi dipilih.