Luxembourg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Duchy Agung Luxembourg
دوچي اڬوڠ لوكسمبورڬ

Groussherzogtum Lëtzebuerg
Grand-Duché de Luxembourg
Großherzogtum Luxemburg
Flag of Luxembourg
Jata bagi Luxembourg
Bendera Jata
Moto: "Mir wëlle bleiwe wat mir sinn"
Kami ingin mengekalkan diri sendiri
Lagu kebangsaan: Ons Heemecht
Tanah Airku
LocationLuxembourg.svg
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bandar Luxembourg
Bahasa rasmi Bahasa Luxembourg, Perancis, Jerman
Kerajaan Monarki unitari berparlimen
• Monarki
Henri
Xavier Bettel
• Naib Perdana Menteri
Etienne Schneider
Perundangan Dewan Perundangan
Kemerdekaan
• daripada Empayar Perancis dan penaiktarafan kepada negara "Duchy Besar"
15 Mac 1815
• Kemerdekaan dengan kesatuan persendirian bersama Belanda (Perjanjian London)
19 April 1839
• Pengesahan kemerdakaane Perjanjian London
11 Mei 1867
• Penamatan kesatuan bersama Kerajaan Belanda
23 November 1890
• daripada Jerman Nazi
1944 / 1945
24 October 1945
1 Januari 1958
Luas
• Jumlah
2,586.4 km2 (998.6 bt2) (ke-168)
• Air (%)
0.60%
Penduduk
• Anggaran Januari 2018
602,005[1] (ke-164)
• Bancian 2001
439,539
• Ketumpatan
233.7/km2 (605.3/sq mi) (ke-58)
KDNK (PPP) anggr. 2017 
• Jumlah
$64 billion[2] (ke-94)
• Per kapita
$109,192[2] (ke-3)
KDNK (nominal) anggr. 2017 
• Jumlah
$64 billion[2] (ke-71)
• Per kapita
$105,803[2] (Pertama)
Gini (2014) positive decrease 28.7[3]
low · ke-19
HDI (2015)  0.898[4]
sangat tinggi · ke-20
Mata wang Euro ()b (EUR)
Zon waktu CET (UTC+1)
• Musim panas (DST)
CEST (UTC+2)
Memandu di sebelah kanan
Kod panggilan +352
Internet TLD .luc
  1. Not the same as the Het Wilhelmus of the Netherlands.
  2. Frank Luxembourg sebelum 1999 .
  3. Domain .eu yang dikongsi dengan negara Kesatuan Eropah lain turut digunakan.
  4.   "CIA – The World Factbook – Field Listing – Distribution of family income – Gini index". United States government. Dicapai 3 May 2013. 

Luxembourg -disebut [luk-sĕm-burg] atau [lak-sĕm-bĕrg] - atau nama rasminya Duchy Agung Luxembourg (bahasa Perancis: Grand-Duche de Luxembourg, bahasa Jerman: Großherzogtum Luxembourg, bahasa Luxembourg: Groussherzogtum Lëtzebuerg) adalah sebuah negara yang tidak bersempadan dengan laut di Eropah bahagian barat laut, bersempadan dengan Perancis (sempadan panjang 73 km), Jerman (panjang sempadan 138 km) dan Belgium (panjang sempadan 148 km). Merupakan negara dengan luas 2,586 kilometer persegi.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Luxembourg adalah salah satu negara terkecil di Eropah. Ia berada pada kedudukan ke-167 dalam ukurannya berbanding negara-negara lain. Negara ini luasnya sekitar 2,586 km². Luxembourg bersempadan dengan wilayah Luxembourg milik Belgium di sebelah barat, yang luasnya sebesar 4,443 km², hampir dua kali luas negara ini.

Di utara, bahagian-bahagian dari Ardennes, berbukit-bukit dan gunung-gunung dengan ketinggian rendah, dengan Buurgplaatz sebagai titik tertinggi pada 559 m. Bahagian lain dari negara ini juga berbukit-bukit.

Sempadan timur Luxembourg dibentuk oleh tiga sungai, Moselle, Sauer/Sure dan Our.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi yang stabil, berpendapatan tinggi mencirikan pertumbuhan yang sederhana, inflasi rendah, dan kadar pengangguran yang rendah pula. Sektor industri, yang hingga kebelakangan ini didominasi oleh baja, kini semakin beranekaragam dan merangkumi pula kimia, getah, dan produk-produk lain. Dalam beberapa dekad terakhir, pertumbuhan dalam sektor kewangan telah lebih dari menggantikan penurunan dalam baja. Sektor perkhidmatan, khususnya perbankan, menyumbangkan perkadaran yang bertumbuh dari ekonomi. Agrikultur berdasarkan pada pertanian kecil yang dimiliki keluarga-keluarga. Luxembourg secara khusus mempunyai hubungan dagang dan kewangan yang rapat dengan Belgium dan Belanda, dan sebagai ahli Kesatuan Eropah juga menikmati keuntungan-keuntungan dari pasaran Eropah yang terbuka. Luxembourg mempunyai KDNK per kapita tertinggi di dunia, sebanyak USD 87,955 (2005). Tingkat pengangguran 4.4% dari seluruh angkatan kerja pada Julai 2005.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Population" (PDF).  Dikemaskini pada 19 April 2018
  2. ^ a b c d "Luxembourg". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai 1 Oktober 2017. 
  3. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income (source: SILC)". Eurostat Data Explorer. Dicapai 4 Disember 2015. 
  4. ^ "2016 Human Development Report". Rancangan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2016. Dicapai 25 Mac 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan