Luxor Las Vegas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Luxor Las Vegas

Luxor Las Vegas ialah hotel 30 tingkat dan kasino yang terletak di hujung selatan Jalur Las Vegas di Paradise, Nevada.

Kerja pembinaan tapak Luxor berlangsung pada Mac 1992 dan hotel ini dibuka secara rasminya pada pukul 4 pagi 15 Oktober 1993 dengan kehadiran 10000 orang.[1] Luxor Las Vegas merangkumi 1900 m2 ruang pameran, 4 kolam renang dan kolam air pusaran, gereja perkahwinan, spa dan salon Nurture, dan 29 kedai. Luxor Las Vegas ada kawasan bangunan atrium paling besar di dunia dengan 820000 m3. Dengan 42.3 gigacandela, Pancaran Langit Luxor ialah pancaran cahaya yang paling kuat di dunia dengan cermin melengkung untuk mengumpul cahaya daripada 39 lampu xenon dan memfokuskan mereka menjadi 1 pancaran kuat dan halus. Luxor terletak di hujung selatan Jalur Las Vegas. Hotel destinasi ini sering dianggap sebagai contoh terulung seni bina pascamoden 90-an dan muncul di muka depan buku Architecture Today oleh pengkaji seni bina James Steele.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mim Swartz (9 January 1994). "Luxor River cruises, tomb tours and, oh, yes, a casino". Rocky Mountain News.