Lyn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Lee.
Lyn
Lyn (singer).jpg
Latar belakang
Nama lahirLee Se-jin
Kelahiran (1981-11-09) 9 November 1981 (umur 37)
Namyangju, Gyeonggi, Korea Selatan
GenreK-pop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2001-sekarang
Syarikat rakaman
Lyn
Hangul
Perumian SemakanRin
McCune–ReischauerRin
Nama lahir
Hangul이세진
Perumian SemakanI Se-jin
McCune–ReischauerI Sejin

Lee Se-jin (lahir 9 November 1981)[1] adalah penyanyi Korea Selatan yang lebih dikenal secara profesional dengan nama panggung Lyn. Sehingga kini, dia telah mengeluarkan sepuluh album studio.

Karier[sunting | sunting sumber]

Lyn pertama kali direkrut oleh sebuah agensi kerana suaranya dan mulai dari sana ia pertama kali dia debut dengan nama aslinya, Lee Se-jin, dan mengeluarkan sebuah album.[2] Album tersebut tidak banyak terjual dan hampir tidak dikenal. Lyn kemudian meluangkan waktu untuk melatih vokalnya. Ia kemudian comeback pada tahun 2002 dengan nama panggung Lyn dengan yang seharusnya merupakan album pertamanya, Have You Ever Have A Broken Heart?. Album tersebut meraih kejayaan dan membuatnya menjadi salah satu penyanyi solo R&B wanita terbaik tahun itu. Setelah hiatus selama dua tahun, Lyn mengeluarkan album keduanya Can U See The Bright. Album tersebut sangat berjaya, melebihi album sebelumnya dengan single popular, "사랑했잖아" (Used To Love). Oleh sebab kepopularannya, lagu tersebut dinyanyikan oleh Lee Seung-gi di albumnya yang dikeluarkan pada akhir 2006. Lyn mengeluarkan album ketiganya, The Pride of the Morning, pada 7 Mac 2007, dan menjual sebanyak 15,358 salinan, pada bulan yang sama, menduduki peringkat kedua di tangga lagu bulanan Asosiasi Industri Muzik Korea.[3] Sekali lagi, album tersebut sangat hangat dan ia kembali meraih gelarannnya sebagai salah satu penyanyi R&B wanita terbaik. Secara keseluruhan, album tersebut terjual sebanyak 25,171 salinan. Lyn kemudian mengeluarkan album lain, tetapi tidak terlalu hangat sambutannya seperti album sebelumnya. Pada tahun 2009, dia comeback dengan album kelimanya yang berjudul 'Let Go, Let In, It's a New Day'.[4][5] Pada awal tahun 2012, dia mengeluarkan album ketujuhnya yang berjudul Love Fiction.[6]

Pada tahun 2012, Lyn menyanyikan "Back in Time" untuk lagu tema dari drama Moon Embracing the Sun. Dia kemudian menyanyikan "My Destiny" untuk My Love from the Star, di mana dia memenangi "Lagu Tema Terbaik" di Anugerah Seni Baeksang ke-50 pada tahun 2014. Dia merupakan artis pertama yang menang dalam kategori tersebut.[7] Pada tahun 2015, dia menyanyikan "Just One Day" untuk melodrama Mask, diikuti oleh "Such Person" bersama Shin Young Jae dari 4MEN untuk drama Oh My Venus.[8] Pada tahun 2016 dia menyanyikan "With You" untuk drama Descendants of the Sun.[9] Kemudian, dia menyanyikan "Love Story" untuk lagu tema utama dari The Legend of the Blue Sea. Pada tahun 2018, dia berkolaborasi dengan Hanhae untuk lagu "LOVE" yang merupakan soundtrack dari Are You Human Too?

Lyn berkolaborasi dengan The One di sebuah acara di China, "I Am A Singer 3". Episod tersebut tayang pada 27 Mac 2015.

Pada 27 Oktober 2015, agensi Lyn MUSIC&NEW mengumumkan melalui sebuah status di Facebook rasmi mereka[10] bahwa kontrak Lyn dengan agensi telah berakhir. Dia akan melanjutkan promosi di bawah agensi muzik individunya, COMPANY919.[11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi Lyn

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • 2000: My First Confession
  • 2002: Have You Ever Had Heart Broken?
  • 2004: Can U See the Bright
  • 2005: One and Only Feeling
  • 2007: The Pride of the Morning
  • 2009: Let Go, Let In, It's a New Day
  • 2009: 6½ New Celebration
  • 2010: 6th Part 2 'Candy Train'
  • 2014: Le Grand Bleu
  • 2015: 9X9th

Album mini[sunting | sunting sumber]

  • 2011: Metro Sexy 7.
  • 2012: LoveFiction

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Penghargaan Kategori Lagu Keputusan
2004 6th Mnet Asian Music Awards Best R&B Performance "Used to Love"[12] Dicalonkan
2012 14th Mnet Asian Music Awards Best OST for Moon Embracing the Sun "Back in Time" Dicalonkan
5th Korea Drama Awards Best OST for Moon Embracing the Sun "Back in Time" Menang
2013 15th Mnet Asian Music Awards Best Vocal Performance "Breakable Heart" Dicalonkan
2014 50th Baeksang Arts Awards Best OST for My Love from the Star "My Destiny" Menang
9th Seoul International Drama Awards Outstanding Korean Drama OST for My Love from the Star "My Destiny" Menang
6th MelOn Music Awards Best OST for My Love from the Star "My Destiny" Menang
16th Mnet Asian Music Awards Best OST for My Love from the Star "My Destiny" Menang
Yahoo Asia Buzz Award Top Searched Song Of The Year "My Destiny" Menang
Seoul Music Awards Best OST for My Love from the Star "My Destiny" Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "린 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver. 
  2. ^ "Lyn". 2006-07-18. Dicapai 2007-09-30. 
  3. ^ "Album Sales In The Month Of March". MIAK (dalam bahasa Korean). 2006-07-18. Diarkibkan daripada asal pada 2007-07-08. Dicapai 2007-06-19. 
  4. ^ "Album Sales In The Month Of May". Recording Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). 2006-07-18. Diarkibkan daripada asal pada 2007-06-17. Dicapai 2007-06-19. 
  5. ^ "2007 Year-End Chart". Recording Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). 2006-07-18. Diarkibkan daripada asal pada 2008-05-08. Dicapai 2008-01-27. 
  6. ^ Lee, Yeonjeong (2012-03-15). "린 "린스러운 편안한 노래 담았죠"". Dicapai 27 May 2013. 
  7. ^ Hong, Grace Danbi (28 May 2014). "Jun Ji Hyun and Song Kang Ho Receive Highest Honors at the Baeksang Arts Awards". enewsWorld. Dicapai 2014-05-28. 
  8. ^ http://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=2653869
  9. ^ Lyn croons 'With You' for 'Descendants of the Sun' OST Part. 7
  10. ^ http://news.sbs.co.kr/news/endPage.do?news_id=N1003235946
  11. ^ http://www.instagram.com/company919
  12. ^ "2004 MKMF part 1". Mwave. Retrieved 2014-08-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]