Māui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Maui atau Mawi.

Māui adalah seorang pakar tipu helah yang diketahui dalam mitologi budaya-budaya masyarakat serata Polinesia. Kisah-kisah berkaitannya cenderung dikelaskan sebagai cerita rakyat, malah Maui tidaklah disembah seakan dewa dan lebih kepada seorang pahlawan. Asal-usulnya berbeza dari penceritaan sesuatu masyarakat ke masyarakat yang lain, namun petualangan yang diharunginya kekal lebih kurang sama.[1]

Dalam cerita orang Māori[sunting | sunting sumber]

Ikan gergasi yang menjadi pulau utara Aotearoa[sunting | sunting sumber]

Pada suatu malam, Māui membuat tali pancingnya yang sendiri dan membacakan suatu mantera (karakia) untuk memberikan ia kekuatan sambil memasangkan tulang rahang neneknya, Murirangawhenua, pada ia sebagai suatu mata kail. Māui bersembunyi dalam waka abang-abangnya. Pada keesokan harinya, abang-abangnya berlayar ke laut seperti biasa. Māui keluar dari persembunyiannya ketika waka mereka telah beredar jauh dari darat. Abang-abangnya enggan berkongsi umpan pancing mereka, maka Māui terus menumbuk hidungnya sendiri sehingga berdarah dan menyaluti tulang rahang itu dengan darah tersebut sebagai umpan. Tulang itu dibaling ke dalam laut, dan ia menarik seekor ikan gergasi yang menjadi sebuah daratan yakni Pulau Utara New Zealand (Bahasa Māori: [Te Ika-a-Māui] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) - "Ikan Māui"); lembah dan gunung-ganang yang ada di pulau itu dikatakan merupakan kesan saudara-maranya memotong ikan tersebut saling membahagikan antara mereka sendiri. Ada juga beberapa cerita yang menyatakan Pulau Selatan itu sebagai waka adik-beradik tersebut - Te Waka a Māui.

Māui memperlahankan Sang Matahari[sunting | sunting sumber]

Pada suatu ketika dahulu, matahari rentasi langit dengan sangat laju sehingga waktu seharian tidak cukup untuk kegiatan bekerja, makan dan rehat mereka. Māui bercadang kepada abang-abangnya untuk menangkap matahari tersebut dan memperlahankan pergerakan ia. Merkea menjelajah ke timur jauh dunia pada waktu malam sehingga tiba di lubang tempat tinggal sang dewa Tama-nui-te-rā. Mereka membuat jerat di pintu masuk kediaman dewa itu dan berselindung menunggu dewa itu bangun pada esok harinya. Tama-nui-te-rā pun bangunlah pada keesokan harinya tetapi dia terjerat, Māui memukul dewa itu dengan kailnya sehingga Tama-nui-te-rā menyerah diri dan akur akan permintaan adik-beradik tersebut agar dia memperlahankan dirinya merentasi langit.[2]

Dalam cerita orang Hawaii[sunting | sunting sumber]

Penciptaan Kepulauan Hawaii[sunting | sunting sumber]

Māui menarik banyak daratan dari dasar laut di mana ada daripada daratan tersebut membentuk Kepulauan Hawaii.[3]

Penjunjung langit[sunting | sunting sumber]

Langit menekan kuat pada Bumi sehingga tumbuhan tidak dapat tumbuh subur dan tinggi manakala manusia yang menghuni Bumi tidak dapat bergerak bebas; maka Māui menjunjung langit sejauh-sejauhnya.[3]

Dalam cerita orang Tahiti[sunting | sunting sumber]

Māui dahulunya merupakan seorang pengupacara, namun kemudiannya didewakan masyarakat empatan Tahiti. Māui juga dikatakan turut memperkenalkan api kepada orang-orangnya sehingga mereka tidak lagi perlu memakan makanan mereka secara mentah seperti dahulu.[4]

Maui dikatakan bertanggungjawab menyebabkan berlakunya gempa bumi.[5]

Dalam cerita orang Tonga[sunting | sunting sumber]

Maui menarik pulau-pulau Tonga dari dasar laut: Lofanga dan Kepulauan Haʻapai ditarik dahulu kemudiannya Vavaʻu. Maui pun duduk di Tonga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Craighill Handy 1927: 118
  2. ^ Grace, Wiremu (2016). "How Māui slowed the sun". Te Kete Ipurangi. Te Tāhuhu o te Mātauranga. Dicapai 19 Januari 2019. 
  3. ^ a b Westervelt, William (1915). Legends of Gods and Ghosts (Hawaiian Mythology). Boston: George Ellis, Co. m/s. vi–viii. ISBN 0898755905. 
  4. ^ Tregear, E.R. (1891). Maori-Polynesian Comparative Dictionary. Lambton Quay: Lyon and Blair. m/s. 194, 235. 
  5. ^ Salmond, Anne (2010). Aphrodite's Island. Berkeley: University of California Press. m/s. 317. ISBN 9780520261143.