M. Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
M. Amin
M.amin.jpg
Kelahiran Muhammad Amin bin Haji Ihsan
(1924-09-01)1 September 1924
Kuala Kangsar, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia 8 Januari 2003(2003-01-08) (umur 78)
Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, pengarah filem
Tahun aktif 1950 - 2003
Majikan Malay Film Productions
Cathay-Keris
Merdeka Film Productions
Sabah Film Production
Grand Brilliance Sdn. Bhd
Filem Negara Malaysia
Terkenal kerana Antara Senyum dan Tangis
Selendang Delima
Hang Jebat
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Wan Perkasa
Anak Junainah M. Amin
Anugerah Bintang Kebesaran Persekutuann
Ahli Mangku Negara (AMN)

Muhammad Amin bin Haji Ihsan atau lebih dikenali sebagai M. Amin merupakan seorang pelakon, dan pengarah filem Melayu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

M Amin dilahirkan pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak dengan nama penuh beliau ialah Muhammad Amin bin Haji Ihsan.

M Amin bersekolah di Sekolah Bendang Panjang sehingga darjah enam. Beliau memulakan karier pertamanya sebagai guru di Kuala Kangsar, Perak. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau berkhidmat sebagai anggota Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu (menggunakan nombor 4511) sebagai pegawai undang-undang (School Inspector) di Polis Depoh Ipoh selama 4 tahun dari tahun 1946 hingga tahun 1950.

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Disebabkan minat yang mendalam pada bidang lakonan, beliau ketika itu, sudah pun bekerja sebagai anggota polis, rela meletakkan jawatan untuk mengejar cita-citanya walaupun bermula sebagai pelakon tambahan untuk filem Bakti arahan L.Krishnan (1950) di Studio Malay Film Productions (MFP), kepunyaan Shaw Brothers di Singapura.

Mula berlakon disisi Mariam Baharum (Mariam tahi lalat) dalam filem Kembar yang diarah oleh S. Ramanathan 1950, dan Berbahagia di Singapura di bawah arahan Jaafar Wariyo bersama pelakon Siti Hanim dan Rohaya. Beliau turut berlakon dalam filem Alladin (1950), filem Bakti (1950), filem Pembelaan (1950), filem Kembar (1952), dan filem Antara Senyum Dan Tangis (1952). Setelah berkhidmat selama dua tahun di MFP, pada tahun 1952 M. Amin beralih angin ke Cathay-Keris Film Productions. Ini pun atas nasihat beberapa orang kawan dan ingin mencari pengalaman baru bekerja di syarikat filem lain. M. Amin berlakon dan juga diberi tanggungjawab sebagai penolong pengarah kepada beberapa orang pengarah yang sedia ada di studio tersebut. Di situ, dia tidak banyak menerima rintangan atau menghadapi cabaran sebagaimana yang ditempuhinya di MFP.

Apabila Hussain Haniff dilantik sebagai pengarah filem “Hang Jebat”, M. Amin diminta oleh Hussain Haniff menjadi penolong pengarahnya dan juga turut berlakon membawa peranan Hang Tuah. Bagaimanapun sebelum itu, dia menjadi penolong pengarah bersama A.B. Rahim untuk Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang (1961) arahan K.M. Basker. Filem arahan pertama M Amin adalah Lancang Kuning (1962) yang turut mengandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Filem ini mendapat sambutan Box-Office.

M. Amin juga pernah berlakon sebagai Hang Tuah dalam filem Cinta Gadis Rimba, arahan L. Krishnan (1957). Selepas itu beliau menjadi pengarah filem di Cathay Keris dan mengarah sebanyak 28 buah filem Melayu. Dengan pengalaman berlakon dan mengarah lebih 60 judul filem, kebanyakannya di Studio Cathay Kris, Singapura, nama M. Amin begitu popular. Bakat dan minat juga menjadi punca kejayaan beliau sama ada sebagai pelakon mahupun pengarah. Kerjaya pengarahan bermula sebagai penolong pengarah sebelum duduk di kerusi pengarah. Datuk L.Krishnan yang banyak membantu dan memberi semangat kepada beliau dalam kerja pengarahan filem ini. Apabila Cathay Keris ditutup pada tahun 1972, M. Amin berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkhidmat pula dengan Merdeka Film Productions. Bagaimanapun, dia hanya mengarahkan tiga filem saja di studio tersebut dalam tahun yang sama – Penyamun Si Bongkok (1974), Satu Penentuan (1974) dan Pertiwi (1974). Selain itu, M. Amin sempat juga berlakon di studio tersebut satu filem di bawah arahan Nas Achnas, Rahsia Hatiku yang dibuat penggambarannya dalam warna (sebagai percubaan) berlakon bersama Sharifah Hanim, Mariati Abdul Rahman dan Maznah Ahmad. M. Amin juga pernah berkhidmat dengan Gaya Film dan Solid Gold dengan mengarah beberapa drama tv dan dokumentari, ini termasuk drama dokumentari mengenai Darurat 1948 - 1960, khas untuk Muzium Polis Diraja Malaysia, di mana beliau berlakon bersama Nasrizal Ngasri.

Di Sabah Film Production pula, M. Amin sempat mengarah tujuh filem – Hapuslah Air Matamu, Pendekar, Kisah Seorang Biduan, Sumpah Semerah Padi, Bertunang, Manis-Manis Sayang dan Di Ambang Kasih.

Selain itu, M. Amin turut terlibat dengan filem, Johnny Bikin Filem, Badai Mentera dan Silat Legenda.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2003. Atas kejayaan beliau dalam industri perfileman, beliau pernah di kurniakan Bintang Kebesaran Persekutuann, Ahli Mangku Negara (AMN).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 8 Januari 2003 ketika berusia 78 tahun.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengarah[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
1962 Lancang Kuning
1963 Chuchu Datok Merah
Tajul Ashikin
1964 Air Mata Duyung
Rumah Itu Dunia Aku
Panglima Besi
1965 Mata Dan Hati
Muda Mudi
Patung Cendana
Ikan Emas
Gurindam Jiwa
1966 Anak Dara
Dua Kali Lima
1967 Mat Bond
Dosa Wanita
1968 Pop Muda
1969 Serikandi
Keris Emas
Sial Wanita
1970 Aku Mahu Hidup
Puaka
1971 Jahanam
Semusim Di Neraka
1972 Satu Titik Di Garisan
Semangat Ular
Harimau Jadian
1973 Hati Batu
Penyamun Si Bongkok
1974 Satu Penentuan
1975 Pertiwi
1976 Hapuslah Air Matamu
1977 Pendekar
1979 Kisah Seorang Biduan
1981 Sumpah Semerah Padi
1983 Bertunang
Manis Manis Sayang
1984 Di Ambang Kasih

Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1950 Kembar[2]
Bakti
Pembalasan
Dewi Murni
1951 Sejoli
Juwita
1952 Antara Senyum dan Tangis Nasir
Aladdin
1953 Buloh Perindu
1954 Tangisan Ibu
Nafsu
Terang Bulan Di Malaya
Pertaruhan
1955 Kasih Menumpang
Selamat Tinggal Kekasihku
Mutiara Dari Malaya Rahman
Selamat Hari Raya
Irama Kasih
1956 Azan
Adam
Dondang Sayang
1957 Pontianak
Cinta Gadis Rimba Asun
1958 Serangan Orang Minyak Inspektor Dasuki
Orang Licin
Orang Minyak
Selendang Delima Dewa Laksana
1959 Rasa Sayang Eh
Raden Mas
1960 Che Mamat Parang Tumpul
Pak Pandir Moden
1961 Hang Jebat Hang Tuah
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Sultan Mahmud
Siti Zubaidah
1962 Dang Anom
1964 Wan Perkasa
1975 Rahsia Hatiku
1995 Johnny Bikin Filem Pengarah Filem/Pak Shariff Sutero
1998 Silat Lagenda Tok Guru Pujangga
Badai Mentera Bomoh Pulau Tari 1897 Kemunculan Khas
2003 Paloh

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]