Mohd Ghazali bin Abdul Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari M. Ghazali)
Mohd Ghazali bin Abdul Samad
Nama lahirMohd Ghazali bin Abdul Samad
Juga dikenali sebagai
A. S. Maghza
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyair
InstrumenSajak
Tahun aktif1942-1980
Pengkarya berkait
Noor S. I., A. S. Amin.

Mohd Ghazali bin Abdul Samad merupakan seorang penyair[1] di Malaysia. Dia dilahirkan pada 22 Jun 930 di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka.

Mohd Ghazali turut menggunakan nama pena A. S. Maghza. Beliau pernag berkhidmat di syarikat Utusan Melayu antara 1956 sehingga tahun 1961 sebagai penulis khas. Selepas itu beliau bekerja dengan majalah Angkatan Baru sebelum menjadi Pengurus syarikat Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur pada 1964-1966.

Mohd Ghazali terkenal bersama penyair Noor S. I. dan A. S. Amin. Karya mereka pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980 dengan judul Orang Bertiga. Pada 1977, himpunan karyanya diterbitkan dengan judul Bunga Merah

Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 6 April 1982 selepas setahun mengidap lumpuh.

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Himpunan Sajak (1969)
  2. Puisi Baharu Melayu 1942-1960 (1961)
  3. Bunga Merah (1977)
  4. Orang Bertiga (1980)
  5. Puisi-puisi Nusantara (1981)
  6. Tinta Pena (1981)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Dewan bahasa dan Pustaka 1998

Pautan luar[sunting | sunting sumber]